Hanya beberapa hari lagi nak tunggu kelahiran permata hati mama, nyata Allah lebih mengetahui segala-galanya. Segala persiapan menyambut anak sulung, mama dah siapkan. Tapi semua itu jadi kenangan buat selama-lamanya.

Bukan nak menagih simpati, bukan nak layan perasaan sedih cuma sekadar nak berkongsi pengalaman dan memori anak syurga mama, Nur Aisyah Humaira. Walaupun mama terpaksa berpantang tanpa Aisya, mama syukur papa sentiasa bagi semangat.

Berikut perkongsian Eyra Zaharah dan boleh dijadikan peringatan bersama buat ibu-ibu yang sedang hamil. Moga-moga semua urusan kita menunggu kelahiran dipermudahkan.

“5 Hari Lagi Due Date, Perut Mama Mengeras, Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya”

Assalamualaikum. Salam 8 Ramadhan Al Mubarak…Cukup seminggu sayang mama dah ke syurga. Rasa macam baru kelmarin peluk cium Aisya. Jangan salah faham. Eyra bukan nak menagih simpati, bukan nak meroyan kesedihan cuma nak berkongsi pengalaman dan memori. Cukup sekadar mengubati rindu pada anak syurga mama yang comel ni.

Baru-baru ini ada satu artikel viral ibu mengandung kematian anaknya akibat daripada perut mengeras dan after few hours pergi check baby dah tak bergerak. Kes yang sama dengan Eyra.

ARTIKEL BERKENAAN [“Ingatkan Biasa Perut Mengeras. Tak Sempat Belai & Pelukmu, Maafkan Ibu Sayang..”]

Terasa sakit mengeras di bahagian perut dan pinggang

Due Aisya 15/4 tapi perut Eyra dah mula mengeras dari malam 8/4. Tetapi masih boleh rasa tendangannya, sikunya dan memusing-musing. Sungguh aktif baby masa tu. Papa siap main-main sentuh lagi dengan Aisya masa ni. Tapi siapa sangka ini kali terakhir untuk papa.

IKLAN

Tiba-tiba malam 9/4 perut Eyra sakit, perut mengeras sekali lagi dan keluar sedikit lendir. Cuba mencari posisi yang selesa dengan meletakkan bantal di bawah perut. Tapi malam ni Eyra dah tak rasa sebarang gerakan. Eyra tertidur dengan sendiri selepas lama tahan sakit.

“5 Hari Lagi Due Date, Perut Mama Mengeras, Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya”

Tak bunyi degupan jantung Aisya

Bangun je keesokannya 10/4 kalut pergi ke hospital. Awal tu jumpa jururawat dulu. Masa tengah periksa, bunyi jantung tu memang dah tak dengar sebarang bunyi. Panggil la seorang jururawat buat benda yang sama. Tak dengar juga. Akhirnya suruh doktor scan.

Waktu scan tu memang hati berdebar debar dan sah memang baby dah tak bergerak. Memang tak ada sebarang pergerakan kat jantung baby. Masa tu mengalir air mata cakap dekat doktor jangan buat macam ni. Check la sekali lagi. Tak tahu nak rasa apa…. sedih, kecewa marah pada diri sendiri.

Macam-macam rasa ada, lepas tu doktor check Eyra dah buka 3cm, tapi scan baby Aisya dah tak bergerak. Ya Allah masa ni Tuhan je tahu macam mana perasaan Eyra. Memang air mata tu tak berhenti mengalir.

IKLAN

Sambil menangis beritahu papa…anak kita dah tak ada

Keluar dari wad, ternampak papa senyum je mengharapkan berita yang baik. Bila dengar suara papa je, terasa macam orang gila masa tu. Tak boleh cakap, menangis je.

Hari ni (10 April) sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia sebab hari jadi papa dan kami memang menjangka akan deliver hari ni tetapi sebaliknya. Papa cuba tenangkan mama, hari tu juga buat keputusan untuk bersalinkan Aisya. Jadi duduklah semalaman di wad.

“5 Hari Lagi Due Date, Perut Mama Mengeras, Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya”

Bersalin secara normal, dapat peluk cium Aisya buat kali terakhir

Disebabkan baby dalam perut dah tak bergerak, terpaksa la Eyra teran sampai terbuka 10cm dengan kontraksi. Ingat boleh buat cepat lagi tapi kontraksi lama juga. Ambil masa 24jam.

IKLAN

Baby Aisya keluar berat 3.2kg, besar juga, 51cm. Ya Allah tingginya tak macam mama dia, macam papa dia ni. Cukup sifat, tak bengkak, tak gelupas, putih kemerah-merahan. Geram mama tengok. Masa tengah jahit, peluk cium sambil tak berhenti menangis. Ya Allah, berat sungguh ujian Mu Ya Allah.

“5 Hari Lagi Due Date, Perut Mama Mengeras, Tak Sangka Petanda Aisya Pergi Selamanya”

Jumpa nanti di syurga sayang

Pada yang masih mengandung jagalah sebaik mungkin, sila peka dengan kandungan. Bagi kes Eyra, perut mengeras tu sangat bahaya, walaupun sesetengah orang cakap tak.

Al Fatihah untuk baby Nur Aisyah Humaira. Berlari-larilah Aisya di sana. Tariklah tangan mama, papa dan kami sekeluarga semua masuk syurga sama-sama ye. Aisya tetap dalam ingatan mama dan papa. Sudah ditakdirkan Aisya hanya bersama dengan mama sehingga 39 minggu 5 hari.

Salam takziah buat Puan Eyra sekeluarga. Moga Allah berikan rezeki lain yang lebih baik lagi selepas ini.

Kredit: Eyra Zaharah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI