Diam tak diam, anak pelakon, Ain Edruce, si comel Soraya rupanya sudah pun berusia satu tahun pada 19 Mei lalu.
Melalui Instagramnya, Ain turut memuat naik video throwback ketika kelahiran Soraya pada tahun lalu. Penuh kenangan indah untuk dikenang ketika kelahirannya.
Malah kata Ain lagi, dia terpaksa berdepan detik sukar bila mana terpaksa menahan sakit kontraksi hampir 26 jam sebelum Soraya lahir ke dunia.
“Anak Mummy dah 1 tahun. Pedih mata kita, masuk bawang ke tetiba.
“Cepatnya dah 1 tahun, punyalah susah nak keluarkan si kecik ni. 26 jam mummy dalam hospital, tak nak keluar-keluar.
“Seronok kot duduk dalam perut. Lama ekk nak keluar tu😣,” tulisnya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, telatah comel Soraya turut dikongsikan Ain melalui video pendeknya. Ain turut mendoakan agar Soraya terus menjadi yang baik sepanjang hidupnya kelak.
“Happy birthday @__itsmesoraya. Mummy love you.. be a good girl okay.
“Jangan kuat jerit kat orang. Dah macam chucky dah mummy tengok. Kang semua takut dengan soraya ok,” tulisnya berseloroh.
Ads
Banyak perkongsian kelahiran Soraya yang tidak pernah dikongsikan Ain ketika kelahirannya sebelum ini. Semuanya comel-comel belaka.
Meninjau diruangan komen, pengikut setia Ain di Instagram turut sama mengucapkan ucapan hari lahir buat anak kecil itu.
Masih panjang umur! Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan berusia tiga bulan apabila terselamat dalam kemalangan walaupun tercampak keluar dari kereta. Lagi sedih ibu bayi tersebut maut kerana kemalangan di Kilometter 19.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, Johor Bharu (17 Ogos).
Kereta hilang kawalan
Menerusi laporan BH Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 petang dan bayi berkenaan tercampak keluar dari kenderaaan kerana kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai kanan Bomba II MK Haridas, berkata kereta itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.
“Kemalangan membabitkan tiga mangsa. Pemandu lelaki dan bayi perempuan cedera ringan. Ibunya warga Indonesia berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” jelasnya.
Dia juga menyatakan bayi terus dihantar ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru untuk rawatan segera. Operasi menyelamatkan kesemua mangsa kejadian tamat kira-kira jam 2.33 petang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu. Jadi sebagai ibu bapa, perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian.
Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis bukan sebab sakit, jangan terus angkat. Beri dulu masa untuk anak bertenang. Lama kelamaan anak boleh faham dengan sendirinya.
Seperti perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim, caranya untuk cool down anak sejak dari bayi boleh cuba dipraktikkan oleh ibu bapa yang lain.
Cara saya latih anak “cool down” sendiri sejak bayi
Semua bayi menangis. Bohong la kalau ada bayi tak pernah menangis. Menangis tiba-tiba tu normal. Kebiasaannya anak boleh menangis tiba-tiba atas beberapa faktor :
1. Lapar 2. Sakit 3. Nak tidur
Ketiga-tiga tangisan ni memang kita tak boleh biarkan, ini tangisan psikologi selagi bayi tak dapat apa dia nak selagi itu dia akan terus menangis.
Berbeza dengan tangisan manipulatif pula, biasanya berlaku atas faktor,
Hah, yang ni insyaAllah kita boleh latih anak untuk “cool down” sendiri. Saya selalunya akan biar je bila anak menangis nak suruh angkat. Saya akan delay delay angkat.
Mula-mula 20 saat, lepas tu naik 40 saat, naik sampai la sekarang 5 minit. Lama-kelamaan sifat tolerance anak tu akan terhasil dan dah tak menangis lagi dah kalau kena baring lama-lama.
Btw, masa nak angkat anak tu saya tak akan geram atau pujuk dia sebaliknya saya akan dukung dan terus peluk dia serta urut belakang dada dia. Tujuannya supaya dia cepat cool down.
Nak ajar anak cinta Allah, tiada istilah cepat atau lambat. Sebagai ibu bapa, kita sering tertanya-tanya, “Bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak tentang Allah?”
Ada yang berpendapat terlalu awal boleh membuatkan anak keliru, manakala ada pula yang beranggapan terlalu lambat akan menyebabkan mereka sukar memahami. Namun, hakikatnya tiada istilah cepat atau lambat dalam mendidik anak mencintai Allah.
Sebenarnya, proses mengenalkan anak kepada Allah boleh bermula seawal mereka dilahirkan. Bayi mungkin tidak memahami kata-kata kita, tetapi mereka dapat merasakan kasih sayang yang dicurahkan. Setiap kali kita mendukung, menyusukan, atau menidurkan mereka, kita boleh menyelitkan zikir dan doa.
Sebagai contoh, saat kita mendukung anak dan membisikkan “Allah sayang anak ibu/bapa,” ia menjadi satu bentuk pengenalan yang lembut kepada konsep kasih sayang Allah. Lama-kelamaan, anak akan terbiasa dengan nama Allah dan merasai kehadiran-Nya dalam kehidupan seharian.
Perkongsian daripada Siti Aminah Sulaimancukup membantu ibu mendidik cintakan Allah dengan cara yang lembut tanpa paksaan.
“Kenapa kita perlu solat Ibu? Kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?”
Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya. Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat.
Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.
Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.
Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.
Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:
1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.
2) Jangan syirikkan Allah.
3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa
4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.
Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.
Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.
AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.
Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat, maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.
Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)
Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.
Buah ialah AHLAK yang cantik.
Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.
Dalam Fasa Pendidikan anak, Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun, perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.
Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?
Jangan risau ibu ayah..tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita. Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,
Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC, iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.
Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya. Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan.
Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah. Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.
Tidak ada usia yang terlalu awal atau terlalu lambat untuk mengajar anak mencintai Allah. Ia bukan soal masa, tetapi soal istiqamah dan kreativiti dalam mendidik. Yang paling utama, kita sendiri perlu menjadi contoh terbaik kerana anak-anak belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar.
Semoga Allah memudahkan usaha kita semua dalam membimbing anak-anak mengenali dan mencintai-Nya.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.