Perginya anak tanpa petanda, ibu ini meluahkan kerinduannya. Setelah dikandung & dilahirkan, pemergiaan si kecil ini amat menyentuh hati.
Ramai menyangka bayi ini meninggal kerana jatuh dari katil pada awalnya, namun penjelasan ibu menceritakan punca sebenar yang bayinya tidak jatuh dan hanya terselit.
Ibu ini berkongsi dimana anaknya meninggal kerana kekurangan oksigen akibat tersepit di bahagian tepi katil. Perkara ini boleh ambil perhatian terutama sekali buat insan yang bergelar ibu dan ayah.
Ads
Dia tidak jatuh, dia terselit. Tiada pendarahan & alami bengkak otak akibat kekurangan oksigen. Berkongsi kerana mahu ibu bapa lain berhati-hati.
Ads
Ads
45 hari menahan rindu. Pergimu tanpa kata-kata & tanda. Anak syurga pinjaman buat yang bergelar ibu.
Masih panjang umur! Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terselamat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), beberapa hari lalu.
Walaupun terkeluar dari kereta dipandu bapanya, mangsa bernasib baik apabila pemandu kereta lain di belakang menghentikan kenderaan sebaik menyedari kelibat kanak-kanak terbaring di lorong kanan lebuh raya.
Kejadian dilaporkan jam 3.21 petang kelmarin, di Kilometer (KM) 235.5, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Linggi, Negeri Sembilan.
Difahamkan, kanak-kanak itu tercampak selepas kenderaan dipandu bapa mangsa dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain yang dipandu secara melulu dan berbahaya.
Insiden itu menarik perhatian umum selepas video kemalangan berkenaan tular di media sosial.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir, berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.21 petang membabitkan dua kenderaan Perodua Myvi dan Honda Jazz yang dipandu secara berbahaya.
“Ketika melalui KM 235.5 Lebuhraya Senawang-Ayer Keroh arah utara, kenderaan Perodua Myvi dipandu di lorong kiri lebuh raya manakala kereta jenis Honda Jazz memandu di lorong kanan.
“Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic yang berada di lorong kanan.
“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya dan kemudiannya terlanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi di lorong tengah.
“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.
“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mana anak?
Dalam pada itu, ibu kanak-kanak tersebut, T Citra, 26, berkongsi detik cemas yang berlaku pada anaknya secara tiba-tiba.
“Saya tanya suami anak di mana. Apabila di tempat duduk belakang tiada, saya jadi panik dan cemas.
Suri rumah itu berkata, kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak dapat berfikir apa yang terjadi pada anaknya selepas terkejut susulan kereta dipandu suaminya, K Satthiaseenan, 31, dilanggar kereta lain.
“Secara tiba-tiba bunyi hentaman kuat di bahagian kiri kereta kami yang menyebabkan cermin hadapan sebelah penumpang pecah. Saya hanya mendengar anak sulung saya dan dua anak saudara yang duduk di tempat duduk belakang menjerit.
“Saya terkejut anak yang tidur di pangkuan tercampak keluar melalui cermin sisi kereta yang pecah itu. Saya segera bertanya suami di mana anak kami.
“Sebaik kereta kami berhenti saya terus keluar dan mendapati anak berada di lebuh raya. Ada pengguna nampak anak saya berguling beberapa kali selepas tercampak dari kereta.
“Saya terus meluru ke arahnya dan lihat ada darah pada mukanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ).
Berdasarkan rakaman video berdurasi selama 59 saat itu, sejurus tercampak keluar, mangsa diselamatkan seorang pemandu lori yang berhenti di lokasi kejadian.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengalami kecederaan bahagian kakinya selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan dua jari kaki kiri mangsa iaitu jari kelingking dan jari tengahnya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku semasa mangsa bersama bapanya yang berusia 36 tahun berada di aras bawah pusat beli-belah berkenaan.
Menurutnya, dua beranak itu dipercayai menaiki eskalator dari aras bawah untuk ke tingkat satu.
“Semasa menaiki eskalator itu, dua jari kaki kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tangga bergerak itu.
“Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama beberapa minit sebelum kakinya berjaya dikeluarkan dari bahagian eskalator itu dengan bantuan orang awam,” katanya.
Menurut Mohd. Suhaimi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, bapa mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kira- kira pukul 5.03 petang semalam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.
Bapa mangsa, Muhd Hafez Mohamad, 32 berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja, dan sebaik dimaklumkan pengasuh kira-kira 2.30 petang yang anaknya, Harraz tidak sedarkan diri, dia bergegas ke rumah pengasuh dengan menunggang motosikal.
Menurutnya, sebaik tiba didapati anak lelakinya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri serta sudah kebiruan.
“Saya terus meletak anak di bahu kiri dan memecut motosikal ke Klinik Kesihatan Kampung Melayu Majidee, sejauh tiga kilometer (km), walaupun ketika itu terdetik di hati anak sudah meninggal dunia.
“Ketika di klinik, anak diberi bantuan kecemasan melalui teknik bantuan pernafasan (CPR), namun tiada respon diterima.
“Ketika badannya ditepuk pegawai perubatan, keluar sikit darah dari mulut arwah sebelum dimaklumkan ia berpunca akibat tersedak susu,” katanya ketika ditemui menuntut jenazah anaknya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, hari ini.
Muhd Hafez berkata, anaknya kemudian dibawa ke HSA menaiki ambulans dan melalui prosedur sama, namun diberikan jawapan sama,” kata jurutera di sebuah syarikat swasta di Tampoi itu.
Menurutnya, ketika itu dia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat anaknya sudah tiada, sebelum meminta doktor yang merawat terus menyelamatkan anaknya.
“Namun selepas seketika saya sedar daripada terus memaksa doktor memberikan rawatan berulang kali lebih baik saya reda kerana dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, dia dan keluarga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada jam 5.23 petang semalam.
Muhd Hafez berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSA untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Rangin, Kuantan, Pahang hari ini untuk dikebumikan.
Beliau turut berharap pihak polis akan membuat siasatan secara adil dalam kes ini kerana percaya ada unsur kecuaian hingga mengakibatkan anaknya meninggal dunia.
“Saya bersama isteri menyimpan gambar kecederaan pada lutut hingga buku lali arwah iaitu kesan luka, cakar dan lebam yang dilihat pada 29 Mac lalu.
“Kami mahu keadilan untuk arwah dan mungkin sifat tolak ansur kami ketika itu menyebabkan kejadian seperti ini berlaku hingga anak meninggal dunia,” katanya.