Ajal dan maut di tangan Tuhan. Seorang bayi berusia 18 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuh.
Bayi berkenaan, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.
DIHANTAR IBU JAM 7 PAGI
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, ibu Noorsyaqinas Rosni, 25, menghantar Muhammad Aidil ke rumah pengasuh pada jam 7 pagi. Bagaimana pun ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Kuala Kangsar, ibu ini telah dimaklumkan Muhammad Aidil telah dihantar ke hospital.
Gambar hiasan.
DIHANTAR DALAM KEADAAN BAIK
Razali turut memberitahu yang Muhammad Aidil dihantar dalam keadaan baik oleh Noorsyaqinas ke rumah pengasuh. Dia bagaimana pun didatangi ibu pengasuh memberitahu anaknya itu dimasukkan ke hospital
“Ibu mangsa memberitahu menghantar anak lelakinya itu dalam dalam keadaan baik ke rumah pengasuh, namun pada jam 9 pagi ketika sedang bekerja, dia didatangi ibu kepada pengasuh memberitahu anaknya berada di hospital.
BAYI TERJATUH SELEPAS MEMANJAT JERIJI TINGKAP BILIK
Razali memaklumkan Noorsyaqinas diberitahu Muhammad Aidil telah terjatuh selepas memanjat jeriji di rumah pengasuh.
Ads
“Wanita terbabit bergegas ke hospital dan bertemu pengasuh untuk bertanyakan keadaan anaknya dan dimaklumkan bayinya terjatuh selepas memanjat jeriji tingkap dalam bilik.”
MASIH BUKA MATA MASA DIHANTAR KE HOSPITAL
Menurut Razali, pengasuh turut memberitahu Muhammad Aidil masih membuka mata ketika dihantar ke hospital. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan si kecil ini termasuk rawatan pernafasan & bekalan oksigen namun tiada tindak balas.
“Doktor yang merawat memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia selepas diberi rawatan pernafasan (CPR) dan dimasukkan bekalan oksigen selama satu jam bermula 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas,” katanya.
Ads
Gambar hiasan.
TIDAK SAMPAI SEBULAN
Razali berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati Muhammad Aidil telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak awal bulan ini dan dia dihantar pada hari bekerja sahaja.
TIADA UNSUR JENAYAH, ORGAN DALAMAN PUNCA KEMATIAN
Menurut Razali, Noorsyaqinas memaklumkan tiada sebarang kesan tanda kecederaan fizikal pada tubuh bayi itu. Siasatan awal yang dijalankan mendapati Muhammad Aidil hanya bertiga dengan pengasuh yang berusia 24 tahun dan anak pengasuh berkenaan yang berusia setahun.
Pengasuh yang menyedari mangsa tidak memberi reaksi dan dalam keadaan tidak sedar apabila dipanggil, terus bertindak membawa mangsa ke hospital.
Ads
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada tanda kesan jenayah yang boleh menjurus berlakunya jenayah dan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian disebabkan masalah organ dalaman.
JANTUNG BESAR TIDAK SEPERTI KANAK-KANAK SEUSIANYA
Razali turut memaklumkan jantung Muhammad Aidil juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar tidak seperti kanak-kanak seusianya. Bedah siasat juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Razali berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kecuaian terhadap penjagaan kanak-kanak mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Seorang kanak-kanak maut apabila ditemui terlangkup di dalam tong air di bilik mandi kediamannya, pagi tadi.
Mangsa, Raja Maryam Darlisha Raja Ismail, 3, dari Taman Agropolitan Rantau Manis, ditemui kakaknya yang berusia 12 tahun pada jam 11.30 pagi di dalam bilik air berkenaan.
Tidak Sedar Anaknya Berada Dalam Bilik Air
Menurut ibunya, Razwaniza Yaakob, 39, ketika kejadian, dia tidak menyedari anaknya itu berada di bilik air kerana sedang menyusukan bayi kecil.
Ditemui Sudah Tidak Bermaya
“Saya hanya tahu apabila anak saya mencarinya di bilik air dan Maryam ditemui sudah tidak bernyawa.
“Ketika kejadian, suami tiada di rumah dan anak saya dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, mengesahkan kejadian tersebut.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas di sebuah kolam renangketika ibunya leka bermain telefon bimbit.
Kejadian yang berlaku di Probolinggo, Jawa Timur pada Jumaat lalu itu bermula ketika mangsa dan kedua ibu bapanya serta adiknya pergi kolam renang tersebut untuk beriadah.
Bapa ke tandas, tak sedar anak masuk kolam dewasa
Setibanya di kolam renang itu, mangsa dan adiknya bermain di kolam renang kanak-kanak sambil diperhatikan oleh ibu bapa mereka, selain terdapat juga pengawal kolam yang memerhati.
Kredit: AGENSI
Selepas itu, bapa mangsa mahu ke tandas dan meminta isterinya memerhatikan anak-anak mereka dan tanpa pengetahuan mereka, mangsa masuk ke dalam kolam renang dewasa.
Ibu mangsa ketika itu leka bermain telefon bimbit dan tidak perasan jika anaknya sudah masuk ke dalam kolam renang dewasa.
Keadaan itu hanya disedari apabila pengawal kolam menjerit ada orang lemas dan dia segera terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan mangsa.
Keadaan anak kritikal
Ibu mangsa terkejut dengan keadaan itu dan anaknya berjaya dibawa keluar dari kolam, namun keadaannya kritikal menyebabkan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital.
Gambar Hiasan
Namun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kolam berkenaan ditutup sementara untuk diperiksa.
Dalam pada itu, Ketua Polis Pakuniran, Tavip berkata, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibunya yang leka bermain telefon dan dia serta suaminya diminta untuk membuat surat yang menyatakan mereka menerima kematian mangsa dan menolak sebarang unsur jenayah.
Moga kisah ini boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa lain di luar sana agar sentiasa peka dan perhatikan anak-anak sepanjang masa. Jika sesuatu perkara nak jadi sekelip mata sahaja.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Bagi ibu bapa yang pertama kali anak bakal masuk Tahun 1, pasti akan ada sedikit kekeliruan bila mengisi borang pendaftaran secara online terutama di bahagian rekod kesihatan anak.
Walaupun dah ada buku rekod kesihatan anak, nama suntikan tu berbeza pada borang online dengan dalam buku tersebut. Jadi ibu bapa kena alert ya!
Mungkin ada yang keliru pasal suntikan DTaP – sebab ia sebenarnya terdiri daripada 3 suntikan serentak iaitu
– Difteria
– Tetanus
– Pertussis
Bagaimanapun, dalam borang diceraikan satu-satu. Itu yang menyebabkan ibu bapa yang baru pertama kali isi akan sedikit keliru.
Pastikan nama suntikan dan tarikhnya betul. Jadi semua sekali ada 10 jenis suntikan tau.
1. BCG 2. Hepatitis B 3. Difteria (dalam buku tulis DTaP) 4. Pertussis (dalam buku tulis DTaP) 5. Tetanus (dalam buku tulis DTaP) 6. Haemophilis Influenza (Hib) 7. Polio (IPV) 8. Measles 9. Mumps 10. Rubella
Info Tambahan:
✅ Difteria, pertussis, tetanus, heamophilus influenza, polio disuntik pada hari yang sama.
– Dalam buku ditulis DTaP/DT (kotak kuning),
✅ Hib (kotak pink) & IPV (kotak biru).
– Ada 4 dos. Kena ada 4 tarikh, dos 1 (2bulan), dos 2 (3bulan), dos 3 (5bulan) dan dos tambahan (18bulan).
✅ Measles, mumps, rubella dalam buku ditulis MMR (kotak oren).
– Disuntik semasa umur baby 12 bulan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.