Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun berdepan detik cemas selepas ibu jari kanan tersangkut di tombol pintu stor di rumahnya di Permas Jaya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohamad Kamal Shaari berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan 7.38 malam tadi, empat anggota bersama sebuah van EMRS bergegas ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

“30 Minit Menangis Tahan Sakit”  Ibu Jari Kanan Si Kecil Tersangkut Di Tombol Pintu Stor

IKLAN

“Ibu jari mangsa tersangkut pada tombol pintu sehingga menyebabkan kecederaan.

“Dimaklumkan mangsa bermain tombol pintu stor di rumahnya ketika ahli keluarga lain sedang mengemas stor. Selepas jari mangsa tersangkut, keluarga mangsa terus membawanya bersama tombol itu ke HSI.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan tombol dari jari mangsa yang mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

IKLAN

Beliau berkata, difahamkan pada awal kejadian mangsa tidak mahu didekati sesiapa kecuali ahli keluarganya dan pihak bomba saja.

IKLAN

“Selepas memotong tombol, bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital dan memujuk mangsa supaya tidak takut dengan doktor,” katanya yang memaklumkan operasi ditamatkan sepenuhnya 8.23 malam tadi.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI