“Empat tahun kami tunggu kehadiran bayi lelaki, namun pemergiannya yang mengejut sangat menyakitkan,” kongsi ibu bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia ketika tidur di rumah pengasuh, dua hari lalu.
Normariana Bachok, 34, berkata, dia tidak menyangka panggilan telefon daripada pengasuh anaknya, Najmi Mifzal Muhammad Fizree membawa berita duka yang akan menghantui hidup buat selamanya.
Hanya baju dan bantal pengubat rindu
Katanya, dia terpaksa mencium pakaian dan bantal anak bongsu itu bagi meredakan kesedihan.
“Pagi Rabu lalu saya dan suami (Muhammad Fizree Azani, 32) menghantar Najmi ke rumah pengasuhnya di Taman Universiti seperti biasa.
BACA ARTIKEL BERKAITAN [Selepas 3 Jam Diberi Susu & Tidur, Bayi 3 Bulan Meninggal Ketika Tidur Di Rumah Pengasuh]
Pengasuh hubungi beritahu anak tak respon
“Kira-kira 3 petang, pengasuh menghubungi saya memaklumkan Najmi tiada reaksi dan badannya sejuk, sebelum saya dan suami bergegas ke rumah itu.
“Setibanya di sana, saya dapati Najmi sudah kebiruan. Saya menepuk dan memeluknya tapi dapat rasakan yang dia sudah tiada lagi, ” katanya yang menangis teresak-esak menceritakan semua kejadian itu.
Dia yang ditemui di rumahnya di Johor Bahru berkata, pengasuh anaknya turut ralat dan menyalahkan dirinya kerana tragedi yang berlaku.
Pengasuh tidurkan anak dalam keadaan meniarap
Normariana berkata, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa dan reda dengan ketentuan itu walaupun berat untuk menanggungnya.
“Pengasuh memaklumkan menidurkan anak saya dalam keadaan meniarap kerana katanya bayi saya tidur lebih nyenyak dalam keadaan begitu dan meminta maaf jika itu menjadi asbab kematian Najmi,” katanya.
Reda terima takdir Allah walaupun perit
Sementara itu, Muhammad Fizree menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar kematian bayinya.
“Kami terima ketentuan Allah walaupun pedih rasanya. Pengasuh berkenaan pun pernah mengasuh anak sulung dan kedua kami, (Nayla Medina, 5, dan Nadeera Mikayla, 2) tanpa masalah sebelum ini, selain bayi lain.
“Ini ujian buat kami sekeluarga,” katanya.
Sumber: Metro
https://www.youtube.com/watch?v=8l80jKXMxUg
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI