Ads

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang Perlu Mama Papa Tahu!

Saat kita sudah bergelar mama papa, satu perkara yang pasti, kesihatan anak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Demam tengah malam, jadual vaksin yang mungkin kita hampir terlupa, nak cari pakar pediatrik, simpan laporan perubatan, semuanya boleh jadi sebahagian daripada “mental load” yang mama papa bawa setiap hari bagi memastikan yang terbaik buat anak tersayang.

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang Perlu Mama Papa Tahu!

Sebab itulah, bila ada kemudahan yang boleh membantu urusan kesihatan anak jadi lebih tersusun dan mudah, ia sedikit sebanyak boleh memberi kelegaan. Pada 8 Ogos 2026, KPJ Healthcare Berhad memperkenalkan KPJ Cares Junior, sebuah program kesihatan dan kesejahteraan khas untuk kanak-kanak yang diintegrasikan dalam aplikasi KPJ Cares.

Pelancarannya berlangsung sempena KPJ Cares Roadshow di KPJ Penang Specialist Hospital, yang diadakan pada 7 hingga 8 Ogos 2026.

Pantau Kesihatan Anak Dalam Aplikasi Mudah!

KPJ Cares Junior direka untuk kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun dan pendaftarannya perlu dibuat oleh mama, papa atau penjaga sah melalui Dependent Module dalam aplikasi KPJ Cares.

Maksudnya, mama papa boleh mengurus profil kesihatan anak dalam ekosistem digital yang sama. Tak perlu lagi rasa macam detektif setiap kali nak cari semula maklumat temu janji atau urusan berkaitan hospital.

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang Perlu Mama Papa Tahu!

Melalui aplikasi KPJ Cares, pengguna juga boleh mencari doktor pakar, membuat janji temu, mengakses laporan perubatan, mengikuti perjalanan rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta menerima peringatan pengambilan ubat.

Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak, fungsi mengurus profil tanggungan ini tentunya boleh membantu menjadikan urusan kesihatan keluarga lebih teratur.

Ada Keistimewaan Untuk Anak Tersayang

Ads

Selain memudahkan urusan kesihatan secara digital, ahli KPJ Cares Junior turut menikmati beberapa keistimewaan penjagaan kesihatan.

Antaranya ialah:

  • Diskaun 10% untuk perkhidmatan pengimejan, farmasi dan rehabilitasi.
  • Diskaun 20% untuk caj bilik dan penginapan.
  • Diskaun 15% untuk vaksin wajib bayi dan vaksin influenza.
  • Diskaun 10% untuk ujian alahan kanak-kanak terpilih.

Ahli juga boleh mendapat akses kepada program kesejahteraan keluarga, promosi kesihatan tertentu, aktiviti khas kanak-kanak serta baucar eksklusif.

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang Perlu Mama Papa Tahu!

Bagi mama papa, manfaat sebegini bukan sekadar soal diskaun. Ia juga boleh menjadi satu dorongan kecil untuk kita lebih proaktif menjaga kesihatan anak, bukan hanya mencari doktor apabila anak sudah sakit. Benarlah perumpamaan, “Lebih Baik Mencegah Dari Merawat”.

Ajar Anak Tentang Kesihatan Sejak Kecil

Satu perkara menarik tentang KPJ Cares Junior ialah fokusnya bukan sekadar kepada rawatan, tetapi juga usaha membina kesedaran tentang kesihatan sejak anak-anak masih kecil.  Kadang-kadang pengalaman anak di hospital bermula dengan perkara yang mereka paling takut seperti jarum, ubat atau bilik rawatan.

Ads

Namun, jika pengalaman penjagaan kesihatan diperkenalkan dengan cara lebih mesra dan positif, anak juga boleh belajar bahawa menjaga kesihatan sebenarnya sebahagian daripada rutin kehidupan.

Seperti mana kita ajarkan anak-anak tentang kepentingan menggosok gigi setiap pagi dan malam, kesedaran tentang pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan penjagaan tubuh juga boleh dipupuk sedikit demi sedikit.

Hari ini mama papa yang buatkan janji temu. Esok-esok, mungkin mereka sendiri yang akan lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan mereka.

Wah, Belanja Di KPJ Pun Boleh Kumpul Mata Ganjaran!

Dalam aplikasi yang sama turut tersedia KPJ Cares Loyalty Programme. Ahli boleh mengumpul mata daripada perbelanjaan yang layak di hospital KPJ, termasuk pembayaran secara tunai, insurans dan Guarantee Letter (GL).

Mata yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapatkan manfaat seperti pakej saringan kesihatan pada harga istimewa, e-baucar, ganjaran daripada rakan niaga dan tawaran penjagaan kesihatan eksklusif.

Ads

Lebih banyak manfaat juga dijangka diperkenalkan apabila program ini terus berkembang.

Bila Teknologi Boleh Ringankan Sedikit Beban Mama Papa

KPJ Cares Roadshow pula diwujudkan sebagai ruang untuk keluarga mengenali sendiri ekosistem KPJ Cares, sambil mendapatkan informasi mengenai kesihatan kanak-kanak dan penjagaan pencegahan.

Pada masa sama, KPJ Healthcare boleh mendengar maklum balas terus daripada pengguna untuk menambah baik aplikasi serta perkhidmatan mereka.

Dalam dunia parenting hari ini, teknologi mungkin tak boleh menggantikan pelukan mama ketika anak demam atau tangan papa yang digenggam kuat ketika masuk bilik rawatan.

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang Perlu Mama Papa Tahu!

Tapi kalau teknologi boleh membantu mengurangkan satu dua perkara yang mama papa perlu fikirkan, itu pun sudah cukup bermakna.

Pengenalan KPJ Cares Junior menjadi satu lagi langkah KPJ Healthcare dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses, lebih peribadi dan lebih mesra keluarga, bermula sejak anak masih kecil sehinggalah mereka dewasa nanti.

Menjaga kesihatan anak bukan sekadar tentang hari ini tetapi membantu mereka membesar dengan satu ‘bekalan’ yang sangat berharga iaitu kesedaran untuk menjaga diri sendiri sepanjang hayat.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Aktiviti Cuti Sekolah: 50 Idea Menarik & Seronok Di Rumah Tanpa...

Cari aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk anak? Ini 50 idea seronok dan mudah dibuat di rumah supaya anak kurang bermain telefon dan TV.