Ads

12 Tahun Tunggu Zuriat Pertama, Bekas Pertahanan Pahang Dapat ‘Baby’ Ramadan!

Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.

Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.

Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.

12 Tahun Tunggu Zuriat Pertama, Bekas Pertahanan Pahang Dapat ‘Baby’ Ramadan!

Ads

“Bismillah, Masya-Allah, Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah syukur.

“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.

Ads

“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.

12 Tahun Tunggu Zuriat Pertama, Bekas Pertahanan Pahang Dapat ‘Baby’ Ramadan!

Ads

Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.

“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.

Sumber: Instagram Saifulnizam Miswan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Zayn Rayyan Gagal Rayuan, Hukuman Penjara 5 Tahun Kekal Kerana...

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, selepas rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah...