Wanita yang pertama kali hamil dan bakal bersalin sudah pasti tidak dapat membayangkan rasa sebenar sakit bersalin. Kebanyakan wanita yang sudah ada pengalaman melahirkan anak secara normal, rata-ratanya menyatakan sakit menahan kontraksi sebelum tiba masa mengeluarkan bayi.

Suami Tak Tahu Apa Nak Buat Dalam Labour Room, Tapi Dia Ada Buat Isteri Jadi Kuat!

 

Selain wanita itu sendiri bersedia daripada segi mental, suaminya juga perlu mengetahui serba sedikit informasi tentang kontraksi yang bakal dialami oleh si isteri. Dengan yang demikian, dapatlah sang suami memainkan peranan membantu isteRi melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.

Sakit faraj

Bila memasuki fasa aktif proses kelahiran, serviks akan meregang secara semula jadi. Ketika ini, faraj akan mengalami tekanan kesan gesaan kepala bayi yang cuba melalui saluran peranakan.

Artikel Menarik: [Tak Tahu Hidup Atau Mati Ketika Bersalin, Ibu Tak Pernah Serik Berjuang Melahirkan Anaknya!]

Suami Tak Tahu Apa Nak Buat Dalam Labour Room, Tapi Dia Ada Buat Isteri Jadi Kuat!

Apabila kontraksi semakin kuat dan menjadi kerap, kesakitan semakin dapat dirasai. Dalam keadaan ini suami perlu tenangkan isteri dengan meminta dia mempraktikkan latihan pernafsan yang betul.

Tarik nafas dalam-dalam dengan keadaan mulut tertutup dan hembuskan nafas sambil menyebut fuh dalam hela yang panjang.

IKLAN

Sakit pinggang

Dalam kes tertentu, kedudukan bayi dalam posisi posterior boleh menyebabkan isteri mengalami sakit belakang yang teruk. Sakit itu boleh dirasai sejak daripada awal. Di peringkat awal, kesakitan masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya sukar dikawal.

Suami Tak Tahu Apa Nak Buat Dalam Labour Room, Tapi Dia Ada Buat Isteri Jadi Kuat!

Lenguh kaki

Bila pinggang sakit, secara tidak langsung kaki pun terasa lenguh. Lebih-lebih lagi jika kantung ketuban sudah pecah. Ketika ini, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu menstabilkan emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit yang dialami.

Sembelit

Disebabkan gesaan kepala bayi yang melalui saluran peranakan, secara tanpa sengaja ia turut memberi tekanan kepada usus. Lalu, membuatkan perut anda terasa memulas seolah-olah mahu membuang air besar.

IKLAN

Suami Tak Tahu Apa Nak Buat Dalam Labour Room, Tapi Dia Ada Buat Isteri Jadi Kuat!

Apabila rasa tidak selesa, mungkin ada yang kerap ke tandas. Pastikan isteri ada peneman kerana ia adalah salah satu tanda hampir bersalin.

 Seram sejuk

Kontraksi bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan isteri menggigil dan  berpeluh. Tambahan pula, kesakitan itu tidak dapat dijangka tempohnya. Ada yang cepat bukaan rahimnya dan dapat segera mengeluarkan bayi. Ada juga yang terpaksa menahan sakit berjam-jam sebelum bayi dilahirkan.

SUAMI PERLU BANTU!

Benar, suami tidak dapat memindahkan rasa sakit kontraksi kepada dirinya namun ada beberapa perkara yang boleh diuat bagi membantu si isteri merasa sedikit tenang. Pa&Ma senaraikan beberapa perkara yang boleh anda buat, untuk sekurang-kurangnya mengurangkan rasa sakit kontraksi:

IKLAN

Suami Tak Tahu Apa Nak Buat Dalam Labour Room, Tapi Dia Ada Buat Isteri Jadi Kuat!

1. Sebagai peneman, anda perlu TENANG. Sewaktu sakit, isteri cenderung untuk terlalu berfikir. Jadi sebagai suami, anda harus berlagak tenang dan pujuk mereka untuk terus bertahan mengharungi sakit kontraksi.

2. Urutlah mana-mana bahagian tubuh isteri seperti pinggang, bahu atau di mana sahaja yang isteri rasa tidak selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tuam panas untuk melegakan kelenguhan yang isteri alami. Elakkan bahagian abdomen dan perut ketika menuam ya!

3. Galakkan isteri untuk bernafas secara beritma dan dalam. Pernafasan begini dapat membantu mengurangkan rasa kontraksi yang dialaminya.

4. Selain memegang tangannya, anda boleh bantu isteri untuk bertenang dengan membelai ubun-ubun atau memeluk si isteri. Selain memberi kelegaan, cara ini dapat merembeskan hormon endorfin dan oksitoksin yang membuatkan ibu gembira dan bersedia untuk melalui proses kelahiran.

Artikel Menarik: [Banyakkan Berdoa, Lancarkan Proses Bersalin. Ustaz Azhar Kongsikan Bacaan Untuk Ibu ‘Tunggu Masa’]

5. Berbual dengan isteri dan cuba untuk penuhi permintaannya. Biasanya, pada waktu ini isteri akan selalu dahaga dan minta air masak untuk diminum. Pastikan juga anda bersedia dengan stok snek sihat untuk membekalkan tenaga kepada isteri.

6. Anda boleh bacakan ayat-ayat Al-Quran atau berzekir bersamanya. Proses ini umpama meditasi yang bukan sahaja memberi ketenangan tetapi membuatkan si isteri terlupa yang dia sedang mengalami kontraksi.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI