Pemilik nama Shahmira Muhamad yang dikenali sebagai Shuib berkongsi tentang tips kebahagian rumah tangga yang dilihat melalui keluarga Allahyarham, Siti Sarah Raisuddin sebagai teladan dalam menyemai sifat yang menuju ke arah keluarga bahagia.
Erti Kasih Sayang
Menurut penyampai radio terkenal tersebut, dia menyatakan bahawa dirinya melihat keluarga arwah Siti Sarah sebagai satu keluarga yang bahagia. Hal itu membuatkan dirinya mempelajari erti kasih sayang dalam rumah tangga.
Kasih sayang amatlah penting dalam mendidik anak anak. Saya percaya keluarga bahagia, keluarga yang penuh kasih sayang, anak-anak penuh kasih sayang, InsyaAllah mereka akan jadi anak yang baik.
Sarah selalu cakap begitu. Saya nampak benda ini pada keluarga Sarah.
Ads
Tambah Shuib, dia tidak pernah melihat keluarga Allahyarham bertengkar walaupun lebih 11 tahun mengenali keluarga itu. Perkara tersebut membuatkan dirinya percaya bahawa sifat kasih sayang dapat menjadikan anak-anak sebagai insan yang baik.
Shuib sempat memuji keluarga Allahyarham kerana baginya kesemua anak Raissuddin hebat dan mentaati antara satu sama lain.
Ads
Susulan daripada itu, pelawak terkenal ini merasakan segelintir keluarga yang mempunyai masalah adalah datang dari keluarga yang berpecah-belah. Ianya berkemungkinan kerana tidak mendapat kebahagian daripada ibu bapa, namun, mereka mencari kebahagiaan dengan cara yang lain.
Ads
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Baru berusia dua bulan, anak sulung pelakon, Nazrief Nazri disahkan dijangkiti Covid-19 pada Selasa lalu.
Kata Nazrief, dia mengetahui keadaan anaknya itu selepas dimaklumkan pihak hospital selepas dia dan anak sulungnya, Noah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum proses berkhatan yang dijadualkan semalam.
Pun begitu kata bapa penyayang ini, dia bersyukur bayinya yang dilahirkan pada Julai lalu berada dalam keadaan baik dan sihat walaupun masih bingung dan begitu bimbang dengan situasi itu.
“Saya tak tahu macam mana nak hadapinya sebab melihat keadaan Noah, dia sihat saja. Namun, apabila doktor hubungi memaklumkan Noah positif Covid-19, ia memang merisaukan saya.
“Sepatutnya hari ini Noah akan berkhatan tapi ketika bertemu doktor untuk pemeriksaan Selasa lalu dan perlu menjalani ujian calitan. Namun, selepas itu doktor memaklumkan Noah positif virus itu.
“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana Noah boleh dijangkiti sebab saya dan isteri negatif Covid-19. Malah kami tak pernah bawa Noah ke mana-mana melainkan dalam kawasan rumah saja.
“Noah pun tak pernah jumpa sesiapa kecuali kakitangan hospital semasa membuat pemeriksaan dan berpantang dulu. Saya pun tidak mahu menuduh sesiapa, cuma agak hairan tiba-tiba dia positif Covid-19,” katanya.
Kuarantin di rumah sahaja
Dalam pada itu, menurut Nazrief lagi, buat masa ini Noah berada dalam keadaan baik dan mereka akan menjalani kuarantin di rumah sehingga 30 September ini.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/islamic-education/karangkraf-omar-hana-learning-set-20137918″ style=”flat” background=”#ef402d” size=”6″]Karangkraf Omar Hana Learning Set[/su_button]
Dia dan isterinya yang sudah pun lengkap dua dos vaksin itu bimbang jika ke pusat kuarantin, anak kecilnya itu lebih terdedah dengan varian yang lebih berbahaya.
“Walaupun dia sihat, tapi sebagai ibu bapa kami tetap risau dengan keadaannya. Setakat ini dia tidak demam, cuma tekak dia seperti berkahak sikit. Saya harap dia okay dan kuat melalui semua ini. Sekarang ini saya masih menanti panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Lagipun Noah sekarang masih menyusu badan. Jadi dia perlukan ibunya di sisi. Kami pun dah buat sedikit bacaan yang isteri saya masih boleh menyusukan anak kerana dia negatif,” katanya.
Terdahulu, Nazrief dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 lalu. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Flat Ungku Tun Aminah. Kejadian itu yang dirakam dan tular di media sosial menunjukkan keganasan melibatkan suspek dan beberapa kanak-kanak di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya telah diserang oleh seorang lelaki pada hari Sabtu kira-kira jam 5.19 petang.
“Mangsa yang berusia 12 tahun mengalami pendarahan di kepala dan segera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” kata beliau dalam kenyataan media.
Menurutnya, mangsa kini dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan koyakan di kepala serta bengkak di tangan kanan.
Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Tun Aminah berjaya menahan suspek di kediamannya di sekitar kawasan Johor Bahru pada hari yang sama jam 7.25 petang.
“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga tempatan dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” ujar Balveer Singh lagi.
Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga 2 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara yang merbahaya.
Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi 2 minit 19 saat tersebar luas di media sosial. Rakaman tersebut menunjukkan suspek mundar-mandir di kawasan lif di flat berkenaan sambil dikelilingi beberapa kanak-kanak perempuan.
Dalam video itu, kedengaran jeritan seorang kanak-kanak sebelum lelaki tersebut dilihat melarikan diri dari kawasan kejadian. Beberapa saat kemudian, seorang kanak-kanak perempuan memasuki lif sambil memegang kepalanya yang berlumuran darah detik yang mengejutkan dan meruntun hati ramai netizen yang menonton video berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pendemik sekaligus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk dan sangat membimbangkan.
Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar begitu meluas merentasi sempadan malah hingga ke seluruh dunia. Sehingga ke hari ini lebih 118,000 orang di 114 negara telah dijangkiti Covid-19 dan telah meragut 4,291 nyawa, malah angka tersebut dijangka terus meningkat.
Justeru itu, dalam mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut, langkah-langkah pencegahan amatlah disarankan kepada orang ramai. Salah satunya adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya apakah boleh menggunakan hand sanitizer yang beralkohol semasa melalukakn solat. Apakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Ketahui penerangan yang terperinci oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tentang persoalan ini.
Soalan
Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato. Terima kasih
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alcohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
Menuru jumhur ulama alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALCOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.
Kesimpulan
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.