5 kali buang air kecil semalaman, Betty Rahmad yang kini sedang hamil kandungan 38 minggu buat lawak nak tidur dalam bilik air. Luculah Betty!
Memang tidak dinafikan menginjak ke minggu-minggu akhir kehamilan, ibu akan lebih kerap membuang air kecil kerana rahim yang membesar sudah pun menekan bahagian pundi kencing.
Pelakon Betty Rahmad ini juga adik kepada pengarah filem terkenal, Erma Fatima dan pelakon hebat Datin Sri Umi Aida. Betty membuat jenaka berkenaan di Instagram dengan memuat naik gambar yang memaparkan gambar dia bersandar di dalam tab mandi.
Kapsyen nya ditujukan khas buat si suami, Ardy Damis. Ia adalah kapsyen lucu yang mengatakan dia telah berpindah tempat tidur atas sebab tertentu dan telah bangun dari tidur untuk ke tandas sebanyak 5 kali semalaman;
bettyrahmad Kehadapan suamiku,
Maafkan isterimu telah berpindah tempat tidur mulai hari ini atas sebab tertentu. Isteri harap suamiku mengerti.
Love,
Your 37weeks5days pregnant wife who get up to pee 5x a night #youfeelme?
Para peminat juga turut berkongsi pengalaman melalui keadaan yang sama semasa hamil. Ada juga yang mengatakan ia adalah tanda awal bersalin dan mendoakan agar Betty selamat bersalin apabila tiba masanya nanti.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Izara Aishah yang berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis itu turut berkongsi beberapa keping foto terkini dengan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
Bahkan menerusi kapsyennya, Izara juga turut berkongsi bakal melahirkan bayi keduanya itu bulan depan.
“Here I’ll tell you. It’s due next month,” tulisnya ringkas.
Menerusi beberapa hantaran tersebut, Izara tampil cukup manis dengan berbusana hitam dan coklat namun cukup bergaya biarpun sarat hamil.
Izara yang hadir ke sebuah acara perasmian model kereta mewah, Rolls-Royce Spectre, model super coupé elektrik ultra-mewah pertama di dunia ini dilihat sopan dan manis dengan senyuman di samping suami tercintanya, Adib Khalid.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan comel, Irisa Alaia yang kini berusia 3 tahun.
Aktres Anzalna Nasir tetap menunaikan puasa di bulan Ramadan walau pun dalam keadaan diri sedang sarat hamil.
Pelakon Memori Cinta Suraya ini mengakui dirinya masih aktif walau pun melewati trimester ketiga kehamilan anak sulung dan bersyukur masih tetap berpuasa di bulan Ramadan. “Alhamdulillah, saya masih aktif dan menunaikan ibadat puasa walaupun sarat mengandung lapan bulan.”
PUASA IKUT KEMAMPUAN, ATAS NASIHAT DOKTOR
Bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 ini mengakui dia berpuasa mengikut kemampuan diri dan mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan semua dalam keadaan baik.
“Saya berpuasa ikut kemampuan diri dan mendapat nasihat doktor,” kata pelakon jelita Anzalna Nasir ketika ditanya mengenai ibadat puasa pada tahun ini.
MAHU TERUSKAN PUASA HINGGA BERSALIN
Menurut Anzalna jika hendak diikutkan dia mahu berpuasa sehingga menjelang kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada Jun nanti. “Maklumlah, usia kandungan sudah lapan bulan dan pastinya setiap apa yang mahu dilakukan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dulu,” kata Anzalna
ADA HARI TERTENTU RASA LEMAH
Anzalna yang sedang hamil bayi lelaki ini mengakui ada hari-hari tertentu dia berasa lemah dan tidak dapat berpuasa. Dia perlu memikirkan keadaan dalam kandungan.
“Saya juga tak boleh nak cakap apa kerana ada harinya badan berasa lemah dan tidak mampu meneruskan puasa. Sebab itu saya berpuasa ikut kemampuan diri kerana perlu memikirkan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan,” katanya kepada Harian Metro.
TETAP MEMASAK UNTUK SUAMI
Walaupun sarat mengandung, Anzalna berkata dia tetap tidak lupa melengkapkan rutin setiap tahun memasak sahur untuk suaminya di sepanjang Ramadan ini.
“Saya wajib masak sahur untuk suami sejak awal perkahwinan lagi. Rasa bertuah suami tidak cerewet dan dia makan apa saja yang dimasak. Suami saya memang perlu makan sahur untuk memastikan dia bertenaga sepanjang berpuasa pada Ramadan,” katanya.
Terdahulu, Anzalna juga mengumumkan dia bakal melahirkan bayi lelaki dalam satu majlis sempena pelantikannya sebagai duta eksklusif jenama produk NR baru-baru ini.
Anzalna dan suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 30, berkahwin pada 21 Februari 2016. Dia sebelum ini membuat kejutan kepada para peminat dengan mengumumkan kehamilannya yang berusia empat bulan pada Januari 2019.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan. Pra-eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan kehadiran protein dalam air kencing.
Pre-Eclampsia: Amaran bahaya sebelum dapat sawan ketika hamil
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah terdapat pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan . Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Air mentuban juga akan menjadi kurang. Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan. Maka kehamilan dengan pra-eklampsia akan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengesan bayi-bayi yang bakal mengalami komplikasi ini supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum).
1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.
Gejala-gejala pra-eklampsia yang serius adalah :
❗️Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit ❗️Mata menjadi kabur ❗️Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik ❗️Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah ❗️Berasa tidak sihat
Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Pra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
✅berumur 40 tahun atau lebih; ✅berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih. ✅mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
kandungan kembar atau lebih; ✅mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.
Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.
Bagaimana saya dirawat, sekiranya saya mengalami pra-eklampsia?
Jika tekanan darah naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.
Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.
Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu
Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu