Pejam celik pejam kecil, si comel Ana Nayla, kesayangan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir kini sudah pun berusia dua bulan.
Dua bulan penuh makna sambil belajar bermacam-macam ilmu. Begitu kongsi Nabil di Instagramnya.
Malah kata Nabil lagi, sepanjang dua bulan ini, pelbagai perkara baru yang dipelajarinya malah kini dia semakin yakin untuk menjaga anak sulungnya itu berbanding sebelumnya.
“Pejam celik pejam celik dah 2 bulan!
“Alhamdulillah so far dah takde ‘hadiah’ berak atau kencing kat tangan daddy at 3am dah. Swipe untuk tengok muka dia bila lepas kasi ‘hadiah’.
“Dalam 2 bulan ni, macam-macam yang saya dapat belajar thanks to @ananaylaofficial.
“Makin hari makin confident la nak kasi Nayla adik. Eh..,” tulisnya berkongsi.
Beberapa keping gambar pasangan ini bersama Ana Nayla dalam persalinan serba merah jambu sudah semestinya mendapat perhatian dan pujian wargamaya. Comel!
Ads
Terdahulu, Ana Nayla dilahirkan pada 21 September lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menerusi pengumuman senarai kabinet yang diumukan secara langsung oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Ini antara ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri
“Saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.
Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap sesetengah ibu bapa yang suka membuang lampin merata-rata jadi medium HFMD. Sikap ini seolah-olah sukar dibendung. Walaupun kini sudah ramai mempunyai kesedaran, namun masih ada lagi segelintir daripada mereka mengamalkan sikap ini.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah-celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini, ternyata begitu rendah tahap siviknya. Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Najis merupakan antara medium jangkitan penyakit merbahaya seperti HFMD, kolera, hepatitis dan Polio.
Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air dan menyebabkan lebih banyak penyebaran penyakit.
Kebersihan adalah kunci utama untuk mencegah penyakit berjangkit.
Cara cara membuang lampin pakai buang;
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka
4) Masukkan dalam plastik dan ikat
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Bukan kena basuh, cuma mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul.
Apabila keluarga makin membesar, ada dikalangan ibu bapa terpaksa tidur berasingan. Rupa-rupanya ia tidak baik untuk dilakukan selalu.
Mama masuk tidur awal bersama anak kecil manakala papa pula tidur dengan anak menjaga anak-anak yang sudah besar di bilik berasingan. Kalau ini selalu berlaku, harap fikirkan semula.
Perkongsian daripada bapa ini ada benarnya. Walau pun berlaku tanpa disedari atau dianggap perkara kecil, besar kesannya kepada emosi dan ikatan pasangan. Jangan amalkan selalu kalau tak mahu stres tanpa tahu punca dan hubungan suami isteri menjadi renggang.
Sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak-anak.
Pertamanya, kerana ada anak kecil. Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun, memang agak sempit dan membahayakan jika 2 orang dewasa dan bayi atau anak kecil tidur bersama. Risiko terhempap dan tertutup ruang untuk bayi bernafas amat menakutkan sekali. Semasa tidur, tidak semua boleh sedar apabila ianya terjadi.
BAGI RUANG ISTERI TIDUR SELESA
Disebabkan itu, ramai pasangan mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Selalunya si suami akan mengalah dan tidur di tilam lain di sebelah katil atau di bilik yang lain. Ini dapat mengelak dari risiko perkara yang tidak diingini berlaku dan memberi ruang kepada isteri untuk tidur dengan lebih selesa.
ANAK BESAR TIDAK MAHU TIDUR SENDIRI
Keduanya, kerana masalah anak yang sudah besar tidak mahu tidur sendiri. Masalah ini subjektif, ada keluarga dapat tangani masalah ini dengan mudah. Penerimaan dan kefahaman anak pun mudah. Namun, ada juga keluarga yang masih bergelumang dengan masalah ini. Kerjasama dari anak kurang, ketegasan dari kedua ibu-bapa pun kurang. Ada kalanya, masa juga memainkan peranan. Bila tiba masanya, anak itu akan rasa mudah untuk tidur bersendirian.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan ibu-bapa sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.
AJAR UNTUK TEMAN SAHAJA SEHINGGA TERTIDUR
Selepas itu, boleh juga amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.
Ketegasan juga memainkan peranan penting. Sampai bila kita perlu dikawal oleh anak? Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.
Masalah ini tidak kami jangkakan sebenarnya. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah kami sedar. Ada kemungkinan, isteri saya telah merasakannya dahulu tetapi tidak sampai ke tahap ini. Tetapi, ia mungkin juga akan terjadi kepada anda seawal anak pertama lagi.
Dari pengalaman kami sendiri buat masa ini, ada beberapa kesan yang tidak baik akibat dari tidur berasingan ini.
1. Isteri bertambah stres. – Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.
Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada. Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.
2. Aktiviti “Pillow Talk” tidak dapat dilakukan. – Seperti dalam penulisan saya sebelum ini berkenaan kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi.
3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja. Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.
Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.
4.Rasa sunyi walau pun suami layan dengan baik. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi. Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.
Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.
5. Dekat tapi jauh. Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.
Pernah tak terjaga di malam hari dan merasakan kehangatan pasangan anda di sebelah? Kemudian, dengan perlahan-lahan anda pun memeluk erat tangannya, merapatkan diri dengan badannya dan bersama di dalam selimut yang sama? Saya jamin, anda rasa sangat bahagia walapun orang di sebelah tak sedar langsung, siap boleh berdengkur lagi. Bayangkan kenikmatan ini ditarik dengan situasi tidur berasingan ini? Sangat mengecewakan.
Tidak dinafikan juga, hubungan bersama akan menjadi kurang. Jika seorang di dalam bilik dan seorang lagi di luar, memang kebarangkalian itu sangat tipis. Hubungan spontan yang sangat memberi kesan baik kepada suami dan isteri juga tidak terjadi.
USAHAKAN SUPAYA TIADA KESAN BURUK Itulah serba sedikit kesan buruk apabila suami dan isteri tidur berasingan. Memang kadang-kalanya suami dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana situasi anak kecil itu. Tetapi, percayalah, jika diusahakan, pasti boleh. Kita tak usahakan kerana kita tak tahu kesan buruk situasi tu. Sekarang kita dah sedia maklum. Jadi, saya sarankan anda semua mengambil berat masalah ini dah cuba usahakan sebaik mungkin.
Tak sangka nak tidur sekali pun susah walaupun sudah berkahwin. Itulah dia antara cabaran alam perkahwinan. Banyakkan membaca supaya kita menjadi pasangan yang berilmu dan tahu bagaimana mengatasi masalah apabila ia timbul.
Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai pasangan suami isteri sedar dan kembali tidur bersama.
Adakah anda sedang tidur berasingan? Rasa tak stres tu?
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.