Diam tak diam, anak pelakon, Ain Edruce, si comel Soraya rupanya sudah pun berusia satu tahun pada 19 Mei lalu.
Melalui Instagramnya, Ain turut memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu. Penuh kenangan indah untuk dikenang ketika kelahirannya.
Malah kata Ain lagi, dia terpaksa berdepan detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum Soraya lahir ke dunia.
“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.
“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.
“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, telatah comel Soraya turut dikongsikan Ain melalui video pendeknya. Ain turut mendoakan agar Soraya terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak.
“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.
“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulisnya berseloroh.
Ads
Banyak perkongsian kelahiran Soraya yang tidak pernah dikongsikan Ain ketika kelahirannya sebelum ini. Semuanya comel-comel belaka.
Meninjau diruangan komen, pengikut setia Ain di Instagram turut sama mengucapkan ucapan hari lahir buat anak kecil itu.
Bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Tetapi apa rahsia rumah tangga bahagia hingga ke syurga? Pasti ramai ingin tahu kan? Berikut antara 7 peraturan untuk rumah tangga bahagia yang dikongsikan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan boleh diamalkan bersama.
7 PERATURAN UNTUK RUMAHTANGGA BAHAGIA:
1. Bila kamu dah berbuat salah, akui dan jangan berdiam diri. Luahkan dan berbincanglah baik-baik. Memilih untuk memendam lama-lama pasangan tahu juga.
2. Bila pasangan marah, jangan terikut marah sekali. Kena jadi ejen penyejuk yang mendamaikan suasana. Api lawan api makin membara suasana rumahtangga. Namun kalau api dibalas air, maka terpadamlah api kemarahan itu.
3. Jangan biarkan masalah tanpa diselesaikan sebelum kamu tidur. Masalah yang berlarutan akan di bawa ke esok dan menjadi beban sehingga hari yang mendatang.
4. Sentiasa kena puji pasangan kita. Paling kurang pun sekali sehari. Kadangkala kata-kata kita itu yang jadi semangat dan penguat untuk dirinya melewati hari dengan cekal dan tabah.
5. Sungguhpun kita ini cepat terlupa, tetapi janganlah selalu terlupa untuk membuat pasangan kita tersenyum.
6. Jangan terlalu berkongsi kebahagiaan rumahtangga di media sosial. Terlalu banyak mata memerhati dan silap hari bulan ada yang cuba nak kebas pasangan kita.
Kebahagiaan yang terbaik adalah hanya dinikmati oleh kamu dan pasangan sahaja.
7. Bila pasangan merajuk, jangan biarkan lebih dari 3 hari. Perlu cari sesuatu perkara yang buat dirinya suka dan gembira. Dan paling utama adalah memohon maaf dan ajak berbincang.
Buat pasangan di luar sana. Jangan pernah berhenti untuk membahagiakan rumahtangga. Binalah ‘syurga’ di atas dunia buat pasangan. Selalulah buat dia tersenyum dan tertawa.
Kebanyakan wanita dan ibu, tak kiralah yang bekerjaya atau surirumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. Sebab masalah macam nilah buat kita rasa kurang bersemangat dan ‘malas’ memasak kerana fikirkan leceh dan susah.
Tambah lagi bila ada anak kecil, semua nak kena cepat kan. Sebenarnya, kalau anda bijak menguruskan bahan dapur, ia boleh dilakukan dengan begitu cepat sekali. Ambil masa sehari pada hari minggu dah memadai untuk anda menyediakan beberapa jenis pes sebelum disejukbeku untuk kegunaan harian.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Sitinorokiah Omar boleh dicuba oleh semua ibu-ibu yang nak jimat masa tanpa perlu duduk lama di dapur.
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni,saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes tomyam Bahan-bahan Tomato 5 biji Bawang besar 5 biji Cili api 3 bijik Cili kering 5 bijik Lada besar 5,6 biji Serai 10 batang Lengkuas 2 inci Daun limau purut 5,6 helai Belacan seinci pastu bakar Udang kering dalam 10-15 ekor
Cara masak 1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak ( letak lebih sikit untuk pes tahan lama) 2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap 3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan 4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot. 5. Perasakan dengan garam dan gula
Pes gulai Bahan- bahan Bunga lawang 5 kuntum Buah pelaga 10-15 biji Kayu manis 2,3 batang Cengkih 7,8 biji Halia 2 inci Kunyit 2 inci Lengkuas 2 inci Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Lada giling satu plastik Rempah gulai 10 sudu Kerisik Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Cara memasak 1. Panas minyak,tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak 3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan 4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bahasa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur
Pes kari Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Bunga lawang 5 biji Buah pelaga 10 biji Kayu manis 2,3 batang Rempah kari 10 sudu Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak 1. Tumis rempah 3 beradik 2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak 3. Beku kan 4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula
Pes kurma Bahan-bahan Buah pelaga 10 biji Bunga lawang 5 kuntum Kayu manis 2, 3 batang Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Rempah kurma 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak 1. Tumiskan rempah 3 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup Bunga lawang 5 biji Cengkih 7 kuntum Kayu manis 2,3 batang Buah pelaga 10 biji Lada hitam Bawang besar 5 bijik Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Rempah sup 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak 1. Tumus rempah 4 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang
Pes masak merah Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Lada giling sebungkus Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak 1. Tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
*Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam ,daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau tak ada si kecil kacau.
Selalu orang cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap -ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain. Pendapat ni betul tetapi jika tiada kesudahan sampai bila?
Nak tak nak, suami isteri kena bertolak ansur dan sedia untuk perbaiki hubungan. Bukan hanya satu pihak sahaja tetapi dua-dua mesti main peranan.
Perkongsian dari Nurulbadiah Lai ini cukup bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan bersama.
Mak saya pantang dengar ayat ini. Mak cakap, ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu. Kerana ibu, jangan sampai buang isteri. Kerana isteri, jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tetapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu seimbangkan antara dua.
Mak kata kalau ada masalah dengan isteri, kena baiki bukan buang atau cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga.
Walaupun hakikatnya memang isteri boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan sebagai kain buruk.
Masa baru pakai, masa buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka. Mak saya ramai anak lelaki, jadi mak memang tak campur urusan rumahtangga mereka sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu.
Sebagai ibu, kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mak pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang.
Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik.
Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami. Biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.
Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ini. Sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.
Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap pada menantu, mak akan terbalikkan ayat itu pada diri mak dulu.
Kena berhati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
Kredit : Nurulbadiah Lai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.