Kita tahu dan faham perjalanan ibu untuk menyusukan anak itu sukar sekiranya susu badan tidak cukup yang boleh menyebabkan ibu stress. Memberi bayi anda susu badan secukupnya merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Oleh itu, bagaimana ibu-ibu boleh menghasilkan susu yang cukup? Jangan risau berikut dikongsikan beberapa tips dari MedTweetMy
Sumber: Canva
Pastikan lekapan betul. Lekapan yang baik boleh mengelakkan puting luka dan bayi dapat minum susu dengan lebih efektif.
Kerapkan pengeluaran susu. Penyusuan mengikut konsep “supply and demand”. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu terhasil.
Lakukan urutan payudara. Urutan payudara semasa menyusukan anak atau memerah susu boleh menambahkan susu sehingga lebih 40 peratus!
Ads
Makan dan minum yang cukup. Ibu menyusukan anak, membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Jadi ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air minimum 8 gelas sehari.
Pengambilan galactogogoue. Galactogogue adalah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya adalah oat, sayuran hijau dan kekacang.
Ads
Ads
Untuk tip tambahan, bagi ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dann cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.
Ibu dalam pantang kena betul-betul rehat kerana dalam tempoh ini tubuh dalam proses pemulihan dan badan masih lagi lemah.
Jika tiba-tiba situasi yang tak diingini berlaku memang cukup merisaukan seperti kes tumpah darah atau berlaku jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing kerana tidak menitikberatkan amalan berpantang.
Perlu difahami badan setiap wanita berbeza. Mungkin kita tak boleh nak samakan diri kita dengan ibu lain.
Pengalaman dari Puan Noor Hamidah Mohd Zaki ini boleh dijadikan peringatan untuk semua ibu berpantang yang terlalu aktif.
Walaupun ada yang berbangga, katanya tak pantang sangat pun. Hari ke-3 dah keluar pergi Mydin.
Tapi bagi akak, bab-bab berjalan ni biarlah dulu cukup 44 hari. Duduk dalam rumah dulu diam-diam.. Setakat pergi klinik tak apalah benda wajib kan nak ulang alik bawak baby cek kuning.
Tapi kalau kena, nauzubillah.. Dah ada pengalaman bentan mase anak first. Tu pun bukan pergi mana. Cuma pergi beli pump susu je pun di kedai baby.
Hari ke 13.. Sudahnya malam tu tak berhenti darah keluar sampai 4 5 helai kain batik basah dengan darah. Darah pula pekat sampai tak nampak merah dah tau. Berketul-ketul.
Bayangkanlah.. Dalam ambulans entah berap kali mata terpejam. Sayup-sayup je dengar nurse panggil nama “Hamidah, jangan pengsan! Hamidah, bukak mata!”
Sampai hospital dah tercungap dah. Masuk kecemasan, doktor ni datang seluk, doktor ni datang seluk. Sebab nak cari punca. Dah la tempat luka berjahit belum sembuh sepenuhnya lagi. Perit pedih tak payah cakaplah.
Makin lama makin rasa tak puas bernafas. Dah tercungap-cungap. Muka tangan kaki dah start jadi kuning sebab kurang darah. Badan pun dah lemah longlai.. Doktor minta sign masuk OT, sign.. Doktor minta sign untuk masukkan darah, sign.
Tak fikir apa dah. Baca pun tak. Cuma berharap Allah panjangkan umur je sebab teringat baby kecil lagi kat rumah tu.
Kalau aku mati, kesian anak aku tak dapat minum susu. Bila ingat semua tu la sikit sebanyak bagi semangat nak berjuang untuk terus hidup.
Fuhh ingat balik ngeri sangat..Nauzubillah cukuplah sekali tu je pengalaman ni datang. Buat para ibu atau bakal ibu, sayangilah diri anda. Bukannya pantang ni untuk jadi elok macam anak dara je semata-mata, tapi lebih dari tu. Jaga diri baik-baik. Kalau nak buat kerja rumah, nak masak, buat lah baik-baik, slow-slow.
Beringat kita dalam pantang. Buat sang suami, hargai isterimu. Cuba bantu mana yang termampu. Bukan lama, 44 hari je. Bak kata suami akak, sayang pasangan kita sebagaimana waktu kita bercinta.. Bukan lepas dah dapat, buat-buat lupa.
Anak-anak kecil kita sememangnya cukup peka dengan benda-benda di sekelilingnya. Semut yang merayap pun dia nampak inikan pula silica gel yang bertaburan di lantai. Awas, jangan biarkan gel ini bertaburan di atas lantai. Banyak kesannya pada anak, jika termakan gel ini.
‘Silica Gel’ yang selalunya kita jumpa dalam kotak kasut atau beg tangan adalah sama fungsinya dengan ‘Oxygen Absorber’ di dalam bekas vitamin atau pek makanan lain.
Menurut perkongsian daripada Pusat Racun Negara, kedua-dua gel ini adalah berbahaya kepada anak-anak kecil. Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
Perbezaan Penyerap Lembapan Dan Penyerap Oksigen
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut.
Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini Yana Samsudin, pernah berkongsikan dia dan suami, Fadzil Zahari sedang berusaha mendapatkan cahaya mata kedua bagi membolehkan anak lelakinya, Aisy Mateen, 2, mempunyai teman bermain.
Yana yang juga seorang pelakon dan pengacara berkata, dia dan suami, turut menjalani rawatan bagi membolehkan mereka menambah anggota keluarga.
Katanya, dia kasihan melihat Aisy yang bermain tanpa teman dan setiap kali berjumpa dengan kanak-kanak lain, dia akan panggil abang dan kakak.
“Setakat ini saya dan suami bukanlah membuat perancangan keluarga. Cuma, sejak tahun lalu dah berusaha walaupun belum lagi berhasil.
Malah menerusi instagram suaminya, Fadzil ada memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan kapsyen yang ada makna disebaliknya.