Anak pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang baru dilahirkan empat hari lalu ditahan di wad. Para peminat memberikan sokongan dan mendoakan kesembuhan dan memberikan sokongan.
Rebecca yang berkongsi posting berupa gambar dan video anak kelimanya menggenggam tangan beliau dan enggan melepaskan.
Beliau juga berkongsi di IG story susu perahan yang dibekalkan kepada bayinya.
Ads
SOKONGAN DAN DOA DARI SAHABAT & PEMINAT
Para sahabat dan peminat mendoakan agar dipermudahkan urusan beliau dan kesembuhan bayinya. Ramai yang turut berkongsi cerita dan semangat kepada beliau.
Ramai menganggap perubahan mendadak dalam diri atau anak-anak sebagai perkara biasa, namun hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada gangguan yang lebih halus iaitu penyakit ain.
Susah untuk tidur, malas, berat hati malah emosi jadi tak stabil dan murung antara petanda-petanda gangguan dari penyakit ain ini.
Menakala bagi bayi dan kanak-kanak pula, jadi suka menangis, sukar untuk tidur malah suhu badan jadi panas menjadi petanda terkena penyakit ain bagi bayi dan kanak-kanak. Jadi mak ayah dan diri sendiri perlu lebih berhati-hati bagi melindungi diri dan keluarga.
Penyakit ‘ain berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “mata”. Ia merujuk kepada kesan negatif dari pandangan seseorang, sama ada secara hasad dengki atau kekaguman yang berlebihan tanpa mendoakan kebaikan. Pandangan ini boleh menyebabkan gangguan kepada tubuh badan, emosi, dan kehidupan seseorang secara keseluruhan.
Menurut hadis Nabi SAW, “Al-‘ain itu benar (wujud).” (HR. Muslim)
Berikut merupakan tanda terkena penyakit ain mengikut 3 kategori yang disenaraikan untuk umum, kanak-kanak dan bayi.
Tanda terkena penyakit ain (bayi)
* Badan panas bukan kerana sakit dari sudut perubatan.
* Selalu menangis dan tidak mahu menyusu dengan ibunya.
* Kurus kering seperti kurang makan tetapi selalu makan.
* Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
* Denyut jantung yang tidak teratur dan kadang kala terlalu laju.
Tanda terkena penyakit ain (kanak-kanak)
* Suhu badan panas yang tinggi.
* Mulanya rajin tiba-tiba jadi malas.
* Mulanya murid yang pintar tapi tiba-tiba malas.
* Tidak boleh fokus.
* Denyut jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang.
* Degil dan tidak suka ikut cakap ibu bapa.
Tanda terkena penyakit ain (umum)
* Sedih dan dada terasa sesak.
* Emosional dan ketakutan.
* Sering mimpi yang menakutkan.
* Tiba-tiba tidak mahu bergaul dengan orang lain
* Sukar untuk fokus terhadap sesuatu.
* Suka menyendiri.
* Merasa benci untuk keluar rumah.
* Susah tidur waktu malam.
* Tubuh jadi kurus kerana tiada selera nak makan.
* Tiba-tiba jadi bodoh walaupun sebelumnya pintar.
* Terlalu sensitif.
* Terasa ingin mati dan putus asa.
* Dada terasa sesak sehingga ingin menangis.
* Mimpi kubur, jenazah atau masuk ke dalam kubur.
* Pengsan mendadak.
* Detik jantung kencang hingga takut mati.
* Bermurung atau lebih suka diam walaupun sebelumnya ramah dan memandang negatif kehidupan hingga berharap mati.
* Rasa takut terhadap tempat atau orang tertentu seperti pejabat atau sekolah atau rumah yang mana sebelumnya dia sangat suka dengan tempat tersebut.
* Selalu mengantuk dan malas nak melakukan sebarang aktiviti.
* Sering menguap ketika beribadah atau ketika diruqyah.
Cegah dan amalan elak penyakit ain
Untuk mencegah dan merawat penyakit ‘ain, beberapa amalan yang disarankan termasuk,
1. Membaca doa dan zikir
Mengamalkan bacaan Surah Al-Falaq, Al-Nas, dan Al-Ikhlas setiap pagi dan petang.
2. Ruqyah Syar’iyyah
Membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa tertentu untuk perlindungan dan penyembuhan.
3. Mengucapkan “Masya Allah” atau “Tabarakallah”
Apabila melihat sesuatu yang menakjubkan, ucapkan kalimah ini untuk mengelakkan pandangan hasad.
4. Menjaga hati dari hasad dengki
Berusaha untuk tidak iri hati terhadap nikmat orang lain dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka.
5. Berhati-hati dalam berkongsi di media social
Elakkan daripada berkongsi secara berlebihan tentang kehidupan peribadi yang boleh menimbulkan rasa iri hati orang lain.
Penyakit ‘ain bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti keletihan melampau dan sakit kepala, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang. Individu yang terkena mungkin mengalami tekanan emosi, kemurungan, dan rasa putus asa yang mendalam. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mengganggu hubungan sosial dan prestasi kerja atau akademik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menjelang waktu sahur, ramai yang mengambil peluang untuk mengisi perut sebelum memulakan ibadah puasa.
Walaupun bukan satu kewajipan, bersahur adalah amalan sunat yang sangat digalakkan kerana ia membawa keberkatan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Namun, ada juga yang kurang berselera untuk makan di waktu sahur dan sekadar minum air kosong, dengan anggapan ia sudah mencukupi untuk berpuasa.
Seorang doktor, Dr Hakim, menasihatkan agar tidak bersahur dengan hanya minum air kosong sahaja.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, beliau menjelaskan bahawa bersahur tanpa makanan yang mencukupi boleh menyebabkan badan menjadi lemah, lesu, dan cepat mengalami dehidrasi sepanjang hari berpuasa.
“Jangan minum air kosong sahaja semasa bersahurt. Ramai yang tidak tahu hanya minum air kosong sahaja boleh buat badan kita lemau, rasa lesu, cepat dehidrasi. Rasa tak larat sepanjang berpuasa.”
“Sebenarnya air kosong je tak cukup, badan kita sebenarnya memerlukan elektrolit untuk kekal bertenaga dan elak pening kepala, sakit badan dan lemah semasa bulan puasa terutama waktu pagi,” ujarnya.
Letak sedikit ‘celtic salt’ dalam minuman
Menurut Dr Hakim, solusi bagi perkara itu sangat lah mudah iaitu dengan hanya menambah sedikit ‘celtic salt’ ke dalam air kosong.
Jelasnya, celtic salt mempunyai garam mineral yang lebih tinggi membolehkan badan menyerap air dengan lebih ‘efficient’ (cekap).
“Apa-apa pun, jangan percaya mitos, bukan semua garam sebabkan darah tinggi. Garam celtic ini berbeza, ia membantu untuk seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot walaupun kita tak senaman di bulan puasa,” katanya lagi.
“Ramai yang doakan bidadari kecil mama nie. Terima kasih aunty, terima kasih uncle. Semoga Allah angkat salah satu doa-doa uncle dan aunty untuk Maryam Nur Jannah”.
Itu harapan yang diharapkan oleh Shiera Adam untuk anaknya yang belum pun mencecah usia dua bulan tetapi telah diuji dengan ujian cukup besar sekali.
Bagi pasangan suami isteri, Shiera Adam dan suaminya Muhammad Jazmi kedua-duanya mengharapkan ada keajaiban dari Allah menghilangkan segala sakit buat Maryam yang disahkan menghidap kanser neuroblastoma iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi dan anak kecil.
Kanser neuroblastoma ketika usia 37 hari
Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir. Kebahagiaan dan kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata sulung ini bertukar berita menyedihkan setelah Maryam didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya 37 hari dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya yang kini dah bengkak 9cm.
Menurut Shiera anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan susulan walaupun baru beberapa hari pulang ke rumah kerana perutnya mula kembung.
“Biarpun Maryam belum mengerti apa-apa lagi, namun semangat yang ditunjukkan Maryam begitu kuat sekali.
“Bila mama tengok ramai yang sakit sama macam awak tewas, makin mama yakin anak mama ni 1 dalam 1000. Yang kuat semangatnya. Yang hebat seperti namanya. Yang akan sembuh dan membesar dengan sihat macam baby baby lain.
“Mama redha dan mama tawakal. Mama yakin Maryam akan sihat dan akan panggil mama “mama”. Fight sayang!”, kongsinya.
Berikutan itu, dalam perkongsian Shiera di Facebook dan Twitter ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan Maryam kuat dan sembuh serta membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarganya.
Biarpun dugaan ini sungguh besar buat pasangan suami isteri ini, mereka sentiasa positif Allah yang mengetahui segala-galanya.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.