Besarnya pengorbanan seorang ayah mencari rezeki untuk anak-anak namun jangan menidakkan tanggungjawab yang digalas seorang ibu buat anak-anaknya. Isteri dan ibu kepada anak-anak kita sebenarnya bekerja lebih lama dari kita, tanpa henti. Bangun seawal pagi untuk menguruskan anak-anak dan tidur lewat untuk memastikan semua urusan anak-anak dan rumah tangga selesai. 24 jam!
Kata-kata Dr Ezairy M Sallih ini memang benar, jadi para suami kenalah belajar untuk sentiasa fahami hati isteri kita. Insyaallah rumah tangga akan aman bahagia. Gaduh-gaduh sikit tu biasa.
Ramai kan antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.
Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.
Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.
Ads
Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.
Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.
Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.
Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.
Ads
Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.
Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.
Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.
Ads
Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.
Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.
Hargailah pasangan anda.
Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini.
Isteri untuk dihargai…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa ujian RTK-AG kejap negatif, kejap positif. Mana satu keputusan yang betul ni? Kebelakangan ini ramai yang mengadu kit ujian antigen (RTK-AG) yang mereka buat tidak memberikan keputusan yang tepat.
“Haritu buat ujian RTK negatif, tapi hari ni buat PCR positif pulak. Eh, main tipu nampak!”
Sudahlah kita berdebar menunggu keputusan ujian kendiri disebabkan kontak rapat atau tiba-tiba bergejala, tetapi bila buat keputusan macam tak meyakinkan. Mulakan terfikir sama ada kita yang salah buat ujian atau kit ujian antigen dah ‘pening’.
Memandangkan varian Omicron semakin mengganas dan kes Covid-19 juga semakin meningkat ke angka yang membimbangkan, jadi eloklah kiranya kita memahami betul-betul kaedah sebenar untuk melakukan ujian kendiri.
Penjelasan daripada Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya wajar diberikan liputan kepada masyarakat supaya masing-masing lebih memahami bagaimana keputusan ujian kendiri dapat memberikan keputusan yang tepat.
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) : * Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu. * Buat ujian apabila bergejala * Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Kalau ibu ada persoalan tentang pelbagai komplikasi popular waktu mengandung dan apa patut buat dan tak patut buat pada baby baru lahir jangan lepaskan peluang mendengar penjelasan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes tular mengenai pelajar MRSM yang dibuli hanya kerana menegur mereka yang menonton video lucah sepatutnya kita jadikan pengajaran dalam mendidik anak-anak kecil kita. Kita pantaulah apa jua yang ditonton mereka di kaca tv mahupun di telefon bimbit.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu menjadi pembimbing dan benteng untuk anak-anak agar tidak berbuat silap. Kita cuba kerana inilah satu tanggungjawab buat kita dalam mendidik anak. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di facebooknya.
Allahu Allah, memang tersangat perit hati ini semasa dalam flight petang tadi, terbaca tentang khabar seorang pelajar MRSM yang dibuli hanya kerana menegur mereka yang menonton video lucah.
Sudah buat perkara haram, kemudian sakiti pula orang yang melakukan amar makruf nahi mungkar, Astaghfirullah.
Beberapa hari yang lalu, tular video berdurasi 10 saat yang memaparkan seorang pelajar dibuli beramai-ramai, mereka menumbuk dan menendang mangsa secara bergilir-gilir sehingga cedera tisu lembut di bahagian perut mangsa. Hal ini sangat membimbangkan kerana berlaku dalam kalangan anak muda seusia awal remaja iaitu lingkungan 13 tahun.
Bermula dengan niat baik mangsa menasihati mereka yang menonton video lucah agar menghentikan perbuatan tersebut atau tindakan mereka akan dilaporkan kepada guru.
Namun, kerana rasa tercabar dan ego yang tinggi, mereka menggunakan kekerasan sebagai tindak balas terhadap nasihat yang diberikan. Allahu Akbar.
Buli ini banyak puncanya tetapi dalam kes sebegini ia berlaku akibat ego orang yang melakukan kemungkaran, apabila ditegur mereka membalas pula dengan kekerasan.
Analoginya ibarat orang yang hampir mati lemas, apabila datang orang untuk membantu, mereka mencaci maki si penyelamat.
Kita semua sedia maklum tentang keburukan buli seperti yang berlaku terhadap arwah adik Zulfarhan di UPNM pada tahun 2017 dan lain-lain kes sebelum ini sama ada yang tular atau tersembunyi.
Namun, saya ingin tegaskan di sini bahawa perbuatan menonton video lucah itu juga merupakan satu kemungkaran yang mesti dijauhi.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya (zina) itu suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al-Isra’, 17: 32)
Allahu Akbar, sedangkan mendekati atau menghampiri sahaja pun sudah ditegah oleh Allah, apatah lagi melaksanakan perbuatan zina. Jangan disangka bahawa zina itu hanyalah melakukan persetubuhan secara haram, namun segala perbuatan yang menghampiri zina seperti berkata, melihat atau mendengar perkara lucah juga dikira sebagai kemungkaran.
Daripada Nu’man bin Basyir r.anhuma, Rasulullah SAW bersabda: الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ الْحَرَامَ بَيِّنٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Tuan Puan, Tabiat menonton video lucah bukan sahaja menyebabkan semakin nipisnya rohani, tetapi turut memberi kesan terhadap kesihatan mental seseorang, iaitu pelaku akan alami ketagihan beronani (masturbation), hilang rasa malu dan paling membimbangkan sudah mula timbul kecenderungan untuk berzina secara nyata. Allahurabbi.
Akibat daripada perbuatan ini menyebabkan perubahan tingkah laku, di mana si pelaku akan jadi seorang yang panas baran, cenderung untuk menyakiti orang lain dan budaya menipu atau memperdaya menjadi kebiasaan. Kesan daripada kemungkaran yang dianggap remeh ini, berlakunya kes-kes mencederakan orang lain seperti buli.
Kadang saya terfikir juga mengapa terlalu ramai orang yang terjerumus melakukan kemungkaran ini, antaranya kerana ramai ibu bapa yang tidak mengawasi bahan tontonan anak-anak semasa mereka kecil.
Kita boleh lihat dalam filem-filem, animasi, rancangan kanak-kanak atau kartun yang menonjolkan karakter lelaki atau perempuan yang mendedahkan aurat dan seksi.
Bayangkan di usia 2-6 tahun anak-anak sudah terdedah dengan penampilan sebegitu, jangan pelik apabila mereka besar, semua itu sudah menjadi kebiasaan dan ketagihan, bahkan berapa ramai anak remaja berusia 13-16 tahun sekarang sudah terlibat dengan penzinaan. Allahu Akbar.
DUHAI IBU BAPA, AWASILAH ANAK-ANAK KITA Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan anak-anak membesar sebagai manusia yang baik dan berguna. Kadang kita rasa takut jika terlalu mengongkong sehingga timbul rasa rimas daripada anak-anak, namun jika terlalu longgar dalam pengawasan pula akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak.
Saya percaya semua orang impikan anak-anak yang soleh dan solehah, walau kita sedar hakikat cabaran ke arah itu sangat tinggi. Namun, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti Allah SWT tak akan sia-siakan. Panduan untuk mendidik ahli keluarga supaya dapat menangani masalah sebegini ada digariskan di dalam sebuah hadis.
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan dalam kalangan kamu, hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat membentengi kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Jika kita muhasabah semula, sebenarnya amat jelas hikmah Allah perintahkan kita supaya menjaga pandangan, hati dan kemaluan supaya tidak terjebak dengan perkara maksiat sebegini, walaupun perintah itu telah diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu, namun ia masih relevan sehingga ke hari ini. SubhanAllah.
Sebab itu, Allah Ya Hakim, yang Maha Bijaksana dan Allah Ya ‘Alim, yang Maha Mengetahui segala baik buruk kita, segala kelemahan dan kekurangan kita. Oleh itu, banyakkan memohon petunjuk dan bimbingan daripadaNya supaya diri dan ahli keluarga kita terselamat daripada terjebak dengan dosa maksiat.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK YANG PANTAS BERTINDAK Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dengan tindakan yang diambil oleh pihak MARA, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Mufti, institusi Diraja, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan banyak lagi atas tindakan dan arahan yang dikeluarkan berikutan kes buli yang berlaku ini.
Semoga setiap usaha untuk membendung isu buli ini dikira sebagai satu bentuk amar makruf nahi mungkar dengan menggunakan kuasa di tempat yang betul, sekaligus menjadi pahala ibadah yang sangat besar di sisi Allah SWT, insyaAllah .
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam ragam anak berpuasa. Namun yang menjadi satu kesukaran pada mak-mak pastinya mengejutkan anak bangun sahur. Bagi Ozlynn Wati, dia punya caranya yang tersendiri untuk mengejutkan anaknya.
Melalui Instagram, Ozlynn berkongsi cerita dan kisah anak-anaknya serta berkongsi tip mudah untuk mengejutkan anak-anak.
“Cabaran utama kejut budak sahur adalah,
1. Selain dari kejut bangun dengan cara lembut, sentuhan mak atau ayah. Kali ke 2 panggil nama dah, kali 3 dah ada tepukan di peha yek, kali ke 4, guys bangun! Dah nak azan!!🤣🤣
2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tak cranky masa sahur. Ehekkk ehekkk ehekkkk.. hat nih dia ehekk ehek kita berdehem jek.. berubah muka depa.
3. Makanan sahur dah siap tersedia, bebudak ni kan dorang even 1 minit pun sangat berharga waktu tidur dorang. Kadang kita kejut adik abang yang dah bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.
So apapun yang penting peranan mak dan ayah tu sendiri. Kalau mak dok sediakan sahur ayah kena la bantu kejutkan anak-anak, suh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak de la trus tidur. Standby subuh,” kongsinya.
Pun begitu, biarpun terlambat, Ozlynn turut memberikan tip sebelum berpuasa supaya anak-anak lebih bersedia. Boleh juga diaplikasikan buat anak-anak nanti. Memang berguna!
“Tapi tips yang paling berguna 3 minggu sebelum datangnya ramadhan, train la anak-anak untuk berpuasa ok.
1. Supaya perut depa tak terkejut.
2. Dorang dapat serasikan diri untuk bangun sahur.
3. Dah tak cranky so awal-awal maybe ada yang puasa sekerat hari, ujung-ujung sampai ramadhan terus boleh puasa dengan senang
4. Nanti bagi la reward untuk yang kecik-kecik rajin bangan puasa dan subuh untuk yang mana masih belum layak puasa. Tak pe bagi je semangat, nanti dorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan dorang pun ada usaha.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Talasemia ketika hamil boleh meningkatkan risiko anemia dan komplikasi kepada ibu serta bayi. Ketahui 4 risiko penting dan langkah penjagaan yang perlu diambil sepanjang kehamilan.