4 Lokasi Rangsang Motor Kasar Anak. Ini Antara Sebab Ibu Ayah Mesti Bawa Anak Buat Aktiviti Ini

Share

Anak anda suka melompat, memanjat atau berlari dengan halangan yang disediakan. Jom ke 4 lokasi ini! Memang sesuai membawa anak ke tempat ini. Sebab apa tempat ini penting buat anak anda ialah

  1. Dapat mengeluarkan peluh anak secara sihat
  2. Mengelak anak asyik bermain gajet
  3. Rangsang keberanian anak dengan aktiviti lasak
  4. Bina keyakinan dalam diri anak
  5. Riadah seisi keluarga
  6. Rangsang motor kasar anak

Tahukah ibu ayah, bahawa motor kasar ini penting untuk membentuk dan membina postur badan yang betul .

Kemahiran motor kasar yang ini termasuk aktiviti lasak yang melibatkan tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Seterusnya melibatkan aktiviti antaranya melompat, memanjat, berjalan, berlari, membaling, menangkap dan  menyepak.

Apa yang pasti kemahiran motor kasar ini amat penting bagi keseimbangan seluruh anggota badan anak anda.

Berikut 4 cadangan lokasi lasak yang selamat untuk membawa anak-anak. Pasti anak teruja. Cuma anda perlu menyediakan sejumlah bajet untuk masuk ke kawasan ini.

1.CAMP 5 INDOOR CLIMBING GYM, PETALING JAYA

Operasi: Isnin – Jumaat, 2 petang-11 petang / Sabtu, Ahad, Cuti Umum, 10 pagi-8 malam.

Tiket: RM36 (Dewasa), RM25 (Junior), RM16 (Youth), Kanak-kanak bawah lapan  tahun percuma.

Facebook:Camp 5 Indoor Climbing Gym

2.JUMP STREET TRAMPOLINE PARK, PETALING JAYA

Operasi: Hari biasa 11 pagi – 9 malam, Sabtu & Ahad 9 pagi– 9 malam

Tiket: RM27

Facebook: JumpStreetAsia

3.SKYTREX SHAH ALAM, BUKIT CAHAYA SERI ALAM, SHAH ALAM

Operasi: Selasa – Ahad & Cuti Umum 8:30 – 5:00ptg

Tiket: RM35 (Little Adventure), RM45 (Big Thrill), RM55 (Extreme Challenge)

Facebook:Skytrex Adventure

4.DISTRICT 21, IOI RESORT CITY, SELANGOR

Operasi: Isnin – Jumaat: 12tengahari – 8 malam, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam

Tiket: RM58 (hari biasa) / RM75 (hari cuti)

Facebook: district21park

Apa lagi, jom bawa anak-anak ke sana hujung minggu depan!

 

IKLAN