Adakah anda ada berderet anak lelaki? Tak perlu mengeluh, bersyukurlah sebab ada banyak kelebihan yang boleh dinikmati. Tentu ada sebabnya Tuhan kurniakan kita ramai anak lelaki dan tiada langsung anak perempuan kan.

Dalam dunia ini tak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Percayalah yang rancangan Tuhan itu adalah sebaik-baiknya rancangan untuk kita hamba-hambaNya.

Contohnya dalam bab zuriat. Ada orang tidak dikurniakan seorang pun cahayamata, ada orang dikurniakan anak setiap tahun, ada pula yang hanya dikurniakan anak sama jantina sahaja dan sebagainya lagi.

Tentu sahaja yang dikurniakan berderet anak lelaki atau anak perempuan tak jemu berdoa agar satu hari mereka akan dikurniakan anak dari jantina yang tidak pernah dimiliki. Namun, jika masih lagi tidak mendapatnya, janganlah kita kecewa atau mempunyai prasangka buruk.

Percayalah yang semua itu pasti ada hikmah yang kita tidak tahu. Jadi, sentiasalah bersyukur walau apa pun yang Allah kurniakan kepada kita.

Bagi ibu ayah yang dikurniakan berderet anak lelaki tak perlu kecewa atau iri hati pada orang yang ada anak perempuan.

Cuba renungkan dan imbas kembali apa kelebihan yang anda nikmati bila semuanya anak lelaki. Mesti tersenyum bila mengenangkan kerenah dan perangai anak-anak lelaki kan?

Mungkin ini antara sebahagian kelebihan yang dirasakan oleh ibu yang melahirkan kesemua anak lelaki.

 

IKLAN

1. Senang beli baju

Orang kata beli baju anak lelaki boring sikit. Maklumlah, pilihan fesyen pakaian mereka hanya seluar dan t-shirt atau kemeja sahaja. Jadi, selamatlah duit ibu daripada membazir asyik nak ‘shopping’ baju anak-anak. Kalau anak perempuan, tentu ibu geram tengok fesyen mereka yang macam-macam dan cantik-cantik belaka.

2. Cepat bersiap bila nak keluar

Paling senang nak siapkan anak lelaki kalau ajak mereka keluar. Tak payah pening nak kena jadi ‘hair stylist’ mendandan rambut mereka atau memilih aksesori kepala yang bersesuaian. Cukup minyak dan sikatkan rambut bagi nampak kemas selepas menggantikan lampin pakai buang anak.

6 Kelebihan Yang Ibu Nikmati Kalau Ada Berderet Anak Lelaki. Bersyukurlah!

IKLAN

3. Kongsi baju adik-beradik

Yang ini paling ibu-ibu suka sebab dapat menjimatkan wang. Baju-baju mereka boleh dikongsi atau diturunkan daripada abang kepada adik-adik. Tak perlu risau membazir sebab baju boleh dikongsi. Yang penting cuma perlu jaga kebersihan baju tersebut.

6 Kelebihan Yang Ibu Nikmati Kalau Ada Berderet Anak Lelaki. Bersyukurlah!

4. Barang mainan tidak mengarut

Biasanya minat budak-budak lelaki hanya pada jenis mainan lego, bola, lori, kereta, traktor. Kalau anda belikan mereka set lego, boleh buat pelbagai objek mainan lain daripadanya. Jimat kan?

IKLAN

5. Banyak ruang di rumah

Bila semua anak sama jantina, tak perlu pening untuk mengasingkan bilik mereka. Jadi bilik-bilik lain boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain pula.

6 Kelebihan Yang Ibu Nikmati Kalau Ada Berderet Anak Lelaki. Bersyukurlah!

6. Ibu jadi tumpuan

Menjadi satu-satunya wanita di dalam rumah membuatkan ibu sebagai ‘permaisuri’ di hati semua anak-anak. Walaupun semua anak lelaki, kalau betul asuhannya mereka boleh diharap membantu ibu membuat kerja rumah. Selain daripada itu anak-anak lelaki juga kurang berminat ‘mengacau’ barang-barang peribadi ibu seperti barang mekap, aksesori, tudung dan sebagainya lagi.

Sebenarnya setiap anak yang dikurniakan kepada kita tak kira lelaki atau pun perempuan mempunyai kelebihan masing-masing. Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain.

Aturan Allah itu adalah sebaiknya untuk kita. Sentiasalah bersyukur walaupun lima kali mengandung semunya anak lelaki atau perempuan. Didiklah mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI