Dalam tempoh ini, bukan sahaja petugas kesihatan menjadi penggerak utama mengawal wabak COVID-19 dari terus merebak, tetapi barisan menteri juga turut sama berganding bahu mencari penyelesaian dan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif bagi berdepan masalah ini.

Dengan amanah yang diberikan, bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat. Disebabkan itu juga, walaupun rakyat di minta berada di rumah dan bekerja dari rumah saja, bagi barisan hadapan kerajaan mereka juga perlu keluar menyelesaikan tugasan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Elak dekat dengan ahli keluarga

Bagi Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi yang baru dilantik iaitu YB Khairy Jamaluddin yang dikenali Abah dalam kalangan pengikutnya, beliau berkongsi satu momen di mana terpaksa menyambut hari lahir anaknya di sebalik cermin bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Beliau yang perlu bertugas diluar tidak terus meluru ke arah anaknya dan hanya berada di sebalik cermin sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia 5 tahun semalam.

IKLAN

Sedih tak dapat peluk anak

Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar tersebut, Khairy memberitahu bahawa beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya.

Mereka hanya memandang sesama sendiri di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar yang terdedah dengan sebarang wabak.

“Selamat ulang tahun ke-5, anak papa. Disebabkan papa perlu keluar bekerja, papa mengambil keputusan untuk mengelakkan bertemu buat sementara waktu bila pulang ke rumah.

IKLAN

Takut Nak Peluk, Khairy Sambut Birthday Anak Di Sebalik Cermin Tingkap

Ini untuk memastikan awak dan semua orang dalam rumah selamat (terutamanya nenek!). Walaupun papa sedih tak dapat nak peluk dan cium Raif, melalui tingkap ini pun papa buktikan yang papa sayang sangat Raif.

Ingatlah apabila Raif besar nanti, papa akan beritahu tentang bagaimana semua orang di dunia terpaksa memainkan peranan mereka untuk membantu satu sama lain. Love U My Raif!Takut Nak Peluk, Khairy Sambut Birthday Anak Di Sebalik Cermin Tingkap

IKLAN

Terima kasih atas pengorbanan

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram KJ dengan mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya.

Takut Nak Peluk, Khairy Sambut Birthday Anak Di Sebalik Cermin Tingkap

Selain itu, rata-rata turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan mengharapkan semangat bekerja barisan hadapan kesihatan dan menteri terus kuat untuk mengekang wabak ancaman dunia ini.

Sumber: IG Khairy Jamaluddin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI