6 Hari Dalam Wad, Anak Rebecca Nur Al Islam Dibenarkan Pulang. Air Dalam Paru-Paru Jadi Punca

Share

Setelah enam hari dalam wad, anak Rebecca Nur Al Islam, Ahmet Reaggan dibenarkan pulang. Air dalam paru-paru jadi puncanya.

Memang tiada ibu yang boleh berpisah dengan anaknya, tambahan lagi jika bayi yang baru dilahirkan. Anak Datin Rebecca Nur Al Islam telah ditahan di wad selama 6 hari dan akhirnya dibenarkan pulang semalam.

AIR DALAM PARU-PARU PUNCA BAYI DITAHAN DI WAD

Ahmet Reaggan ialah nama anak kelima beliau. Bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan caeseraean ini difahamkan y telah ditahan di wad kerana mempunyai air di dalam paru-paru.

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA

Kata beliau menerusi Instagram, ramai yang telah menghantar mesej menerusi DM di Instagram bertanya khabar mengenai bayinya dan mendoakan yang baik-baik untuk bayinya.

COMELNYA AHMET REAGGAN

Di dalam posting terbaru, wajah bayinya telah didedahkan. Datin Rebecca juga turut berkongsi yang bayi kecilnya itu sudah mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh beliau.

Ramai yang memuji kecomelan bayi lelaki yang diberikan nama Ahmet Reaggan ini. Tidak kurang juga yang mendoakan kesihatan bayi dan kesejahteraannya.

Sumber: Instagram Datin Rebecca Nur Al Islam & Ahmet Reaggan

[Artikel berkaitan:Bayi Baru Lahir Rebecca Ditahan Di Hospital Tak Mahu Lepaskan Tangan Mummy, Para Peminat Mendoakan Kesembuhan]

IKLAN