2 Beradik Ekzema Teruk, Ibu Kurangkan Makanan Manis Untuk Kawal. Tapi Ubat Tak Boleh Putus

Share

2 adik beradik ini mengalami ekzema dan kisah mereka pernah tular. Setelah menerima  rawatan yang ditanggung Datin Eina Azman & suami, keadaan kedua-duanya semakin baik.

Nurul, suami anak-anak ersama Datin Eina Azman suaminya ketika peringkat awal rawatan.

Nayla Safya, 3 tahun dan  Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia 10 mengalami ekzema yang teruk dan dikesan sejak berusia 1 bulan.

[Artikel berkaitan: Eina Azman & Suami Bantu Dua Beradik Alami Ekzema, Akan Hulur Bantu Setiap Bulan Sehingga Pulih]

KAWAL MAKAN, ELAKKAN MANIS/ BERGULA

Menurut ibunya, Puan Nurul Abdulllah, ekzema anaknya semakin baik. Apa yang perlu diberikan perhatian kini ialah menjaga pemakanan anak terutamanya mengawal makanan manis/ bergula kepada anaknya

“Alhamdulillah, ada beransur pulih. Tapi kadang nak juga merah gatal-gatal. Kulit kasar kering dan berdarah,” kata Nurul ketika dihubungi Pa&Ma.

MASIH BERGANTUNG KEPADA UBAT

Nurul juga memberitahu kedua-dua cahaya matanya itu masih bergantung kepada ubat. Nayla & Nayl kini mendapat rawatan susulan di sebuah klinik di Subang Jaya. Alhamdulillah, hasil dari sumbangan 2 minggu sekali yang Datin Paduka Eina Azman & suami berikan cukup untuk pengambilan ubat-ubatan.

RUTIN PENJAGAAN EKZEMA ANAK

Nurul mengamalkan rutin menyapukan minyak kelapa dara kepada anaknya setiap pagi. Ia disapu selepas mandi pagi. Perlu tunggu kering/ meresap dan lempab kemudian dia akan menyapukan pula krim daripada klinik.

Pada waktu tengah hari, dia akan menyapu  Lafiera skin treatment vifamin E serum serta krim muka yang dibekalkan klinik. Manakala sebelah malam, ibu ini akan menyapu lafiera treatment dan krim malam.

PEMAKANAN ANAK
Buat masa ini, Nurul memberikan anak-anak makan nasi dengan ikan yang mempunyai isi putih. Sayur-sayuran pula ialah sawi dan brokoli. Rupa-rupanya Nayla & Nayl suka makan sup sayur.

MATA ADA MASALAH KORNEA

Walau pun mempunyai masalah penglihatan, ibu ini cukup tabah menghadapi ujian ini. Nurul mempunyai masalah kornea dan menyebabkan penglihatannya agak kabur. Hati ibu sentiasa mendahulukan anak-anak dan kini dia masih belum membuat apa-apa rawatan kepada masalah matanya itu.

Sumber: yurns88

IKLAN