Apabila keluarga makin membesar, ada dikalangan ibu bapa terpaksa tidur berasingan. Rupa-rupanya ia tidak baik untuk dilakukan selalu.

Mama masuk tidur awal bersama anak kecil manakala papa pula tidur dengan anak menjaga anak-anak yang sudah besar di bilik berasingan. Kalau ini selalu berlaku, harap fikirkan semula.

Perkongsian daripada bapa ini ada benarnya. Walau pun berlaku tanpa disedari atau dianggap perkara kecil, besar kesannya kepada emosi dan ikatan pasangan.  Jangan amalkan selalu kalau tak mahu stres tanpa tahu punca dan hubungan suami isteri menjadi renggang.

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak? Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan

Sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak-anak.

Pertamanya, kerana ada anak kecil. Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun, memang agak sempit dan membahayakan jika 2 orang dewasa dan bayi atau anak kecil tidur bersama. Risiko terhempap dan tertutup ruang untuk bayi bernafas amat menakutkan sekali. Semasa tidur, tidak semua boleh sedar apabila ianya terjadi.

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak? Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

BAGI RUANG ISTERI TIDUR SELESA

Disebabkan itu, ramai pasangan mengambil keputusan untuk tidur berasingan. Selalunya si suami akan mengalah dan tidur di tilam lain di sebelah katil atau di bilik yang lain. Ini dapat mengelak dari risiko perkara yang tidak diingini berlaku dan memberi ruang kepada isteri untuk tidur dengan lebih selesa.

ANAK BESAR TIDAK MAHU TIDUR SENDIRI

Keduanya, kerana masalah anak yang sudah besar tidak mahu tidur sendiri. Masalah ini subjektif, ada keluarga dapat tangani masalah ini dengan mudah. Penerimaan dan kefahaman anak pun mudah. Namun, ada juga keluarga yang masih bergelumang dengan masalah ini. Kerjasama dari anak kurang, ketegasan dari kedua ibu-bapa pun kurang. Ada kalanya, masa juga memainkan peranan. Bila tiba masanya, anak itu akan rasa mudah untuk tidur bersendirian.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya cadangkan ibu-bapa sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.

IKLAN

AJAR UNTUK TEMAN SAHAJA SEHINGGA TERTIDUR

Selepas itu, boleh juga amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.

Ketegasan juga memainkan peranan penting. Sampai bila kita perlu dikawal oleh anak? Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.

Masalah ini tidak kami jangkakan sebenarnya. Setelah mempunyai 3 orang anak barulah kami sedar. Ada kemungkinan, isteri saya telah merasakannya dahulu tetapi tidak sampai ke tahap ini. Tetapi, ia mungkin juga akan terjadi kepada anda seawal anak pertama lagi.

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak? Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

Dari pengalaman kami sendiri buat masa ini, ada beberapa kesan yang tidak baik akibat dari tidur berasingan ini.

1. Isteri bertambah stres.
– Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.

IKLAN

Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada. Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.

2. Aktiviti “Pillow Talk” tidak dapat dilakukan.
– Seperti dalam penulisan saya sebelum ini berkenaan kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156935338535490&id=633435489

Artikel berkaitan: [Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang & Kurang Stres]

3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja. Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.

Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.

4.Rasa sunyi walau pun suami layan dengan baik. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi. Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.

IKLAN

Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.

5. Dekat tapi jauh. Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.

Pernah tak terjaga di malam hari dan merasakan kehangatan pasangan anda di sebelah? Kemudian, dengan perlahan-lahan anda pun memeluk erat tangannya, merapatkan diri dengan badannya dan bersama di dalam selimut yang sama? Saya jamin, anda rasa sangat bahagia walapun orang di sebelah tak sedar langsung, siap boleh berdengkur lagi. Bayangkan kenikmatan ini ditarik dengan situasi tidur berasingan ini? Sangat mengecewakan.

Tidak dinafikan juga, hubungan bersama akan menjadi kurang. Jika seorang di dalam bilik dan seorang lagi di luar, memang kebarangkalian itu sangat tipis. Hubungan spontan yang sangat memberi kesan baik kepada suami dan isteri juga tidak terjadi.

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak? Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

USAHAKAN SUPAYA TIADA KESAN BURUK
Itulah serba sedikit kesan buruk apabila suami dan isteri tidur berasingan. Memang kadang-kalanya suami dan isteri terpaksa tidur berasingan kerana situasi anak kecil itu. Tetapi, percayalah, jika diusahakan, pasti boleh. Kita tak usahakan kerana kita tak tahu kesan buruk situasi tu. Sekarang kita dah sedia maklum. Jadi, saya sarankan anda semua mengambil berat masalah ini dah cuba usahakan sebaik mungkin.

Tak sangka nak tidur sekali pun susah walaupun sudah berkahwin. Itulah dia antara cabaran alam perkahwinan. Banyakkan membaca supaya kita menjadi pasangan yang berilmu dan tahu bagaimana mengatasi masalah apabila ia timbul.

Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai pasangan suami isteri sedar dan kembali tidur bersama.

Adakah anda sedang tidur berasingan? Rasa tak stres tu?

Sumber: Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI