PKP yang semakin berpanjangan ini mula menampakkan kebosanan pada anak-anak kita yang terperangkap lama di rumah. Jangan biarkan anak tepu sebaliknya buatlah aktiviti anak di rumah.

Anak yang aktif, bermain 24 tanpa henti memerlukan sesuatu untuk menyalurkan tenaganya dengan baik. Jadi mak ayah bantulah anak beraktiviti di rumah. Ini tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh Pn Ayesha Sairi.


Anak bergerak tanpa henti?

Memandangkan esok kita akan bercuti hujung minggu, saya hendak berkongsi mengenai kisah anak yang suka bergerak, berlari sana sini.

Ada ibubapa datang bercerita kepada saya. Mereka mengatakan anak mereka di rumah tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. Apabila dipanggil untuk duduk, anak tidak boleh duduk lama. Sekejap sahaja dan dia akan bangun semula.

24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti!

Ibubapa bertanya apa yang mereka boleh buat supaya anak boleh duduk lebih lama.
Saya bertanya kembali, kenapa hendak anak duduk lama? Sekiranya dia hendak bermain, tidak semestinya perlu dalam posisi duduk.

Ibubapa menjawab, dia tidak mahu duduk diam. Kami letih tengok dia sentiasa bergerak.

Ada ke ibubapa yang lain menghadapi masalah yang sama? Masalah ‘letih melihat anak bergerak tanpa henti’.

Ibubapa yang mulia,
Anak bergerak maksudnya dia tubuh badannya sihat secara fizikal. Mari bersyukur tentang itu.

24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti!

IKLAN

Anak bergerak tanpa henti mungkin membawa maksud:
1. Tenaga yang sedia ada tidak dapat disalurkan ke tempat yang sesuai. Anak sedang mencari cara yang boleh dia keluarkan tenaganya.

2. Input sensori yang diterima anak tidak mencukupi bagi membolehkan anak bertenang dan mengawal dirinya. Contoh mudah, seperti orang yang sukakan kopi, selagi tidak dapat kopi pada hari itu, hidup tidak tenang dan berasa gelisah.

3. Tidak ada aktiviti yang menarik perhatian anak dan bermakna untuknya. Oleh itu, anak cuba mencipta aktiviti sendiri.

Sekiranya ibubapa sedar, ketiga-tiga kemungkinan ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya ibubapa menyediakan aktiviti yang sesuai dengan anak.

Namun, ia memerlukan penglibatan ibubapa secara aktif, bukan pasif. Maksudnya, ibubapa kena rancang dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan hanya biarkan anak selepas berikan arahan.

24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti!

IKLAN

Contoh aktiviti yang ibubapa boleh lakukan di rumah:

✅Lakukan kemahiran motor kasar di dalam rumah seperti merangkak, berguling, melompat, berlari dan sebagainya. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan ruang rumah kerana kita masih perlu melawan Covid.

✅Boleh buat aktiviti ini ala-ala sukaneka di dalam rumah.

⭐️Melompat setempat 5 kali, merangkak menujuk ke meja, gunting mengikut garisan.

⭐️Berguling ke depan ke belakang 5 kali, lompat atas trampolin, baling bola masuk bakul.

⭐️Merangkak pusing sekeliling meja makan, panjat kerusi makan dan lompat ke bawah, duduk dan susun blok mengikut huruf.

IKLAN

24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti!

✅Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan kemahiran anak. Sekiranya adik beradik yang lain turut serta, boleh ubahsuai aktiviti tersebut.

Aktiviti ini dapat memberikan anak tempat untuk melepaskan tenaganya. Selain itu, input sensori seperti proprioseptif (daya otot dan sendi), vestibular (keseimbangan badan) turut dapat diterima oleh anak.

Aktiviti itu akan jadi bermakna apabila ibubapa turut serta, adik beradik yang lain turut serta. The more, the merrier bak kata orang putih.

Jom kita bermain bersama anak!

Menarik: Bantu Anak Makin Kreatif, DIY Bahan Bantu Anak Belajar, Idea Ibu Ni Memang Kreatif

24 Jam Tak Henti Main, Bantu Anak Salurkan Tenaga Pada Tempat Sesuai, Mak Ayah Buatlah Aktiviti!Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

https://www.youtube.com/watch?v=pqwDnepGJRY

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI