Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri dalam melahirkan bayi, tambah pula ia merupakan pengalaman bersalin anak pertama. Penyanyi Fara Hazel yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 18 Oktober lalu berkongsi melalui fasa sakit kontraksi yang agak lama iaitu selama 26 jam.
“Saya tahan sakit contraction lama juga. Mengikut perkiraaan saya kira-kira, ada sekitar 26 jam tahan sakit.
“Masa dah masuk dewan bersalin tu baru suami dapat teman. Alhamdulillah bayi semua sihat, cuma ada kuning (jaundice) sikit,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Selamat melahirkan bayi lelakinya secara normal dengan berat 3.57 kilogram, Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri, 24, menjalani proses bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 6.05 pagi.
“Alhamdulillah,18 oktober 2020 (6:05 pagi )selamat melahirkan putera sulung kami 3.57 kg
“Doakan semoga kami dapat menjadi ibu & ayah yg terbaik buat putera kami ..
“Terima kasih juga pada yang mendoakan , hanya allah yg dapat membalas kebaikan korang semua,” kongsinya di Instagram.
Berkongsi pengalamannya bergelar ibu pada usia muda, kata Fara, dia mengakui rutinnya sudah jauh berbeza.
“Saya pernah jaga bayi, jaga adik. Cuma itulah, kalau dengan adik jaga menyambil sahaja tolong mak. Ini memang kena 24 jam jaga sebab nak menyusukan.
Ads
“Dulu bolehlah juga nak layan movie, sekarang ini memang kena layan anak sahajalah,” katanya yang kini menjani tempoh berpantang di rumah mentuanya di Terengganu.
Menurutnya lagi, dia juga sudah mempunyai nama buat bayi tersebut, namun memilih untuk merahsiakan terlebih dulu sebelum didedahkan kepada umum.
Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan sekarang, gajet dan anak tak boleh dipisahkan. Seawal anak setahun pun dah pandai mengamuk jika tak dapat gajet, apatah lagi anak yang dah besar. Dalam hal ini anak tak salah tetapi cara ibu bapa yang perlu bertegas dalam hal ini.
Jika dari awal dibiarkan atas alasan tak mahu anak bising, suruh duduk diam dan macam-macam lagi, kealpaan ini yang menyebabkan anak jadi ketagih. Impak buruknya juga boleh buat beri kesan sampingan pada mata anak.
Itu sebabnya, masalah rabun dikalangan anak-anak kecil sekarang semakin meningkat kerana cahaya daripada gajet itu telah menganggu fungsi mata.
Seperti perkongsian ibu ini di Tiktok atas akaun @finikhasim berkongsi pengalaman anaknya yang mengalami mata berkedip-kedip serta nampak sedikit bengkak dipercayai kesan terlalu lama bermain gajet.
Dengan perkongsian ini boleh dijadikan peringatan untuk sama-sama memantau anak agar tak keterlaluan mendedahkan gajet setiap hari.
Kongsi Fini, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan terlalu lama terdedah kepada kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Disebabkan kejadian ini, dia telah berjanji selepas ini tidak akan memberi telefon atau gajet lain lagi kepada anaknya.
Dia juga mengakui kesilapannya yang terlalu sibuk bekerja sehingga membiarkan anak dengan telefon dalam jangka masa lama.
“I am so sorry, ibu terlalu pentingkan kerja sampai biar awak hidup dengan gajet.”
Buat masa sekarang doktor menasihatkan untuk tidak mendedahkan anak dengan gajet dan mengawal dari awal untuk elakkan sebarang kemungkinan yang lebih teruk.
“Dia (Aidil) bukannya tengok telefon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok dalam 15 minit pagi, 15 minit petang dan 15 minit malam. Walaupun sekejap, tapi kesan cahaya telefon bagi effect pada matanya.
“Syukur juga dapat kesan awal perubahan pada mata Aidil dan lepas ni memang akan lebih beringat,” ujarnya.
Semoga dengan perkongsian ibu ini, dapat memberi peringatan dan sama-sama mencegah dari awal untuk kesihatan mata anak.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan dan kelahiran adakalanya mengundang kesan buruk kepada wanita, apatah lagi yang boleh mengancam nyawa.
Mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation salah satu cara untuk mengelakkan terjadinya kehamilan. Atas alasan sudah mempunyai anak yang ramai dan kesihatan isteri yang terganggu
Perkongsian daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dalam perkara berkaitan perancangan keluarga. Meneruskan kehamilan walau pun ia jelas mengancam nyawa ibu membahayakan.
Apakah harus disisi syarak isteri saya mengikat saluran peranakan dengan nasihat doktor bertujuan tidak lagi melahirkan anak di masa hadapan memandangkan saya telah mempunyai anak yang ramai dan jika isteri saya hamil lagi maka akan memberi mudharat kepada nyawa isteri saya?
Perbuatan mengikat saluran peranakan yang mengakibatkan tidak dapat beranak lagi di masa hadapan adalah haram disisi syarak apabila bukan kerana darurah kepada yang demikian itu.
Ini adalah kerana akan mengurangkan manusia yang membawa kepada tidak mempunyai keturunan. Sedangkan berketurunan itu itu adalah salah satu dari lima perkara yang mesti dipelihara yang menjadikannya oleh Islam sebagai tujuan-tujuan yang utama.
Ada pun jika darurah kepada yang demikian itu seperti bahawa dibimbangi kemusnahan atas nyawa isteri apabila ia hamil pada masa hadapan dan menasihatinya oleh doktor yang dipercayai maka mengikat saluran peranakan atas jalan berkekalan seperti ini adalah diharuskan dan tidak berdosa atas yang bertanya.
Apabila bayi jatuh katil, pasti anda jadi kelam-kabut, adakalanya sampai tidak tahu nak buat apa, bukan? Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda lakukan.
Alamak! Bayi jatuh katil
Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi. Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain. Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia. Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja. Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit. Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada. Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan. Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil. Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.