Anak jenis kinestetik atau tak boleh duduk diam memang selalu dilabel nakal, suka main sahaja dan tak suka belajar.
Sebenarnya tuduhan tersebut tak berasas sama sekali. Sudahkah anda kenal pasti dan faham karektor anak anda?
Penting ya bagi ibu ayah untuk tahu anak anda jenis yang mana satu sebab kalau anak jenis kinestetik memang semula jadi mereka tak boleh duduk diam dan nampak macam asyik nak main saja.
Bila anda tahu anak jenis kinestetik jadi janganlah letak harapan untuk dia duduk diam dalam tempoh masa yang lama dan buat aktiviti yang memerlukan daya fokus.
Anda perlukan approach yang berbeza untuk tackle mereka supaya suka belajar atau membuat sesuatu aktiviti.
Perkongsian daripada Puan Ilyani Munsarikh, seorang pendidik dan Pengasas Loppy (Islamic leraning circle for kinesthetic children) mengenai cara tepat tackle anak-anak bersifat kinestetik mesti dijadikan panduan oleh semua ibu ayah.
Ads
7 tip memahami kanak-kanak kinestetik. Mereka selalu disalah faham, tidak suka belajar, suka main saja. Tidak dapat fokus, selalu mahu habis cepat.
Sukar duduk lama untuk table task. Sebenarnya mereka perlukan approach yang berbeza.
Belajar dengan baik melalui projek. Buat banyak projek-projek seperti kapal terbang, kereta dan sebagainya daripada bahan kitar semula.
2. Suka aktiviti hands on berbanding melihat saja atau mendengar saja. Contoh eksperimen untuk faham sesuatu
Ads
3. Biasanya mereka ‘gifted’ dengan kemahiran bersukan, menari dan pergerakan fizikal.
4. Apabila mereka buat sesuatu secara praktikal, baru mereka mudah faham dan ingat.
5. Suka bergerak-gerak semasa belajar berbanding duduk saja.
Ads
6. Suka sentuh sesuatu berbanding lihat saja atau dengar.
Didik anak berdikari cara psikologi adalah keperluan untuk semua ibu bapa. Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah. Bagaimana pula, bagi anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri. Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
7 tip untuk didik anak berdikari
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
6. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pastinya teruja dengan perkembangan anak yang seiring dengan usia. Dengan kata mudah “Anak cepat belajar”.
Namun dalam tak sedar mungkin kita sudah mengheret anak dalam perlumbaan “anak siapa lebih pandai dan lebih cepat” dalam perkembangan hidup mereka. Menurut Parent Connect hal ini menjadi trend dalam kehidupan.
APA YANG KITA KEJAR?
Dari lahirnya seorang anak, ibubapa sudah mula berlumba-lumba sesama sendiri tanpa kita sedar. Kita mengheret sama bayi dan anak kecil yang tidak tahu apa-apa dalam perlumbaan yang kita cipta. Media sosial merancakkan lagi pertandingan antara ibubapa dan menyebabkan tekanan yang melampau ke atas anak-anak walaupun kita tidak mengakuinya.
Siapa menyusu badan, siapa menyusu botol? Siapa rajin menyediakan makanan ‘home-cooked’ untuk bayi? Bayi siapa yang tidur nyenyak sepanjang malam? Bayi siapa yang paling cepat merangkak? Bayi siapa yang paling cepat berjalan? Siapa yang paling banyak menyediakan aktiviti untuk anak-anak kecilnya? Anak siapa yang paling awal membaca? Anak siapa yang paling mahir matematik? Anak siapa yang paling cepat bercakap? Anak siapa yang sering mendapat no. 1 semasa tadika? Anak siapa yang paling berakhlak? Anak siapa menghafal Al Quran dari bayi? Keputusan peperiksaan anak siapa sentiasa cemerlang? Anak siapa yang berjaya memasuki sekolah berasrama? Anak siapa yang paling berbakat? Anak siapa mempunyai skil yang hebat? Anak siapa dapat memasuki universiti awam dan terkemuka?
Persaingan tidak putus-putus.
Setelah hampir 30 tahun mengkaji tentang kesan persaingan di kalangan pelajar, Alfie Kohn, seorang Pakar Pendidikan yang terkenal, merumuskan dalam buku “No Contest – The Case Against Competition” bahawa persaingan tidak semestinya menjadikan pelajar lebih cemerlang.
Apabila peperiksaan dijadikan kaedah penilaian dari peringkat tadika lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang akan kehilangan motivasi untuk belajar dari awal lagi. Kanak-kanak yang cemerlang pula akan sentiasa merasa tertekan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam persaingan secara berterusan.
Kanak-kanak kecil ini tidak mempunyai peluang untuk meneroka kelebihan dan keupayaan diri kerana mereka dihakimi terlalu awal dalam persaingan dan pertandingan yang tidak mereka pinta.
Dalam kajian-kajian yang dijalankan selama 60 tahun,
1) 65 kajian mendapati bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih bermakna dan efektif apabila mereka belajar melalui kolaborasi dan bukannya persaingan sesama sendiri.
2) 8 kajian mendapati bahawa persaingan menjadikan pembelajaran lebih efektif.
3) 36 kajian mendapati bahawa tiada perbezaan kepada keberkesanan pembelajaran antara persaingan dan kolaborasi.
Kajian juga mendapati bahawa bahagian otak yang mengawal ketakutan (fear) menjadi lebih aktif apabila kanak-kanak mengetahui bahawa tugasan yang diberikan kepada mereka adalah satu pertandingan sesama mereka.
Kanak-kanak tidak merasa selamat dan selesa dalam proses pembelajaran yang berteraskan persaingan sedangkan perasaan selamat dan selesa adalah elemen penting supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan efektif.
Kurangkan persaingan dan perbanyakkan kolaborasi sesama pelajar supaya mereka lebih berminat untuk menuntut ilmu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal. Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah faham maksud sebenar anak.
Bagaimanapun, halangan terbesar bagi ibu ayah sukar menahan diri untuk tidak segera marah. Bukan kerana tidak sabar, tapi kadang-kadang ada banyak hal yang harus diselesaikan hingga tanpa disedari ibu ayah terlepas melepaskan marah dengan cara yang kurang tepat.
Jadi apa yang boleh dilakukan ibu ayah untuk membantu si kecil menunjukkan perilaku anak hebat? Ini tipnya.
Tarik nafas dan kawal emosi
Sebelum respon perilaku banyak akalnya si kecil dengan intonasi yang salah, tidak ada salahnya untuk ibu ayah menarik nafas panjang terlebih dahulu untuk menenangkan diri. Ketika tenang, ibu ayah boleh bertanya dengan nada dan ekspresi wajah yang lebih relax sehingga tidak membuat anak merasa kecil hati ketika dia berusaha melakukan sesuatu.Tanyakan kepada anak
“sayang nak apa?” dengan nada yang lembut dan ekspresi wajah yang tenang Tanyakan sambil ibu ayah merendahkan badannya hingga selevel dengan tinggi anak dan boleh terjadi perhubungan mata. Hal ini dapat membantu anak untuk segera merespon pertanyaan ibu ayah daripada terus mengamuk.
Dampingi anak
Untuk membantu anak menunjukkan sikap yang baik, berdampinglah dengan anak ketika dia mahu melakukan sesuatu. Ajar dan berikan contoh tentang bagaimana dia boleh menyelesaikan niatnya tanpa merugikan orang lain. Contoh anak ingin mengosongkan kotak, tunjuk contoh bagaimana anak boleh memindahkan isinya secara perlahan dan kemas. Misalnya dengan letakkan satu-satu ke atas meja. Cara ini dapat pastikan anak boleh menunjukkan sikap yang ulebih baik lagi. Berikan aturan dan perjanjian bersama.
Peraturan diberikan dengan menggunakan bahasa yang sederhana serta dapat difahami.
Contoh, tetapkan perjanjian bahawa si kecil harus minta izin atau beritahu dulu kepada ibu ayah bila dia ingin melakukan sesuatu yang baru. Jelaskan bahawa hal ini perlu dilakukan agar mereka tidak melakukan sesuatu yang dapat membahayakan dirinya. Konsisten juga dari ibu ayah bahawa ketika anak minta melakukan sesuatu, tanyakan pula tujuannya agar tidak terus melarang sebelum memahami maksud anak.
Pujian dan ucapan terima kasih
Agar si kecil terus menunjukkan sikap yang baik, jangan lupa berikan pujian atas niat baiknya. Berikan pujian ketika dia berjaya wujudkan niat baiknya dengan cara-cara yang baik pula, seperti menepati aturan dan perjanjian bersama yang ada di point ke-3.
Berikan pujian yang spesifik agar anak pun tahu perilaku mana yang dimaksudkan. Contoh daripada memberikan pujian umum seperti “Wah hebat anak mama”, boleh berikan yang spesifik seperti “Hebat sekali anak mama prihatin dengan anak kucing yang kesejukan. Terima kasih juga beritahu mama bila kamu perlukan kotak kosong jadi boleh menolong si kucing.”
Jom sama-sama kita ke arah membina perilaku anak yang aktif dan banyak akal menjadi perilaku yang menggambarkan anak hebat. Berikan kesempatan kepada si kecil untuk meneroka diri dan sekeliling, disertai dengan bimbingan dari ibu ayah agar anak boleh melakukan niat hebatnya dengan baik. Happy parenting!
Anak cemerlang matematik bukan ditentukan oleh genetik semata-mata. Ketahui bagaimana aktiviti harian, sokongan ibu bapa dan rangsangan awal sejak usia 3 tahun membantu membina asas matematik yang kukuh.