2 bulan lagi nak bersalin, aktres Anzalna Nasir memborong bunga untuk penuhkan taman di rumah. Suka menata rias kediaman, peminat teka bayi dikandung itu mesti baby girl!
Anzalna menerusi Instagram memberitahu perancangannya pada bulan ini untuk memenuhkan taman. Tidak mahu si kecil bakal lahir melihat taman kosong tanpa bunga.
Anzalna yang mengurangkan aktiviti seni semasa hamil bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Baru-bari ini Anzalna juga memuatnaik aktiviti menghias kamar anaknya dengan menyediakan lukisan dinding sendiri.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod ke-5 minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Komplikasi Awal Kehamilan. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 9 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan bukan saja tentang perubahan fizikal, tapi juga satu perjalanan spiritual. Bila ibu tenang dan dekat dengan Allah, insyaAllah anak dalam kandungan pun rasa kasih sayang dan ketenangan tu.
Ramai pakar dan ustaz menyarankan supaya ibu-ibu mengamalkan bacaan surah-surah tertentu sepanjang tempoh kehamilan sebagai salah satu cara untuk memohon perlindungan, ketenangan, dan kelahiran yang mudah.
Jom tengok surah-surah dan doa-doa yang boleh ibu amalkan:
1. Surah Maryam – Untuk Mudahkan Proses Kelahiran
Surah ini sangat sinonim dengan ibu hamil sebab kisahnya berkaitan dengan kelahiran Nabi Isa a.s. yang dilalui oleh Maryam seorang diri. Amalkan surah ini untuk memohon kekuatan dan kelahiran yang dipermudahkan.
Waktu terbaik: Dibaca setiap hari, lebih-lebih lagi masuk trimester ketiga.
2. Surah Luqman – Untuk Anak Yang Bijak & Berakhlak Mulia
Mengandungi nasihat Luqman kepada anaknya tentang syukur, solat, akhlak dan tawaduk. Bacaan surah ini bagus untuk mendoakan agar anak yang lahir menjadi insan yang bijak dan berakhlak mulia.
Bonus: Boleh juga bacakan ayat ini secara kuat agar bayi dapat “dengar” dan ‘absorb’ aura positifnya.
3. Surah Al-Fatihah & Ayat Kursi – Pelindung Dari Gangguan
Amalan ini sangat bagus diamalkan setiap pagi dan malam. Untuk ibu yang mudah rasa takut atau gelisah, ini adalah antara ayat pelindung dari gangguan syaitan dan energi negatif.
Tip: Baca sambil usap perut, niatkan perlindungan untuk ibu dan anak.
4. Surah at-Taubah
Seperti Surah Yaasin, surah at-Taubah ini juga boleh diamalkan oleh bakal ibu dan bapa untuk membersihkan jiwa dan memelihara anak daripada maksiat.
5. Surah Yusuf
Bila menyebut surah Yusuf mesti terlintas di fikiran berkenaan paras rupa yang cantik dan segak. Namun begitu tahukah anda, selain untuk paras rupa dengan mengamalkan surah ini, kita juga berdoa agar anak yang dilahirkan nanti menjadi seorang muslim yang sentiasa menjauhi zina dan cantik akhlaknya seperti Nabi Yusuf.
6. Doa Nabi Yunus – Bila Rasa Down atau Letih Sangat
Doa ni sangat menenangkan jiwa. Sesuai dibaca waktu rasa sedih, hilang semangat atau tertekan. Ibu hamil memang akan alami fasa emosi naik turun. Jadi doa ni boleh jadi penyelamat hati.
7. Doa Surah Al-Imran Ayat 38 – Untuk Zuriat Yang Baik
Ini doa Nabi Zakaria minta zuriat yang baik. Walaupun anak dah ada dalam kandungan, tak salah untuk terus minta agar anak tu jadi anak soleh/solehah, penyeri hidup dan penyejuk mata.
8. Surah An-Nahl (Ayat 78)
Ayat 78 dalam Surah An-Nahl ini boleh diamalkan para ibu dan bapa bagi memperolah anak yang bersikap rajin dan berdisiplin.
9. Surah Al-A’raf (Ayat 54)
Ayat ini juga boleh diamalkan oleh ibu bapa sepanjang sembilan bulan mengandung agar proses bersalin nanti menjadi lebih mudah
Doa Mudah Bersalin
Selain surah-surah di atas, bakal ibu juga boleh mengamalkan doa dibawah ketika sudah hampir proses bersalin:
“Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Cara Amalan Ringkas:
* Baca selepas solat atau bila-bila masa tenang.
* Niatkan doa dengan penuh harapan, sambil letak tangan atas perut.
* Konsisten lebih baik dari banyak tapi jarang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjelang bulan Ramadan pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh ibu hamil dan menyusu. Ada yang tidak dapat bertahan dan ada yang dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa.
Bagi yang mampu bertahan ia merupakan satu anugerah yang besar kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini. Bagi yang tidak dapat meneruskan puasa, ketahuilah bahawa keselamatan anda dan bayi lebih utama dan segalanya.
Ramai pakar kesihatan tampil berkongsi tentang golongan-golongan yang tidak digalakkan berpuasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan. Bagi yang kurang yakin, anda digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat kesihatan.
Berlegar.
1. Ibu hamil tak perlu puasa nanti mudarat kepada anak.
2. Ibu menyusu tak perlu puasa nanti kesian anak tak dapat susu yang cukup.
3. Ibu hamil dan menyusu kena puasa juga sebab puasa ni wajib, menyusu boleh campur dengan makanan lain (ada pilihan terutama anak dah mula makan).
4. Ibu hamil dan menyusu tak payah puasa sebab rukhsah (keringanan).
5. Ibu hamil dan menyusu perlu puasa, kalau tak mampu baru lah berbuka puasa.
Banyak pemahaman
Ibu hamil dan menyusu, pergilah jumpa doktor untuk bertanya keadaan kesihatan diri dan janin (atau anak), kalau tiada masalah kesihatan tiada keperluan untuk ambil rukhsah, bahagianya boleh berpuasa.
Ibu hamil dan menyusu, ada masalah kesihatan yang disahkan oleh doktor maka berusahalah menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama berazamlah berpuasa setakat kemampuan diri. Kalau mampu sampai jam 10 pagi, maka berbukalah selepas tidak mampu.
Tak perlu tanya soalan dengan orang yang tak tahu kondisi kesihatan ibu dan janin, semua kandungan berbeza. Seorang ibu yang beranak 10 pun ada 10 pengalaman mengandung yang tidak sama.
“Saya okay je puasa masa mengandung, siap menyusu anak.”
“Saya boleh puasa semua kandungan dan tiap tahun menyusu anak.”
Dia macam kalau kamu musafir, ada yang naik kereta dari Perlis pergi Johor Bahru rilek sahaja. Ada yang naik kapal terbang. Ada yang naik bas. Semua kondisi tak sama. Jadi, rujuklah dengan doktor untuk pastikan kesihatan dan dalam masa yang sama kena faham rukhsah bukan bermaksud tak payah tetapi keringanan, nanti dah habis Ramadan ganti semula puasa tu.
Macam rukhsah jamak taqdim dan jamak taakhir. Keringanan untuk solat bukan tak payah solat.
Uish. Punya tak best puasa selain Ramadan, tak ada kawan nak sahur wooooo. Dah dah, kalau sakit jumpa doktor. Doktor pun ramai dah belajar fiqh perubatan tau.
Pelakon Nadia Aqilah kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan bakal bersalin pada penghujung bulan Mac nanti. Sementara menunggu detik melahirkan, dia kini mahu meluangkan masa secukupnya dengan anak sulungnya yang diberi nama Senja Aqilah.
Berkongsi tentang dirinya seorang ibu yang clingy, dia mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Senja sebelum anak sulungnya itu bergelar seorang kakak.
Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, Nadia memberitahu yang kini dia sudah mula berehat dari mengambil sebarang kerja lakonan. Menurutnya sekarang adalah tempoh bertenang untuk dirinya dan lebih mahu meluangkan masa dengan anak.
Nadia juga turut berkongsi tentang dirinya yang morning sickness dari awal kelahiran sehingga sekarang. Katanya lagi, keadaan ini sama sahaja seperti ketika dia mengandungkan Senja.
“Saya morning sickness setiap hari, muntah-muntah je. Sama seperti anak pertama dulu, jadi saya dah reda.”
Memandangkan dia akan bersalin pada bulan Puasa, ramai yang berpendapat nama anaknya akan berkaitan dengan Ramadan atau Puasa.
“Anak kedua ni akan lahir masa bulan puasa. Banyak kawan yang bergurau, kata nanti nama anak mesti Ramadan atau Puasa, tapi tidak ya..”
Sekdara info, Nadia berkahwin dengan suaminya, Saiful Ridzuan pada April 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia empat tahun. Semoga urusan Nadia ketika bersalin nanti dipermudahkan dan kedua-dua ibu dan bayi akan sihat sentiasa.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.