Bayi yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis. Biasanya 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.

Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Macam mana nak tahu bacaan ujian darah untuk bayi kena jaundis, Jururawat Aziah Husin ada berkongsi mengenainya.

Kali ini nak berkongsi tentang bacaan ujian darah untuk bayi yang baru lahir terkena penyakit kuning atau bahasa medikalnya JAUNDICE.

Selain kita ambil ujian darah yang biasa diambil di klinik kesihatan dan hospital adalah Total Serum Bilirubin (TSB)3 Hari Lahir Anak Demam Kuning Normal. Jururawat Kongsikan BacaannyaSelalunya bayi akan kuning pada hari 3,4,5 dan 6 dan ada juga melebihi 1-2 minggu kelahiran. Sekiranya sudah mendapat rawatan dan dapat bacaan misalnya pada hari ke 4-5 bacaan kuning adalah 12 masih lagi dlm range yang Normal.3 Hari Lahir Anak Demam Kuning Normal. Jururawat Kongsikan BacaannyaTapi kena ingat segala keputusan bayi perlu rawatan bukan terletak ditangan jururawat sebaliknya adalah doktor.

Ada juga kes yang bayi kuning kurang dari 12-24 jam kes seperti ini ada ujian darah saringan seperti 

IKLAN

– Comb Test
– Bilirubin Direct and Indirect 

Jika Comb Testnya positif bayi perlu diberi rawatan bantuan Air Drip dan juga Ubatan intravena yang dipanggil IVIG. Kes seperti ini perlu pemantauan yang penuh oleh jururawat. Jadi bersedialah ibu dengan bekalan susu ibu yang mencukupi.

Paling teruk bayi anda perlu rawatan penukaran darah. Untuk semua ibu dan ayah jangan bersedih andai bayi anda menunjukan simptom kuning segeralah ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya.

Tip jika masuk ke hospital 

IKLAN

– Jika menyusu jangan ambil masa yang lama kerana jika bayi dimasukan ke hospital kerana rawatan PHOTO THERAPY jadi sediakan juga susu perahan kerana kami perawatan kami bayi perlu tidur bawah lampu juga utk mengurangkan bacaan kuning serta bayaran bil hospital anda.
– Stand by Susu Perahan ya.
– Pastikan teknik pelekapan ketika bayi menyusu betul ya.. ingat 3/4 ingat mulut ikan dan ingat ada bunyi hisap dan telan.

Tip Nursing Care

*Bila anak kena kuning galakan bayi menyusu dengan sekerap yang mungkin.
*Jika bayi kerap tidur bangunkan bayi dan aktifkan bayi utk mulakan penyusuan
*Pastikan jam pengera dikunci setiap 2/3 jam utk memastikan bayi menyusu sekerapnya
*Pastikan susu ibu mencukupi untuk bayi.

 

IKLAN

3 Hari Lahir Anak Demam Kuning Normal. Jururawat Kongsikan Bacaannya*Elakan dari memandikan bayi dengan ubat-ubat herba dipasaran .
*Jika ibu menyusu elakan dari makan jamu,air kunyit dan halia kerana ianya boleh meningkatkan lagi bacaan kuning.
*Warna kuning pada kain selimut,baju dan cadar katil boleh buat mata kita yg memandang kearah bayi boleh tertipu dengan warna.Jadi elakan memakai pakaian kuning terlebih dahulu.

Macamana nak tahu anak saya kuning tinggi atau tidak simpan gambar bacaan normal ini sebagai rujukan.

Kepada ibu bapa jangan sekali cemas jika anda lihat bayi sudah mula kuning apa yang patut anda lakukan. Segeralah bawa bayi untuk bacaan kuning dihospital atau klinik kesihatan berdekatan rumah.

Sumber: Aziah Husin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI