Sudah menjadi kelaziman buat wanita baru bersalin untuk mengamalkan pelbagai jenis herba dalam makanan dan rutin berpantang.
Tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun kaum-kaum yang lainnya juga mengamalkan amalan memakan herba dan rempah ratus ini.
Sebenarnya herba membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan anda boleh kurus dengan cepat jika pemakananan kena caranya.
Bab pemakanan dan kesihatan memang kena dijaga. Apalagi lepas bersalin, perhatian perlu diberikan jika mahu sihat dan bertenaga kembali.
Buat ibu-ibu muda, dikongsikan di sini khasiat herba yang sesuai dimakan ketika berpantang. Selain itu ia juga baik untuk amalam kesihatan seharian.
Halia
Selain membuang angin yang ada di seluruh badan, halia juga boleh menyembuhkan luka. Kalau badan kerap rasa sejuk, elok masukkan halia dalam masakan sebab ia membantu memanaskan badan.
Masalah kembung, sebu dan sakit perut pun tiada apabila mengamalkan halia kerana ia boleh membuang angin daripada usus dan perut.
Ads
Selain dihiris halus dan dimakan dengan nasi panas anda juga boleh buat jus atau apa-apa kaedah masakan yang anda gemari.
Khasiat lain yang ada pada halia ialah ia membantu dalam proses penghadaman, menghilangkan bau mulut dan kahak, menambah tenaga, nengekalkan awet muda dan menghalang kedutan kulit.
Lada hitam
Ia baik untuk memanaskan badan, menyegarkan tubuh, mengatasi pening, loya, cirit birit dan melawas kencing.
Namun kalau anda kurang tahan dengan ‘kepanasan’ lada hitam, dibimbangi sakit perut pula. Malah jika anda bersalin secara pembedahan ataupun bayi mengalami jaundis, pengambilan lada hitam perlu dielakkan.
Manjakani
Ini merupakan herba istimewa buat wanita. Ia membantu mengeratkan hubungan suami isteri kerana dapat menguatkan faraj.
Ads
Ia juga digunakan untuk merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Tannin di dalam manjakani dikatakan dapat membantu membaiki tisu rosak selepas bersalin.
Malah, ia dapat mengurangkan lelehan mukus, menstabilkan hormon, melancarkan darah, melawaskan buang air besar dan memberi tenaga badan.
Halba
Halba paling baik untuk mmbantu penghasilan susu ibu dan menghangatkan badan. Anda boleh makan halba begitu sahaja sesudu atau dua sudu sehari.
Serai
Serai membantu mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin, memecahkan lendir dan darah nifas dalam rahim.
Ads
Serai juga merawat bisa otot dan badan, menguatkan saraf yang lemah, mengelakkan angin meroyan, mencegah kehamilan, awet muda, menyihat dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala, sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung.
Asam jawa
Asam jawa adalah pokok seribu guna. Ia elok untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan jus asam jawa setiap hari. Masa berpantang, cubalah dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian tingkatkan ikut kesesuaian badan.
Ia juga elok buat masker kulit. Amalkan sebelum mandi pagi. Lepas bersalin, muka anda akan mulus berseri.
Bawang merah
Semasa berpantang, biasanya sembelit boleh dialami. Dengan memakan bawang merah, ia dapat mengatasi masalah ini.
Selain itu, bawang mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.
Bawang putih
Bawang putih adalah antibiotik semula jadi, penyembuh luka, menghalang penyakit sengal dan saraf, mengeluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.
Bawang putih membantu mengurangkan stres. Seeloknya bawang putih ni dimakan dengan cara membakar. Rasanya sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
GDM waktu hamil selalunya buat ibu hamil rasa cemas. Mana taknya, waktu inilah ibu mula terpaksa menjaga pemakanan dan kawal apa jua yang diambil.
Dr. Md. Adhanizam Buyong, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari KPJ Kluang Specialist Hospital, berkongsi penjelasan yang mudah difahami mengenai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes semasa hamil.
“Bagi ibu hamil, GDM ini berlaku dua sebab. Yang pertama memang sudah ada masalah kencing manis, mungkin sudah pernah jumpa doctor dan kemudian dia hamil.
Yang kedua mungkin juga tidak pernah tahu ada masalah kencing manis dan bila mengadung tiba-tiba terkena masalah kencing manis ini.
GDM pada ibu hamil biasanya berlaku pada masalah insulin itu sendiri. Waktu awal ibu mengandung biasanya ibu muntah dan tak dapat kawal pemakanan dengan baik dan ini mengganggu gula dalam darah.
“Bila ibu makin berselera untuk makan, waktu itu semua benda ibu nak makan dan ketika inilah bahayanya disebabkan kemasukan gula yang banyak dan tak dapat diproses masuk ke sel dan menyebabkan berlakunya GDM. Biasanya kandungan umur lima ke enam bulan.”
Dua kali minum air gula
GDM adalah keadaan di mana wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, mengalami peningkatan paras gula dalam darah semasa kehamilan. Biasanya, ia dikesan pada trimester kedua kehamilan melalui ujian toleransi glukosa oral (OGTT), yang sering dikenali sebagai “air gula”.
Kebiasaannya ibu hamil akan melalui dua kali proses minum air gula bagi mengesan masalah GDM pada ibu hamil.
Menurut Dr. Md. Adhanizam lagi, pemeriksaan diperingkat awal biasanya dilakukan jika ibu berpotensi untuk mempunyai GDM misalnya obesiti, sejarah keluarga, usia 35 tahun ke atas dan sebagainya.
“Biasanya kalau minum air gula pada waktu awal bacaan baik dan sangkut kali kedua maksudnya ibu hanya mempunyai GDM ketika hamil sahaja,” kongsinya.
Kesan GDM pada Ibu dan Bayi
GDM bukan sahaja memberi kesan kepada ibu, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan. Antara kesan kepada ibu termasuk risiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis 2 selepas bersalin, serta komplikasi semasa kehamilan seperti tekanan darah tinggi.
Bagi bayi pula, mereka berisiko mengalami berat badan lahir yang tinggi, masalah pernafasan, dan risiko menghidap diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
Cara kawal GDM
Pengurusan GDM memerlukan pendekatan yang menyeluruh:
Pemakanan sihat: Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan serat dan rendah gula.
Senaman: Aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki dapat membantu mengawal paras gula.
Pemantauan gula darah: Memantau paras gula secara berkala untuk memastikan ia dalam julat yang selamat.
Rawatan perubatan: Dalam sesetengah kes, suntikan insulin mungkin diperlukan untuk mengawal paras gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin. Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya.
Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nenek kepada wanita yang baru lepas bersalin tetapi kini terdapat pusat rawatan selepas bersalin yang turut memberi kemudahan tersebut kepada sesiapa sahaja yang baru lepas bersalin.
Amalan bertungku dilakukan sebelum si ibu membalut bahagian pinggang hingga ke punggung atau lebih dikenali sebagai berbengkung. Salah satu sebab mengapa ibu disarankan bertungku iaitu membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.
Darah nifas yang dikeluarkan oleh wanita selepas bersalin biasanya mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dikatakan rahim tidak bersih sepenuhnya daripada kotoran darah sekiranya ia berhenti awal daripada masa yang sepatutnya.
Jadi, amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengaliran darah kotor dan toksin keluar dari badan ibu.
Amalan bertungku juga dikatakan mampu memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
Ada pelbagai kaedah orang menggunakan tungku dan ini salah satu daripadanya.
*Bakar tungku (batu sungai atau tungku besi) kemudian balut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapik menggunakan kain yang tebal tetapi masih boleh dirasai kehangatannya.
Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap sakit akan tak ada selera nak makan. Berat pun akan turun. Emak pun huhuhu jadinya. Berat baru nak naik, tapi dah demam balik. Macam mana nak buat? Memang tak boleh nak halang sakit ni tapi ada cara nak mencegahnya.
Daripada terus bergantung pada ubat semata-mata, baiklah cuba cara semulajadi yang mungkin boleh diamalkan jika anak mula menunjukkan tanda tak sihat.
Apa yang dikongsikan oleh Aini Amirah Kassim mungkin boleh dimanfaatkan oleh ibu. Boleh cuba mana yang sesuai untuk anak.
Ni saya beri sedikit tip ye untuk bantu cepatkan anak sihat.
TIP BANTU KURANGKAN DEMAM , SELSEMA DAN BATUK
✔ Jika anak minum susu formula, kurangkan kepekatan susu
✔ Berikan air masak suam untuk membantu anak bernafas dengan lebih baik sekiranya selsema dan sukar bernafas
✔ Banyak beri anak air masak/light drink
✔ Buat bone broth. Sup ayam yang ada tulang + bawang putih halia banyak + cuka
✔ Berhentikan sementara pengambilan makanan berasaskan gandum dan tenusu (fm, cheese, coklat) serta kentang. Ini penggalak mukus/kahak
✔ Banyakkan sayur hijau.
✔ Hentikan makanan/minuman bergula, berperisa dan berperwarna.
✔ Elak bawa anak berhampiran orang merokok dan ke kawasan orang ramai yang tak terjamin kebersihannya.
✔ Potongkan bawang merah dan letakkan di sekitar rumah dan kawasan anak. Bawang merah berfungsi sebagai penyerap virus yang berkesan.
✔ Gunakan lemon dalam mandian. Mandikan anak dengan air suam + lemon. Lemon bertindak sebagai antiviral untuk mengurangkan kahak dan menurunkan suhu badan.
Sesudah anak sihat, digalakkan untuk berpada dengan makanan yang bergula, masin, berperwarna dan berperisa.
Serta makanan berasaskan gandum (yang bergluten) seperti biskut, roti dan lain-lain. Boleh beri pada anak, tetapi kurangkan. Makanan ini boleh lemahkan antibodi anak, maka anak kerap sakit.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.