Ibu mana sanggup lihat anaknya susah atau dihina oleh orang luar. Begitu jugalah bagi bonda Rozita, ibu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering berdepan dengan pelbagai kontroversi.
Walaupun Datuk Aliff dah bergelar suami dan bapa, nasihat dari seorang ibu tak pernah sedikit pun kurang dari ibunya. Respek sungguh cara bonda Rozita ini.
Mungkin bagi sesetengah orang, apabila anak dah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, kiranya tanggungjawab tu dah kurang tapi tidak bagi bonda Rozita.
Dia mengakui Aliff Syukri kadang-kadang perlu sentiasa diingatkan biarpun pendapat mereka tak sama. Namun sebagai ibu, bonda Rozita tak pernah jemu menegur anaknya.
Ads
Manja dengan panggilan Kri, bonda Rozita pun kadang-kadang tak boleh nak ikut cara Aliff Syukri. Tapi sebagai ibu saya tahu niatnya buat sesuatu perkara itu.
Marah tetap marah tapi disebalik perangainya itu, dia seorang anak yang baik.
Lagipun dia seorang yang selamba. Jika dia nak buat, memang dia akan buat, Tak peduli apa orang nak cakap. Satu kelebihan yang ada pada Kri, dia sangat bijak berniaga.
Ads
Macam kes lagu Si Bobo tu, saya memang betul-betul marah dengannya. Tapi dia jelaskan itu sekadar kerja.
Biarpun sikapnya nampak agak gila-gila, bonda Rozita memuji Aliff Syukri. Sikapnya yang pemurah dan suka membantu orang susah serta ahli keluarga tak pernah dilupakannya.
Jadi tanggungjawab suami apabila berkahwin dan isteri bekerja, tetap kena berikan nafkah walaupun isteri tak minta. Jika selama ini seorang wanita ditanggung bapanya, kini tanggungjawab itu beralih kepada suami.
Itu perkara asas perlu diketahui oleh semua lelaki yang bergelar suami. Sikit atau banyak nafkah yang diberikan jika suami tak culas dan sentiasa bagi setiap bulan, isteri dah bersyukur sangat.
Jika dapat banyak kira bonus, dapat sikit pun bolehlah isteri buat belanja apa yang patut untuk dirinya.
Berikut perkongsian dari seorang isteri, Maryam Elyas mengenai pemberian nafkah yang sepatutnya dilaksanakan suami dan jangan di pandang ringan.
Sepanjang jadi wartawan, banyak kali CikYam jumpa kes rumahtangga runtuh sebab suami abai bab nafkah. Terutama kat isteri yang bekerja.
Ramai suami zaman sekarang pandang ringan bab nafkah. Bila sebut nafkah je, suami rasa alaaaaa benda boleh bawak bincang. Lagi-lagi kalau isteri bekerja.
Isteri bekerja ni pulak satu hal. Kadang disebabkan korang rasa korang mampu, korang pun buat tak kisah.
Yes, nafkah tu hak isteri. Kita boleh je tak amik hak tu sebab kita mampu. Tapi nafkah adalah tanggungjawab suami. Membiarkan suami pandang remeh bab nafkah akan menjadikan seorang lelaki tu sebagai lelaki lepas tangan.
CikYam tak cakap pasal orang lain. CikYam cakap pasal diri sendiri. Macam mana isteri redha dengan keadaan suaminya, itu terserah pada isteri tu sendiri. Tapi suami kena jalankan tanggungjawab sebaiknya. Tunjukkan effort tu.
Please jangan culas. Jangan ambik kesempatan. Nafkah isteri bukan duit yang korang bagi untuk beli susu anak, beli jajan, beli barang dapur. Bukan. Duit nafkah adalah duit untuk isteri pakai bagi kegunaan sendiri. Misalnya isteri simpan untuk beli gelang emas. Haaaa gitu.
Suami CikYam takde gaji tetap. Duit dia dapat tiap hari hasil niaga burger. So lepas tolak kos barang mentah dan duit gaji hari dia, dia selit la sikit kat benda alah ni sebagai duit jajan CikYam.
Tiap hari kujeling. Syok tengok makin lama makin nak penuh sampai hujung bulan. Dulu CikYam tak amalkan benda ni. Selalu Cik Abang bagi cash time CikYam nak gi keje. Best macam ni sebab nampak duit masuk tiap hari. Macam nak main tikam-tikam pun ada. Haha.
CikYam dengan cara CikYam. Orang lain CikYam tak tau. CikYam just jadi diri sendiri. Ginilah CikYam. Rumahtangga masing-masing kan?
Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak. Bak kata orang pantang sentuh, lekat je. Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja.
Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan beranak. Ada juga yang risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin akan terjejas sekiranya mempunyai anak kecil yang ramai berderet-deret.
Sebenarnya pasangan suami isteri tidak perlu risau dan takut memikirkan semua perkara tersebut kerana yakinlah bahawa anak itu adalah amanah dari Allah dan Dia jugalah yang memberi rezeki kehadiran anak tersebut walau kita rasakan masih belum bersedia.
Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Jadi tak perlu menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kerana tak semua orang berpeluang menikmati rezeki tersebut.
Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tapi masih menanti kehadiran zuriat, ada pula yang mudah dapat anak dan tak semua orang berpeluang memperoleh rezeki itu. Itu semua adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya
Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya yang mengingatkan setiap pasangan suami isteri agar tidak takut untuk beranak ramai kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki setiap anak tersebut. Beliau membacakan maksud surah Az-Zukhruf ayat 32 iaitu:
“Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.”
Menurut Ustaz Kazim setiap manusia yang hidup di dunia ini ada rezeki masing-masing daripada Allah SWT. Jadi tak perlu dengki sesama manusia kerana Allah pasti bagi rezeki kepada kita. Jadi janganlah takut atau bimbang, yakinlah kepada rezeki Allah.
Beliau turut mengingatkan pasangan suami isteri yang mudah dikurniakan rezeki anak supaya tidak membunuh janin yang ada dalam kandungan hanya kerana takut miskin.
“Jangan takut mengandung, jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Allah sudah sebut dalam al-Quran bahawa setiap anak-anak yang lahir ada rezekinya. Allah kata kami jamin rezeki untuk setiap anak.
Lahir sahaja seorang anak, rezekinya sudah ada. Bayangkan lahir sahaja anak sudah ada susu ibu untuknya sebagai makanan awalnya yang Allah kurniakan melalui ibu. Bayangkan betapa Pemurahnya Allah kepada hambaNya kerana sekecil usia bayi lagi Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuknya. Ibu bapa juga jangan kedekut dengan anak-anak. Ada yang kedekut dan berkira untuk anak-anak.
“Kadang-kadang ada suami isteri yang kedekut dengan bilangan anak, mereka kata cukuplah dua atau empat anak sahaja. Jangan takut tentang hal rezeki. Ambillah syaitan sebagai musuh bukan manusia sebagai musuh kita. Allah Taala Maha Baik, setiap orang hidup di dunia ini ada rezekinya.”
Rasulullah SAW Suka Umatnya Ramai
Memetik kenyataan bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu yang kini merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid), Haji Aizi Saidi Abd Aziz, setiap zuriat telah tertulis rezeki untuknya, jadi tak perlu bimbang untuk mempunyai anak ramai.
Bagaimanapun, kata Aizi Saidi, lain pula bagi mereka yang tidak berkemampuan, sakit dan sekiranya beranak, ia akan memudaratkan dirinya. “Kita tidak nafikan, bagi mereka yang sakit, tidak berkemampuan untuk mempunyai anak, ada mereka yang mengalaminya.
“Jadi, bagi yang mengalami situasi itu, perlu bersabar dan terus berdoa agar ditemukan jalan terbaik,” katanya.
Mengulas faktor ekonomi yang menyebabkan pasangan takut untuk mempunyai ramai anak, beliau berkata, ia bukan faktor penghalang .
“Dari segi ekonomi, satu sahaja kita perlu ingat, kita tidak tahu rezeki ALLAH SWT macam mana. Sebenarnya Dia telah tetapkan rezeki kita dan jika ada yang takut untuk beranak kerana faktor ekonomi, saya rasa ia telah lari dari konsep asal penciptaan manusia itu sendiri.
“Rasulullah SAW sendiri suka kepada umatnya yang ramai. Itu bukti mempunyai ramai zuriat ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Kecuali bagi mereka yang sakit, mudarat, tidak berkemampuan dan tidak mampu untuk menguruskan anak” katanya.
Menurut Aizi Saidi lagi, jarak dua tahun (susuan) adalah jarak paling ideal bagi setiap anak agar anak mendapat susu dan tumpuan sepenuhnya daripada ibu.
“Itu adalah hikmah bagi ibu yang menyusu anak. Tempoh dua tahun yang diberikan adalah untuk mereka memberi tumpuan menyusu anak sepenuhnya, sekali gus menjadi jarak antara dia dan adiknya,” katanya kepada akhbar Sinar Harian edisi Terengganu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu bukan tugas yang mudah. Setiap hari bermula seawal matahari terbit hingga lewat malam, menguruskan rumahtangga, anak-anak dan diri sendiri semuanya menuntut tenaga dan kesabaran yang luar biasa. Namun, dalam kesibukan itu, kadangkala seorang ibu terlupa bahawa kebahagiaan diri juga perlu dijaga.
Berikut beberapa tip mudah dan realistik untuk membantu ibu-ibu menjadi lebih tenang, lebih tersusun dan yang paling penting, lebih bahagia tanpa perlu menjadi sempurna seperti robot.
Tiada salahnya untuk duduk sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan berehat. Tidak semua perkara perlu diselesaikan segera. Menjaga kesihatan mental dan emosi itu sama pentingnya dengan menguruskan keperluan keluarga.
Kadang-kadang, apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang diharapkan. Anak bangun lambat, kerja rumah tertangguh, masakan tidak menjadi. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Jadual seharusnya membantu, bukan menambah tekanan.
Sokongan daripada pasangan, ahli keluarga atau kawan rapat sangat bermakna. Tidak perlu memikul semua tanggungjawab seorang diri. Meminta pertolongan bukan tanda kelemahan, tetapi langkah bijak untuk kekal waras dan seimbang.
Walaupun hanya 10 minit sehari duduk minum kopi dengan tenang, sapu losyen kegemaran, atau membaca beberapa halaman buku cukup untuk menyegarkan jiwa. Kebahagiaan kecil ini adalah hadiah untuk diri sendiri yang bekerja tanpa henti.
Media sosial hanya menunjukkan sebahagian kecil kehidupan seseorang. Jangan terlalu mudah membandingkan diri dengan ibu-ibu lain yang kelihatan ‘sempurna’. Setiap keluarga ada perjalanan dan cabaran masing-masing.
Tidur yang mencukupi dapat membantu ibu berfikir dengan lebih jelas, lebih sabar dan tidak mudah marah. Jika anak tidur awal, manfaatkan waktu itu untuk berehat juga, bukan untuk menyelesaikan semua kerja rumah yang tertangguh.
Tiada yang lebih menyentuh hati selain melihat anak tidur lena selepas seharian bermain dan membesar di hadapan mata. Bisikkan doa dan ingat kembali, inilah rezeki paling besar yang Allah beri. Segala penat lelah, hilang seketika bila melihat wajah mereka.
Seorang ibu tidak perlu menjadi sempurna untuk menjadi hebat. Apa yang penting, terus mencuba untuk menjadi lebih baik setiap hari, sambil menjaga kesejahteraan diri sendiri. Bahagia itu bukan pada berapa banyak yang dapat dicapai, tetapi pada rasa tenang dan syukur dalam hati.
Ibu yang bahagia akan membesarkan anak-anak yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!