Bila positif hamil, alahan mengandung paling menakutkan para ibu. Ibu ini berkongsi pengalamannya mengalami alahan mengandung yang teruk hingga mengakibatkan beratnya turun sebanyak 10kg.

10kg Turun, 3 Bulan Putus Selera Tapi HB Stabil. Ibu Kongsi Tips Hadapi Alahan Mengandung Dalam Pa&Ma TV

Puan Sharini muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat berkongsi pengalaman alahan hamilnya dalam episod kedua yang bertajuk Bila Positif Hamil. Walau pun menghadapi alahan yang teruk, tekanan darah dan paras Hb stabil serta terkawal.

10kg Turun, 3 Bulan Putus Selera Tapi HB Stabil. Ibu Kongsi Tips Hadapi Alahan Mengandung Dalam Pa&Ma TV

ALAHAN KETIKA HAMIL

Sharini yang membahasakan dirinya Nini hamil anak keempat  ketika usia 33 tahun. Ahli perniagaan ini mengakui kehamilan anak keempatnya agak mencabar di mana alahan yang alami berterusan sehingga kandungan mencecah 5 bulan.

” Time tu Nini kene alahan super duper hebat. Compare to my other previous pregnancy, yang ke empat ni memang membuatkan Nini serik nak pregnant lagi.

“Adakah faktor usia? Hahaha selama 3 bulan, Nini hilang selera makan, tak boleh bangun, and kalau keluar rumah pun sebab paksa diri keluar. Tapi sebelum pregnant tu, berat Nini naik mendadak tau. Muka pun bulat je. And punyala banyak makan. So fikir-fikir dia balancekan la tu,” kata Nini.

IKLAN

BERAT TURUN 10KG

Alahan yang dialami menyebabkan dia tidak boleh menghidu bau-bauan memasak. Makanan kegemaran sebelum ini pun tidak boleh disentuh. Kepala berpusing dan ini menyebabkan Nini tidak berupaya menguruskan rutin harian.

“The moment alahan tu start, Nini turun 10kg tau. Mana tak nya, bau bawang, tumis2 tak boleh bau langsung, semua makanan fav macam kari ke, kurma ke kuah lemak, masak merah, sayonara la. Then angin punyala banyak satu badan. Kepala rasa berpusing, lantai bila berdiri macam sway je. Macam dalam boat. Nasib baik la ada husband yang bantu uruskan 3 3 anak tu. Kalau tak, tak tahulah.”

BANYAK MAKANAN TAK BOLEH DITELAN

IKLAN

Disebabkan alahan teruk, banyak makanan tidak boleh ditelan ibu ini. Walau pun begitu, buah-buahan, kurma, kismis, kekacang and sup yang mengandungi celery, halia, lada hitam, lobak merah dan ayam boleh dimakan Nini.Dia mengakui mungkin disebabkan ini paras Hb tidak jatuh dan tekanan darah normal.

Selain itu, masalah badan rasa berangin membuatkan ibu ini rasa tak selesa. “Satu lagi, bila rasa makin berangin badan, husband saya akan membantu  menyapu minyak angin dan mengurut supaya angin keluar.

ALAHAN SAMPAI 5 BULAN

“Standard kalau alahan tu, 3 bulan masuk 4 bulan dah ok. Tp nini sampai 5 bulan. And Nini siap sampai pi bertangas tau untuk hilangkan angin sebab tak tahan. Kihkihkih Hehe agak rare sikit la kan?

IKLAN

TIP PEMKANANAN YANG DILAKUKAN SHARINI

Apa Nini buat untuk kurangkan rasa yang teruk tu,

  1. Bila bangun pagi tu, Nini makan buah dulu.
  2. Kemudian akan minum.
  3. Kerap makan kudapan seperti kurma, kismis, biskut and kacang supaya tidak terlalu lapar bila tiba waktu makan utama.
  4. Banyak makan makanan macam sup  sebab ada herba macam halia dan lada hitam.
  5. Tidak ambil makanan berminyak. Makanan berminyak akan menyebabkan rasa senak ulu hati dan muntah.

Dalam melayan loya, mual tu semua, make sure kita makan cukup makanan yang ada asid folic. Sama ada pil doktor bagi, makanan yang kaya zat besi? Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung. Tak nak kene spina bifida. Jelas?

10kg Turun, 3 Bulan Putus Selera Tapi HB Stabil. Ibu Kongsi Tips Hadapi Alahan Mengandung Dalam Pa&Ma TV

ALAHAN & MUNTAH BAGUS UNTUK KANDUNGAN

Nini juga turut berkongsi yang alahan juga mempunyai sudut positif kepada setiap kehamilan. Antara kebaikannya ialah;

1. Risiko untuk gugur lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Rasa mual boleh membantu dalam melindungi embrio yang kecik comel tu. Menurut Nini apabila ibu tak berselera dan kurang, makanan yang ada potensi untuk membahayakan baby dapat dielakkan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info mengenai awal kehamilan, boleh mengikuti rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat yang ke udara pada Selasa, 19 Mac 2019, Jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Astro Prima & Prima HD bersama pengacara Fad & Sha.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI