Mencari lokasi strategik tempat makan mesra kanak-kanak sekitar Selangor. Tentunya ibu ayang perlukan ruang makan seperti ini supaya dapat makan dengan tenang. “Dah lama tak makan luar. Rasa nak makan steaks atau pasta je. Tetapi bimbang anak-anak cepat bosan, kemudian mengamuk. Mesti makan tak tenang! Persoalannya, ada ker kafe atau restoran yang menyediakan mini kawasan permainan untuk anak-anak melakukan aktiviti. Jika ada barulah dapat makan dengan aman!”
Buat papa mama yang tinggal sekitar Selangor, 5 lokasi tempat makan ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Bukan hanya menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak atau ‘play area’ malah menu juga dikatakan menepati selera.
1.Kopimeo, Seksyen 9 Shah Alam
Mencari kafe yang santai? Jom singgah ke kafe hipster ini dengan memperlihatkan gitar-gitar tergantung di dinding kafe. Bersesuaian dengan konsepnya, ruang yang terhad tetap menjamin keselesaan. Sambil menjamu selera seperti pasta atau kek, ibu bapa tidak perlu risau anak-anak bermain di sudut permainan yang disediakan. Menu istimewa untuk anak-anak pula antaranya hot dog dan churros.
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat
2.Gula Cakery – Kota Kemuning Selangor
Keistimewaan kafe ini ialah mempunyai kelas belajar memasak untuk anak berusia tiga tahun ke atas. Dekorasi yang ceria dan ruang yang luas membuatkan anak-anak selesa mengikuti kelas. Sambil anak mengikuti kelas, ibu bapa boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan di kafe ini.
Ads
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.
3.Rimba & Rusa, Kota Damansara
Dekorasi restoran ini memang menambat hati. Selain suasana yang selesa untuk menjamu hidangan dengan menu yang menyelerakan, si cilik boleh bermain dengan riang di tingkat atas. Antara menu yang disediakan termasuk hidangan tempatan, barat termasuk smoothie, salad dan pasta.
Ads
Waktu Operasi: 8 pagi-11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
4. Blokke Cafe – Citta Mall
Ads
Kafe ini berkonsepkan lego. Sebaik sahaja masuk dalam kafe ini ada ruang untuk anak-anak bermain lego. Antara makanan yang disediakan termasuk lasagna, nasi lemak, kek, brownies dan crepe. Minuman pula seperti milkshare, teh dan kopi serta aiskrim. Kafe berkonsep santai ini sesuai untuk geng ibu-ibu buat perjumpaan. Sambil anak main lego, geng mak-mak boleh santai-santai. Dalam pada itu, terdapat tiga zon yang oleh anak melakukan aktiviti iaitu Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone. Selain itu kafe ini menganjurkan workshop untuk anak-anak waktu cuti sekolah dan meraikan sambutan hari jadi.
Kafe ini terkenal dengan makanan steaks yang lazat. Ibu bapa yang ingin menjamu selera boleh membawa anak. Biarkan anak leka bermain di kawasan permainan. Lebih istimewa kafe ini menyediakan ruang meletakkan mainan dan pakaian yang tidak digunakan rak Free Market. Malah melalui program Suspended Meals anda juga boleh menderma melalui sebarang bayaran makanan di sini.
Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari 2021 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021 dengan bertemakan ‘Gong Xi Save & Safe’. Tema ini dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19. Kempen ini telah dilancarkan pada hari ini secara live di Facebook PTPTNOfficial.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah Ang Pow yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM8,888. Tempoh promosi kempen ini bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, iaitu selama sebulan. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Dengan simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu cabutan.
Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, “Walaupun penularan COVID-19 telah memberi impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia dan tempatan, namun kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh untuk terus menyimpan dalam SSPN. Kempen ini merupakan tanda penghargaan PTPTN kepada anda yang terus menyokong SSPN. Jangan lepaskan peluang! Mungkin anda pemenang yang kami cari. Lagi banyak simpanan anda, lagi banyak peluang untuk menang.”
“Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, saya mewakili PTPTN mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya yakin dan percaya dengan semangat perpaduan, kemeriahan perayaan ini turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” tambah Datuk Wan Saiful lagi.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid berkata, “Bagi ibu bapa yang masih belum membuka akaun, rebutlah peluang keemasan ini. SSPN boleh dibuka untuk anak-anak seawal usia sehari. Bagi yang telah menyimpan, teruskan menyimpan. Anda adalah Super Hero kepada anak-anak. Sedikit pelaburan anda, tapi sangat besar maknanya pada mereka. Buka akaun atau tambah deposit dalam tempoh promosi dan anda secara automatik layak menyertai cabutan ini.”
PTPTN berharap kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana perpaduan dan masyarakat majmuk di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021, layari portal www.lovesspn.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai mama papa, sudah tentulah kita akan menyediakan hanya yang terbaik untuk si manja tersayang. Bukan sahaja mengisi tangki emosi mereka, bahkan keperluan juga haruslah yang berkualiti. Untuk mendapatkan segala barangan yang terbaik, sudah tentu kita akan memilih tempat yang diyakini untuk membeli-belah.
Kalau dah bergelar mama papa, mustahil untuk tidak mengenali butik kelengkapan ibu dan bayi ini. Jenama Tateh sudah cukup kuat dan utuh dalam menyediakan hanya yang terbaik buat si ibu mahupun bayi atau anak mereka. Tateh kini beroperasi di lebih 13 cawangan dan mempunyai keahlian Sahabat Tateh melebihi 50,000 orang. Tahun 2022 ini menandakan tahun ke-10 Butik Tateh telah beroperasi sebagai peruncit barangan keperluan ibu dan bayi di Malaysia.
Idea penubuhan Butik Tateh ini tercetus melalui pengalaman Pengarah Urusan Tateh, Puan Siti Shafurah Binti Abas yang kecewa apabila tidak mendapat informasi tentang produk ketika membeli barangan untuk anaknya sendiri. Beliau nekad untuk mewujudkan satu butik barangan ibu dan bayi yang bukan sekadar menjual, tetapi turut memberikan informasi dan konsultasi kepada mama papa untuk memudahkan urusan mereka dalam membesarkan anak kecil.
Nilai teras “Care, Comfort and Trust” sentiasa ditanam dan diaplikasi dalam kalangan semua warga Tateh sejak dari mula permulaan penubuhan Tateh sehinggalah ke hari ini. Bersempena dengan 10 tahun penubuhannya, Tateh ingin menghargai dan mengangkat martabat para ibu dengan melancarkan program yang istimewa di Majlis Pelancaran Ulangtahun ke-10 Butik Tateh dan Pelancaran Program Ibu Aspirasi Tateh (IAT) yang telah berlangsung di MardhiyyahHotel & Suites di Shah Alam pada 22 Mac 2022 yang lalu.
Program Ibu Aspirasi Tateh ini berobjektif untuk mengenalpasti dan memberi penghargaan kepada ibu yang terpilih atas semangat juang dan contoh baik yang mereka berikan, seterusnya mampu menginspirasikan para ibu yang turut berjuang menghadapai pelbagai ujian seumpamanya, terutamanya ketika fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik ini. Pelbagai program telah diatur dari April sehingga ke Oktober tahun ini dengan kerjasama pelbagai platform media dan beberapa lagi syarikat tempatan.
Kemuncak program ini ialah suatu majlis gala di mana seorang pemenang anugerah Ibu Aspirasi Tateh yang dipilih oleh juri awam dan profesional akan menerima hadiah wang tunai RM10,000.00. Lima finalis yang lain juga akan menerima hadiah wang tunai RM1000.00 setiap seorang. Pemenang dan finalis juga turut akan menerima hadiah-hadiah yang ditaja oleh beberapa penaja utama program ini.
Butik Tateh ialah francaisor yang berdaftar dan sentiasa membuka ruang untuk usahawan baru untuk menjalankan bisnes butik keperluan ibu dan bayi di bawah jenama Tateh. Tateh akan terus berusaha untuk mencapai sasaran pelan perkembangan mereka untuk mencapai sekurang-kurangnya 40 cawangan di seluruh Malaysia dalam masa lima tahun akan datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan rutin harian, masa bersama keluarga sering kali terabai tanpa disedari. Tanggungjawab kerja, urusan rumah tangga dan komitmen anak-anak menjadikan masa berkumpul semakin singkat.
Namun, hubungan kekeluargaan perlu sentiasa dipupuk. Meluangkan masa secara berkualiti walaupun sekejap mampu mengukuhkan ikatan dan mencipta kenangan yang kekal sepanjang hayat.
Jika sedang mencari idea untuk hari istimewa bersama keluarga, GSC Ultimate Family Adventure (GUFA) adalah pilihan yang patut dipertimbangkan. Acara ini dianjurkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Acara ini menampilkan pelbagai zon menarik seperti Movie Zone, Makan Zone, Main Zone dan Market Zone yang menyajikan pengalaman bertemakan filem, permainan interaktif serta pelbagai hadiah dan kejutan menarik.
Popcorn Run: Acara larian santai yang menyeronokkan dengan dua kategori iaitu 3KM dan 5KM, sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Playfest: Sebuah festival yang menawarkan pengalaman bertemakan filem, permainan dan aktiviti menarik, hadiah percuma serta pakej GSC Play Birthday & Movie Party yang boleh ditempah untuk sambutan hari jadi.
Movie Zone: Menyediakan peluang bergambar bersama maskot filem, pratonton filem akan datang dan jualan barangan eksklusif berkaitan filem.
Makan Zone: Menyajikan pelbagai pilihan makanan dan snek mesra keluarga yang pasti digemari semua peringkat umur.
Main Zone: Dimeriahkan dengan muzik, maskot comel Jesse and Friends dan ballpit untuk anak-anak bermain.
Market Zone: Ruang membeli-belah yang menampilkan pelbagai gerai menarik untuk diterokai seisi keluarga.
Berita baik untuk ibu bapa yang ingin mengajak anak-anak keluar beriadah! GSC x AIA Vitality Playfest 2025 akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2025 bertempat di IOI City Mall (East Concourse), Putrajaya. Masuk adalah percuma, jadi hanya perlu bawa semangat dan tenaga!
Jangan lupa juga untuk sertai GSC Popcorn Run 2025 yang akan berlangsung pada 21 September 2025 di Symphony Walk (East), IOI City Mall. Larian ini menawarkan dua kategori iaitu 3KM dan 5KM, sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tiket boleh didapati di ticket2u.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Humming anak sebelum tidur boleh membantu sesetengah bayi dan kanak-kanak berasa lebih tenang. Ketahui manfaat, bukti kajian serta cara mengamalkannya dengan selamat.