Makanan jejari elok diberikan kepada bayi sebagai selain hidangan makanan utama. Bukan boleh terus berikan begitu sahaja, mesti periksa bayi dah sedia atau tidak. Penting ye!
Makanan jejari boleh mula diberikan kepada si kecil yang berusia 7 hingga 8 bulan yang sudah boleh duduk dan menegakkan lehernya. Jom kita lihat apakah bentuk makanan jejari yang sesuai untuk si kecil. Walau apa pun, sentiasa pantau semasa waktu makan. Jangan tinggalkan si menja sendirian untuk mengelakkan insiden tercekik.
Selain keupayaaan duduk dan menegakkan leher, makanan jejari boleh diberikan apabila si manja boleh mencubit atau pincher grasp di mana bayi boleh mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk. Ini penting untuk mengelakkan kekecewaan kepada bayi yang masih belum mahir mencubit atau menngambil makanan yang dihidangkan sendiri.
7 IDEA MAKANANAN JEJARI UNTUK BAYI
BROKOLI
Brokoli adalah cadangan makanan jejari yang bagus. Potong bahagian bersihkan. Stim selama 5 minit. Makanan jejari untuk si kecil perlulah boleh dikunyah hancur dengan gusi. Jadi mama harus memastikan ia dikukus empuk. Boleh dijadikan snek di waktu petang.
Ads
TIMUN
Memang timun rangup dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia perlu dipotong memanjang dan lebar untuk mengelakkan tercekik. Bagus untuk si manja yang sedang ‘gatal gusi’ kerana teksturnya yang liat melegakan gusi yang sedang gatal hendak tumbuh gigi. Sejukkan dahulu lebih baik untuk melegakan gusi.
TEMBIKAI
Tembikai buah yang lembut dan enak sesuai dijadikan makanan jejari. Si manja tidak susah menggigitnya. Potong dadu dan asingkan bijinya sebelum dihidangkan.
LOBAK MERAH
Ads
Lobak merah dipotong dadu dan kukus. Ideal untuk bayi pada peringkat usia 8 hingga 10 bulan. Untuk memeriksa ia empuk atau tidak, cuba picit dengan dua jari, jika ia hancur, bermakna ia sudah empuk. . Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
IKAN
Ikan mempunyai tekstur yang lembut dan kaya dengan nutrien. Ikan mengandungi DHA yang tinggi dan penting untuk perkembangan otaknya pada 24 bulan pertama. Anda boleh hidangkan carikkan ikan yang dikukus atau direbus tanpa garam kepada bayi sebagai makanan jejarinya. Hati-hati, asingkan dahulu tulangnya!
Ads
KACANG PIS
Kacang pis juga boleh jadi makanan jejari yang baik untuk si manja. Sebaik-baiknya gunakan kacang pis yang segar/ sejuk beku dan elakkan kacang pis yang diawet di dalam tin. Stimkan kacang pis hingga lembut sebelum menghidangkannya kepada si manja. Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.
TELUR HANCUR
Telur goreng hancur juga salah satu makanan jejari yang boleh dihidangkan kepada si manja. Kenalpasti dahulu sama ada bayi anda alah atau tidak kepada telur sebelum menyajikan telur kepada si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mereka yang selalu gulung, lempar “pampers” anak dari tingkap kereta atau campak ke dalam longkang menjadi punca tersebarnya jangkitan penyakit.
Pesanan peringatan yang dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini patut dijadikan panduan supaya jangan menjadi penyebar virus pelbagai penyakit kepada orang lain.
Anak buang air besar?
Mudah saja, gulungkan dan lempar sahaja dari tingkap ke celah celah semak atau di dalam longkang.
Golongan yang membuang najis anak sesuka hati ini , ternyata begitu rendah tahap siviknya… Sedangkan haiwan pun tahu mengkambus najis mereka.
Tahukah anda, “Lampin pakai buang” merupakan antara sampah pepejal yang paling banyak ditemui di bahu jalan, didalam longkang, kawasan rekreasi dan tempat awam.
Sampah yang mengandungi najis ini boleh menjadi sumber jangkitan penyakit. Virus dari najis ini boleh meresap dan merebak ke sumber air.
Owh ya, sehingga 5 keturunan anda berakhir, lampin pakai buang masih belum terurai sepenuhnya. Ia mengambil tempoh 500 tahun untuk terurai!
Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab.
Bukan kena basuh pun, mohon buang lampin pakai buang di tempat yang betul
1) Najis perlu dibuang dalam lubang tandas terlebih dahulu dan pam.
2) Gulung lampin pakai buang ke arah dalam (kawasan kotor di sebelah dalam).
3) Tampal semula di sebelah kiri dan kanan dengan menggunakan pelekatnya supaya gulungan tidak terbuka.
4) Masukkan dalam plastik dan ikat.
5) Sekiranya tiada plastik, gunakan suratkhabar untuk membalutnya.
6) Buang dalam tong sampah khas yang biasanya disediakan dalam tandas atau sekiranya tiada, sila isikan dalam beg plastik atau beg khas dan bawa pulang untuk dibuang di rumah dalam tong sampah khas atau plastik khas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa sangat risau kalau anak sembelit. Anda sudah memberikan makanan yang lembut agar si manja mudah membuang air besar tanpa menyebabkan sembelit.
Namun, masalah ini berulang lagi. Apakah ada faktor lain yang boleh menyebabkan si manja sembelit?
Tujuh faktor ini mungkin punca anak sembelit;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengandung dan melahirkan anak adalah fasa yang bukan mudah buat seorang wanita. Namun dalam tempoh ini, demi zuriat yang dikandung, semua itu dilalui dengan penuh ketabahan demi memastikan semuanya selamat.
Sepanjang mengandung juga, risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, anemia atau beberapa masalah lain biasanya lebih mudah berlaku. Seperti kisah perjuangan ibu ini, Umi Rusyaida bt Ariffin yang berkongsi kelahiran anak sulungnya yang lahir pada usia kandungan 32 minggu kerana mengalami preeclampsia sehingga hampir sawan dan nyaris meragut nyawanya dan bayi.
Trimester ke-3 berat naik mendadak
Saya masa mengandung check up bulanan, BP ok normal. Cuma saya ada (kencing manis masa mengandung) GDM on metformin. Itu pun sebab kena GDM pun border line saja. Jika diikutkan, masa awal mengandung risiko tinggi saya cuma BMI lebih sahaja. Sakit-sakit lain alhamdulillah ok.
Bagaimanapun, apabila masuk 3rd trimester, selalu rasa badan berangin. Kaki pun bengkak. Awal pula kaki bengkak sebab selalunya masa dekat tarikh bersalin baru bengkak.
Apabila kandungan masuk 30 minggu, pergi klinik check up, berat naik 2kg dalam 2 minggu. Nurse cakap minggu depan, datang periksa BP sebab berat naik.
Tekanan darah tinggi
Kiranya masa minggu ke 31 tu pergi klinik, buat pemeriksaan BP terus tinggi, 160/100. Jururawat bagi saya rehat dulu 30 minit, periksa lagi BP masih tinggi. Lepas tu jururawat telefon doktor dan minta rujuk ke hospital untuk pemerhatian.
Masa admit di hospital, 6 kali sehari nurse check BP. Pagi-pagi check urine, BP normal tapi urine abnormal, kencing kotor.
Bacaan asid urik tinggi
Biasanya kalau kencing kotor, bila kencing, kita akqn rasa sakit tapi saya biasa je. Sebenarnya kencing kotor saya ni disebabkan asid urik terlampau tinggi dalam darah (bacaan 600).
Bila pakar datang check, dia cakap saya macam ada simptom nak jadi preeclampsia. Tapi saya tidak pula rasa pening atau loya.
Hari ke 4 dalam wad, saya complete injek dexa untuk matangkan paru-paru. Doktor plan nak czer saya masa kandungan masuk 34 minggu. Tetapi pada hari ke 5 dalam wad, doktor ada scan.
Baby sihat tapi berat baby dianggarkan dalam berat 1.5kg. Doktor ada cakap jika bacaan asid urik dalam darah saya menurun, dia nak bagi saya balik dulu.
Kena serangan preeklampsia
Tapi hari ke 6 warded, saya dah nak jadi preeklampsia. Pagi tu check BSP gula 3.0 saja bacaan. Saya jadi pening macam nak demam. Lepas tu makin petang kaki dah ketar-ketar. Saya beritahu jururawat saya macam nak demam. Jururawat periksa suhu tapi ok. Bila malam, masa check BP, tiba-tiba BP naik tinggi (160/110).
Mata pun dah pinar-pinar, terus saya kena hantar ke intensive ward. Drip 3 jenis ubat termasuk ubat anti sawan. Malam tu setiap 30 minit check BP. Malam tu pukul 2 pagi puasa, esok 9.30 pagi saya tolak masuk bilik operation, emergency czer.
Berat bayi hanya 1.31kg
Ketika dilahirkan bayi berat 1.31kg. Memang doktor langsung tak tunjuk baby dekat saya, terus bawa bayi ke NICU. Hari ke 2 baru dapat tengik baby. Baby on oksigen satu hari saja, lepas tu baby bernafas sendiri.
Masa dalam NICU tengok baby, doktor ada terangkan keadaan baby. Semua ujian untuk tengok jantung dan paru-paru semua ok. Kiranya baby tak ada masalah lain kecuali tak cukup berat. Cuma doktor ada cakap, masa operation, baby kena forcep sebab dia lari-lari sikit masa nak tarik keluar. Mungkin ada risiko untuk tengkorak retak.
34 hari berkampung di hospital
Baby dekat NICU cuma 10 hari. Kemudian transfer ke wad biasa, tinggal lagi 24 hari. Jadinya selama 34 hari baby duduk di hospital. Saya selang 2 hari hantar susu ibu ke wad untuk baby.
Cuma masa berat baby dah 1.6kg, nurse call saya untuk datang duduk sebilik dengan bayi. Masa ini saya diajar cara uruskan baby. Baby ada waktu menyusu, 3 jam sekali.
Lepas discaj, saya beli susu similac neosure khas untuk pramatang, sebab susu saya memang tak cukup.
Selepas sebulan buat pemeriksaan di klinik, saya tanya doktor boleh ke nak tukar susu baby biasa. Doktor cakap ok sebab waktu itu berat baby dah 3.4kg. Jadi, saya bagi baby minum Dutch Baby sampai sekarang. Susu ibu dan susu formula, dua-dua baby minum.
Follow up mata, telinga
Bila lahirkan bayi pramatang ni, kena check up mata dan telinga. Ini kerana selalunya ada masalah sebab urat mata belum matang. Baby saya pergi 2 kali untuk check up dan syukur semuanya normal. Cuma kena datang lagi masa umurnya setahun
Keretakan dekat kepala yang doktor cakap masa bersalin pun semua ok. Sekarang ni juga baby makan vitamin yang hospital bekalkan iaitu uphavit, maltofer & acid folic.
Alhamdulillah ibu dan bayi sihat
Macam serangan preeclampsia tu, lepas saya discaj wad, nurse datang rumah check selama 20 hari untuk check BP dan urin. Alhamdulilah, semua ok. Doktor cakap prosedur ni kena buat sebab serangan preeklampsia ni boleh juga berlaku sepanjang 6 minggu lepas melahirkan baby.
Kiranya lepas saya bersalin, saya kena on ubat darah tinggi tapi hari ke 44 pantang, saya dah tak ambil ubat ni dan kencing manis pun dah tak ada lepas bersalin.
Baby pula, setakat ni tak pernah lagi demam. Kena suntikan vaksin dekat klinik pun semua ok. Harapnya Adriana Ufairah akan sihat membesar dan menjadi anak solehah.
Kredit: Umi Rusyaida bt Ariffin
**Ingin dapatkan barangan bayi pada harga yang berbaloi, klik di sini untuk ketahui lebih lanjut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
AKE Grand Ihtifal & Concert 2025 di IDCC Shah Alam menyentuh emosi ribuan ibu ayah apabila lebih 7,000 murid membuat persembahan penuh keyakinan dalam tema budaya Malaysia.