Corona virus (COVID-19) menunjukkan penurunan kes di Malaysia dengan mencatatkan jumlah 17 kes terbaharu. Namun begitu itu bukan bermakna untuk kita terus berada dalam keadaan selesa dan melupakan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.
Ads
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes.
“Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.
Ads
“Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun,” katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.
Ads
“Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19,” katanya.
Mungkin tidak banyak liputan mengenai kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19, namun setelah melihat sendiri angka ini diharapkan ramai ibu bapa lebih prihatin untuk tidak membawa anak ke tempat yang berisiko. Sayangi anak anda, kanak-kanak antara golongan yang berisiko.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asap rokok sangat bahaya untuk bayi,ibu hamil dan sesiapa saja.
Tak lama lagi nak raya jadi tolong alert mommies & semua.Buat perokok, tolonglah kesiankan org lain!
Ini kisah benar dari tuan @khairil khaider di mana anaknya terpaksa bertarung nyawa di hospital akibat sikap penting diri perokok.
NASIHAT HARI RAYA UNTUK IBU BAPA YANG ADA ANAK KECIL
Tahun lepas merupakan tahun pertama anak aku Maryam Nafeesa nak sambut raya pertamanya di Malaysia dan baru berusia 7 bulan masa tu tak silap aku.
Tapi Allah beri ujian kat aku sekeluarga pada Aidulfitri tahun lepas dapat tahu Maryam Nafeesa terkena jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia) masa tu pada hari raya ke-2.
Mungkin silap aku tidak kawal orang cium-cium anak aku tak tentu hala, lagi-lagi ada orang yang merokok dengan selamber hisap rokok kat tempat yang ada bayi-bayi kecil ni.
Lepas badan anak aku demam panas, mertua aku pun suggestkan aku untuk bawa jumpa Dr. pakar kanak-kanak di HUKM, Cheras dan malam tu doktor segera masukkan anak aku ke ICU sebab penafasan dia dah kurang dan mengalami batuk yang sangat teruk.
Hampir seminggu lebih juga dia dalam ICU dengan macam-macam jenis wayar, suntikkan dan paip yang doktor masukkan dalam badan anak aku masa tu, Ya Allah! tak tahu nak cakap masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu, sedih sangat aku tengok anak aku telentang sakit dalam bilik ICU tu.
Alhamdulilah, lepas berkampung kat HUKM hampir 2 minggu lebih waktu raya, anak aku kembali sihat dengan izin Allah, dan sekarang harapnya Allah izinkan dia untuk sambut raya tahun ni dengan meriah walaupun kat Amerika. hehe
Ni antara tanda-tanda seorang bayi yang di jangkiti jangkitan kuman paru-paru (Pneumonia):
1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit
Dan ni aku nak nasihatkan, mintak tolong sangat-sangat kat ibu bapa yang ada anak kecil, Tolong! Tolong! Tolong! kawal bayi-bayi korang dengan cara:
1) Jauhi dari dekat dengan orang yang merokok, kalau ko tengah dukung bayi.
2) Jauhi dari bagi orang cium anak kau sesuka hati (kita tak tahu apa penyakit yang ada kat orang tu)
3) Kawal anak dari bermain dengan anak-anak kecil lain yang tak sihat.
4) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
5) Kalau anak kau mula ada ciri-ciri kat atas cepat-cepat pergi bawa jumpa doktor (dan aku suggestkan kalau di area lembah klang korang bawa pergi HUKM, sebab HUKM antara hospital yang mempunyai pakar kanak-kanak terbaik di Malaysia, memang WIN!)
6) Mencegah lebih baik dari merawat!
Aku doakan agar hari raya tahun ini disambut dengan kebaikkan dan kemeriahan selepas melalui tarbiyyah ramadhan selama sebulan.
Aku harap tulisan dari pengalaman ini dapat di #SHARE agar dapat memberi manfaat buat semua insya-Allah!
Nota: Gambar dibawah ialah contoh yang diambil dari google yang sama suasana yang dihadapi anak aku tahun lepas, moga Allah lindungi anak-anak kecil kita dan kita dari segala jenis penyakit.
Kredit: Khairil Khider
Bapa kepada Maryam dan Mardhiyah
Amerika Syarikat
Ibu bapa mana yang tak gembira melihat anak yang sebelum ini sakit kini semakin sihat. Begitulah yang dirasai oleh Lana Nodin apabila dia meluahkan rasa syukur kerana anak keduanya, William Daud Mckienzie telah menyambut ulang tahun kelahiran pertama sekali dengan anak sulungnya, Gia.
Lana juga gembira kerana keadaan kesihatan anaknya yang mesra disapa Billy itu semakin baik.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Syukur pada Ilahi, tahun lalu pada tarikh ini, Allah SWT berikan ujian yang sangat hebat pada daddy dan mommy sekeluarga, dan pada tarikh ini juga, Alhamdulillah, Allah SWT berikan nikmat untuk menyambut tahun pertama bersama kami.
“Terima kasih Allah SWT dengan anugerah ini, anakku ini semakin sihat dan terima kasih juga kerana memberiku peluang untuk ku menjaganya yang pernah ku merayu dan ku mohon pada-Mu, dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dan masih mendoakan kesihatan anak saya, terima kasih semua.
“Selamat hari lahir anakku, semoga jadi anak yang soleh dan beriman.. Amin, we love you Billy Boy,” tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Lana mengucapkan selamat hari lahir kepada Billy dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.
Menerusi perkongsian Gempak, difahamkan sejak dilahirkan, Billy telah menjalani prosedur ‘baloon valvuloplasty’ disebabkan masalah injap sempit (aortic stenosis), namun tahap kesihatannya kini semakin baik.
Terdahulu, Lana dan suami, David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mendirikan rumah tangga pada tahun 2015.
Selain Billy, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata sulung bernama Gia Quinn Mckinzie.
Sumber: Ig Lana Nodin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin ibarat satu pengalaman yang tak akan dilupakan oleh wanita. Tak kisahlah bersalin normal atau secara pembedahan. Setiap kesakitan itu akan dirasai cuma bagaimana ia dilalui bergantung pada nasib.
Ada yang melalui pengalaman perit ketika saat nak melahirkan tetapi dalam pantang tiada masalah. Ada juga mengalami dua-dua situasi itu sekaligus. Tak kisahlah apa sekalipun, sentiasalah positif. Jangan cepat rasa stres kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Namun bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan, penyembuhan luka czer akan mengambil masa yang lama untuk betu-betul ok. Walaupun luar nampak dah elok jahitan, luka dalaman masih lagi perlu dijaga.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman di Facebooknya mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya walaupun telah melahirkan anak lebih 2 tahun lalu.
Tempat czer kena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Kalau ikutkan dalam pantang memang Sha betul-betul jaga dan tak ada masalah pun. Semua ni kebetulan dan benda nak jadi memang langsung tak dijangka.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Kena jaga betul-betul
Kejadian macam ni bukan kita jangka pun tapi untuk sesiapa yang bersalin czer kena betul-betul jaga makan dan kebersihan kerana tak tahu benda ni akan jadi semula walaupun anak dah besar. Bukan niat nak takutkan cuma untuk kita semua berjaga-jaga sepanjang masa.