Akibat kerap terasa lapar semasa hamil, ramai ibu yang makan dalam kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah terlebih kalori dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. 

IKLAN

Wanita hamil perlu mengawal pengambilan makanan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan hanya satu hidangan minuman coklat berais setiap pagi tanpa penambahan minuman manis dalam hidangan berikutnya sepanjang hari tidak akan menjadi penyebab utama kandungan bersaiz besar (macrosomia).

Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, bayi normal di kalangan penduduk Malaysia mempunyai berat badan dalam lingkungan 3kg hingga 3.5kg.

Bayi macrosomic pula ditakrifkan sebagai berat lahir melebihi 4kg.

IKLAN

Lazimnya apabila ukuran pertumbuhan bayi yang diperolehi daripada ultrasound bersiri diplotkan pada graf pertumbuhan janin, kadar pertumbuhan bayi macrosomic melebihi kadar pertumbuhan yang sepatutnya untuk umur kandungan tersebut (lebih 90% centile).

Antara faktor yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan bayi macrosomic termasuklah:

  • Kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin.
  • Menghidap kencing manis ketika hamil
  • Indeks jisim badan prakehamilan yang tinggi (BMI lebih 30kg/m2)
  • Kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil.
  • Faktor genetic, jantina bayi, kaum dan etnik juga mempengaruhi risiko bayi macrosomic yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih, Afrika Amerika, atau Asia. Faktor genetic seperti ketinggian ibu dan berat badan turut memainkan peranan dalam menentukan berat bayi ketika lahir.
  • Menghidap diabetis ketika hamil adalah satu factor yang paling banyak dikaitkan dengan bayi macrosomic

Bagi wanita hamil yang berisiko tinggi dan mempunyai metabolisme badan yang tidak berupaya untuk menangani perubahan hormone HPL ketika hamil, keputusan tidak normal akan ditunjukkan dalam modified glucose tolerance test (MGTT).

Berikut adalah golongan berisiko menghidap diabetis ketika hamil? Sekiranya berisiko, puan perlu menjalani ujian saringan MGTT!

  • Menghidap GDM semasa kandungan terdahulu.
  • Obesiti (BMI lebih 30kg/m2)
  • Umur lebih 35 tahun
  • Kehadiran glycosuria (glukos di dalam air kencing)
  • Berat bayi terdahulu lebih 4kg

TIP MENGELAKKAN BAYI BESAR

  1. Pengambilan makanan seimbang mengikut pola pyramid makanan – Pinggan Sihat Malaysia: “Suku, Suku, Separuh”
  2. Berjumpa dengan pakar dietetic untuk mengira kadar kalori yang diperlukan ketika hamil seterusnya mendapatkan nasihat mengenai pemakanan seimbang
  3. Digalakkan melakukan aktiviti senaman ringan.
  4. Menjalani ujian saringan diabetis jika tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi

Sumber: Majalah Pa&Ma