Sebaik menimang cahaya mata, anda seharusnya mula memikirkan tentang perancangan bagi menampung kos pendidikan bermula daripada Tadika, persekolahan rendah dan menengah; serta peringkat lebih tinggi iaitu kolej atau universiti.

Ramai sedia maklum dengan peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa yang mana ia turut melibatkan pertambahan biaya pendidikan. Tambahan pula pada masa kini, kos pendidikan di kolej mahupun universiti awam ataupun swasta boleh mencecah sehingga ratus ribu ringgit untuk peringkat Ijazah, bergantung kepada bidang pengajian yang bakal dipilih oleh si anak.

Malah, anak yang belum masih bersekolah pun memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Mana tidaknya, yuran tuisyen perlu dilunaskan. Pembelian alat-alat persekolahan juga perlu disediakan selengkapnya. Itu belum mengambil kira perbelanjaan harian seperti duit saku, kelengkapan ko-kurikulum, sumbangan PIBG dan lain-lain lagi.

Jika perancangan perbelanjaan pendidikan tidak disediakan lebih awal, pasti anda bakal tertekan saat ia diperlukan. Bagaimana caranya untuk menyediakannya? Jawapannya ialah membuat simpanan. Lebih awal anda bermula, lebih tinggi simpanan yang dapat dibuat untuk pendidikan si anak kelak.

Merancang

5 Langkah Rancang Simpanan Pendidikan Anak. Kena Buat Sebelum Anak Lahir Lagi!Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah letakkan sasaran tempoh masa. Kedua, sasarkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. Dan ketiga, jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Jika anak berusia bawah satu tahun tahun, anda pasti menjangkakan dia masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka, tempoh yang ada adalah selama 17 tahun. Setelah itu, tetapkan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.

Selanjutnya, jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama dan anda akan mendapat jawapan jumlah wang yang perlu dikumpulkan bagi menampung perbelanjaan pendidikan di masa akan datang. Dengan jawapan itu, anda perlu bahagikan kepada 12 bulan pula dan akhirnya jumlah bulanan yang perlu disimpan akan diperoleh.

Cara nak simpan

IKLAN

1. Kumpulkan RM900 sebelum anak lahir

Sebaik sahaja disahkan hamil, mula kumpulkan RM900 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan. Jangan fikir susah untuk kumpulkan RM900. Anda, suami isteri boleh berkongsi menyimpan RM100 sebulan. Suami RM50, isteri RM50. Dalam masa 9 bulan cukuplah RM900 semasa anak dilahirkan.

Dana RM900 ini perlu dimasukkan ke dalam institusi penyimpanan wang yang dipercayai. Antaranya unit saham amanah, bank, Tabung Haji, unit amanah dan yang seumpamanya atas nama anak itu sendiri dan salah seorang daripada anda sebagai pemegang amanah akaunnya.S

2. Simpan duit raya minimum RM100 setahun

5 Langkah Rancang Simpanan Pendidikan Anak. Kena Buat Sebelum Anak Lahir Lagi!Sebagai tambahan daripada apa yang disimpan sebelum kelahirannya, kumpulkan sekurang-kurangnya RM100 daripada jumlah duit raya yang diperolehinya. Kalau simpan lebih banyak, lebih bagus!

Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya akan bertambah apabila dikumpulkan tanpa culas setiap tahun. Tidak percaya? Segeralah lakukannya semasa sambutan Hari Raya tahun depan.A

IKLAN

3. Ambil pelan pendidikan insuran atau takaful

Pelan pendidikan adalah satu cara anda memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga. Andaikan suatu hari nanti, pencari nafkah utama meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Berkemungkinan besar, beliau tidak berupaya untuk bekerja. Jadi, pelan pendidikan dapat membantu.

Bila situasi ini berlaku, pelan pendidikan anak anda dibayar oleh syarikat insuran atau takaful sehingga tempoh matang pelan pendidikan yang telah diambil. Jadi, ada jaminan untuk anak anda meneruskan pengajiannya walaupun berlaku malapetaka yang tidak diingini dalam keluarga.

4. Kumpul bar emas

5 Langkah Rancang Simpanan Pendidikan Anak. Kena Buat Sebelum Anak Lahir Lagi!Anda digalakkan untuk menyimpan emas kerana nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun. Lebih istimewa, ia kalis inflasi. Sekiranya anda mula menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula daripada bulan kelahirannya, maka akan ada 216 gram emas. Cara ini secara tidak langsung, dapat menampung pendidikan si anak walau apa pun yang berlaku kepada ekonomi dan ringgit Malaysia.A

IKLAN

5. Akaun 2 KWSP

Bagi yang bekerja di sektor swasta dan memiliki akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda mempunyai simpanan yang dibahagikan kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Menerusi akaun tersebut,  anda boleh memohon pengeluaran pendidikan.

Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan yang terkandung di dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian anak. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengeluaran simpanan dibenarkan oleh KWSP.

Antaranya ialah anak anda perlulah telah mendaftar untuk pengajian akademik/ professional/ kemahiran  vokasional di institut pengajian tinggi (IPT) yang dibenarkan. Selain itu, anak itu mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.

Sekiranya anak anda belajar di IPT dalam negara, pengeluaran diluluskan tidak kira jika belajar secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh atau francais. Walau bagaimanapun jika pengajian itu di IPT luar negara, KWSP membenarkan pengeluaran untuk tanggungan pengajian sepenuh masa sahaja.

Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan pejabat KWSP. Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 -8922 6000 atau Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Bebas hutang

Kesimpulannya, dengan membuat simpanan awal dana pendidikan, anak anda sudah pasti tidak perlu membuat pinjaman pendidikan semasa masih dalam tempoh pengajiannya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan diri daripada dibelenggu dengan bebanan hutang sewaktu di awal alam pekerjaannya kelak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI