5 tanda ini bukan false alarm atau isyarat bersalin yang palsu lagi. Apabila ia muncul, ia bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi!
Tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza! Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan.
5 petanda ini perlu diperhatikan selalu. Jika berlaku ia bermakna waktu bersalin anda sudah hampir.
#1 Kontraksi
Tatkala kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut. Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama.
Ads
Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang. Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
#2 Rasa ringan
Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan. Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
Ads
#3 Mudah membuang air besar
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama. Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!
#4 Air ketuban pecah
Ads
Tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan. Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
#5 Rembesan mukus
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda. Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
Selalu dengar ramai ibu-ibu yang sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit masa pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah.
Ada sesetengah ibu yang bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang.
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah untuk tip sembelit masa pantang boleh membantu ibu yang risau nak buang air besar.
Macam akak lepas bersalin, benda paling takut ialah “alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh ke?”
Kalau pengalaman sayalah, doktor memang akan bagi ubat minum pelembut najis. Jadi untuk mommy tak payah risau ye. Kalau doktor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital hari tu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab bila dah consume ubat pelembut tu, mommy akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doktor bagi ni.
Jadi, selain ubat doktor ini adalah tip-tip macam mana akak rawat dan elakan sembelit masa pantang jadi lebih teruk. Kalau mommy-mommy ada pengalaman boleh la share.
Tip untuk rawat sembelit yang mungkin boleh diamalkan
Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap. Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras.
Masalah gigi berlubang atau karies gigi boleh dielakkan dengan penjagaan asas kesihatan gigi kanak-kanak. Pemeriksaan gigi secara berkala juga perlu dilakukan dan ibu bapa perlu membawa anak-anak untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi memastikan kesihatan gigi anak-anak berada dalam keadaan baik dan sihat.
Rongga gigi kanak-kanak yang teruk perlu dirawat, dan keadaan ini lebih dikenali sebagai “karies awal kanak-kanak” atau ECC: masalah gigi yang paling biasa di kalangan kanak-kanak.
“Doktor, saya nak buat macam mana ni gigi anak nampak kuning-kuning tak mau hilang, dah gosok banyak kali”
Okey, gigi anak-anak yang ada kuning-kuning atau hitam-hitam ni tanda awal gigi nak berlubang atau caries
Belum lagi berlubang, tapi boleh berlubang dan makin teruk kalau biarkan gigi tak diberus dengan cara yang betul
“Saya dah berus doktor, sehari lima kali”
Tak kisah lah berapa kali berus gigi anak tu. Tapi, kalau cara berus gigi tak betul dan guna berus gigi dan ubat gigi tak sesuai gigi akan rosak juga
Tau kan, cara berus gigi bukan main tonyoh aje. Kena berus gigi dari gusi ke gusi. Celah gusi perlu diberus dan sentiasa floss setiap hari terutamanya selepas makan
Bahagian gigi yang kuning tu memang tempat feveret gigi rosak. Sebab, kat area ni memang selalu terlepas pandang untuk berus
Berus gigi dan berus bawah gusi sekali setiap hari. Jangan takut kalau gusi berdarah semasa berus gigi. Gusi berdarah tanda gusi tak sihat
Kalau gusi tak sihat bermaksud gusi tu ada plak, darah akan hilang kalau gigi dan gusi di berus dengan betul
Kalau masih berdarah lagi walaupun dah berus macam-macam gaya, bawa lah anak pegi klinik gigi minta doktor gigi buat scaling
Kalau gigi anak-anak hanya ada plak sahaja, selalunya Dr Izaza buat polishing sahaja tak scaling gigi, sebab tak ada karang gigi
Gigi anak ada masalah yang sama macam di gambar bawah ni?
Bawa ke klink gigi, boleh minta pendapat dari Doktor gigi punca masalah gigi. Sama ada cara berus gigi salah atau sebab “sweet teeth”
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung. Sudah tentu ibu akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaiman keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan serviks si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak. Bagi merungkai persoalan ini, Pa&Ma mendapatkan penerangan daripada Dr. Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Kanak-kanak & Neonatal dari KPJ Damansara.
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Hamil Bayi Lelaki
5. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!