Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.
Adik Ainul Mardhiah yang berusia 8 bulan diuji dengan barah dan kini terpaksa menahan kesakitan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar. Aliff Syukri yang melawat sendiri bayi ini menyerahkan sumbangan kepada bapa Ainul.
Aliff Syukri melalui post Instagram berkongsi video yang dirakam ketika lawatan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban si kecil ini. Dia juga turut meminta para follower beliau mengaminkan doanya agar si kecil ini dapat bernafas dan makan seperti bayi yang lain.
Ads
Bapa kepada lima anak ini juga mengakui terlalu sedih melihat Ainul Mardhiah & tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung tubuh kecil itu.
Menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib atau lebih dikenali sebagai penyakit ain.
Inilah yang selalu kita dengar apabila ramai selebriti tanah air yang bertindak tidak berkongsi wajah anak mereka di media social. Apa sebenarnya penyakit ain ini?
Apakah penyakit ain bayi? Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga memberi kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah. Riwayat Muslim (5831)
Penyakit ain terjadi apabila ada individu lain yang memandang kita dengan perasaan cemburu dan takjub sehingga menyebabkan kita jatuh sakit.
Jadi mak ayah berpada-padalah ketika berkongsi gambar anak di media sosial. Perlu sentiasa beringat agar kerana ia menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa.
Kenapa ibu bapa perlu lebih berwaspada jika ingin berkongsi gambar bayi di internet?
Apabila kita memuatnaik gambar gambar bayi tersebut dengan niat berkongsi perasan, kita tidak mengetahui kemungkinan ada individu yang menatap gambar tersebut dengan perasaan cemburu dan iri hati.
Kita risau sekiranya si kecil kita akan mendapat penyakit ain dan seharusnya, cuba elakkan memuatnaik gambar-gambar si comel ke platform media sosial. Ia boleh berlaku melalui penglihatan secara fizikal atau melalui gambar.
Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan penyakit ain bayi?
* Bagi individu yang berpotensi untuk memberikan penyakit ain kepada orang lain, adalah sebaiknya bagi individu tersebut untuk mendoakan keberkatan kepada individu lain yang dilihatnya sebagai pengganti kepada penglihatan secara cemburu dan iri hati yang boleh memberi kesan buruk kepada individu lain yang dilihatnya.
* Bagi kedua ibu bapa, usahakan untuk melindungi cahaya mata anda dengan membaca doa seperti yang dibacakan oleh Nabi kepada kedua cucunya, Hasan dan Husin yang bermaksud “ Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” (HR Bukhari).
Ucapan dan doa mudah seperti istiazah juga digalakkan untuk dibaca bagi melindungi si manja dari sebarang penyakit ain.
Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara syirik yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ini untuk melindungi anak daripada penyakit ain bayi seperti meletakkan gunting atau memakaikan tangkal pada si kecil.
Rezeki setiap orang tak sama. Tidak semua mampu hidup dalam keadaan senang. Ada direzekikan dengan anak ramai. Ada pula tiada anak tetapi diberikan rezeki duit banyak. Tak kurang juga yang hidup sederhana dengan dikurniakan anak dan masih mampu memberi kegembiraan pada ahli keluarga. Walau apa latar belakang sekalipun bersyukurlah!
Perkongsian dari Yunizam Yusop ini, pemuda di Sandakan yang secara sukarela mengusahakan perkhidmatan van jenazah ada cerita di sebaliknya.
Kali ini Yunizam berkongsi cerita sedih mengenai seorang suami yang kehilangan isteri selepas melahirkan bayi ketiganya tetapi tidak cukup duit untuk uruskan jenazah isteri.
Paling sedih, anak-anaknya juga belum memahami yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya dan bila ditanya ‘mama tidur’.
Tidak semua daripada kita mampu hidup dalam kemewahan dan serba lengkap seperti yang selalu dipertontonkan di ruang kaca televisyen. Malah, lebih malang lagi ada juga insan yang hidup dalam kedaifan sehingga untuk mengeluarkan kos bagi menguruskan jenazah keluarga sendiri juga tidak mampu.
Menyedari akan hakikat ini, seorang pemuda di Sandakan giat mengusahakan perkhidmatan van jenazah percuma bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Ketika menguruskan setiap jenazah, pastinya lelaki bernama Yunizam Yusop ini berdepan dengan banyak cerita sedih daripada insan yang dibantu olehnya termasuklah kisah yang satu ini.
Mana Mama?
Aku cuba bertanya pada anaknya, mana mana? Jawapan keluar dari mulut anak kecil itu, mama sedang tidur pak cik. Allahuakbar!
Di petang yang syahdu kami memecut laju melalui deretan rumah-rumah indah, mewah di Sandakan.
Sebenarnya di sebalik deretan keindahan rumah itu terdapat puluhan buah rumah seperti pondok-pondok usang yang dibina untuk dijadikan tempat berteduh.
Dari jauh nampak lambaian suami
Kelihatan seorang lelaki muda tanpa selipar dan sedikit tidak terurus sedang menunggu kami.
Dia berseorangan melambai dari jauh. Sini..sini..sambil mengangkat tangannya.
Kami bertanya mana yang lain? Jawabnya, aku sendiri saja ni tuan.
Aku terus membuka pintu belakang van. Sebelum menurunkan keranda. Dia menahan tanganku daripada menurunkan keranda.
Berapa ba?
Lalu dia terus bertanya. Anu ba pok! Aku mahu tanya ba ni berapa ba untuk kamu. Untuk kamu apa jawabku.
Berapa ba kamu cas? Nadanya mulai perlahan. Tanpa berlengah aku pun tarik keranda dan ajak dia terus menuju ke rumah arwah.
Janganlah kau fikir tu bayaran ba. Kami tidak ambil tu tuan. Percuma saja van jenazah ni. Mukanya nampak sedikit lega dan katanya terima kasih.
Isteri meninggal selepas bersalin
Arwah ni meninggal sebab apa? Meninggal sebab beranak pok! Sebenarnya ini biniku ba.
Ini anak kami yang ketiga. Jam 6.30 pagi tadi ibunya meninggal.
Kenapa kau tidak bawa ke hospital saja? Tiada ba duit kami, dokumen pun tiada.
Mama tidur
Aku tersentap, dan aku cuba bertanya pada anaknya yang kedua berusia 2 tahun.
Mana mamamu? Seolah-olah tidak mengetahui ibunya telah pergi meninggalkan mereka, si kecil itu menjawab, mama tidur pak cik.
Aku mulai menahan tangisan, dalam hatiku berdoa Ya Allah, perkenankanlah..Tidurkanlah mujahidah ini dengan tenang di dalam kuburnya. Ampunkanlah dan lupakanlah segala dosa-dosanya.
Anak selamat, ibu pergi dulu
Pesanku pada diriku sendiri dan sahabatku sekalian, cubalah pandang wajah pasangan anda masing-masing hargailah perjuangan dan pengorbanan mereka selagi mereka masih ada bersama anda susah dan senang.
Mudah-mudahan syurga buatmu untuk semua wanita yang bergelar Ibu. Aminn
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.