Sudah menjadi kelaziman buat wanita baru bersalin untuk mengamalkan pelbagai jenis herba dalam makanan dan rutin berpantang.
Tidak kira masyarakat Melayu, Cina, India mahupun kaum-kaum yang lainnya juga mengamalkan amalan memakan herba dan rempah ratus ini.
Sebenarnya herba membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan anda boleh kurus dengan cepat jika pemakananan kena caranya.
Bab pemakanan dan kesihatan memang kena dijaga. Apalagi lepas bersalin, perhatian perlu diberikan jika mahu sihat dan bertenaga kembali.
Buat ibu-ibu muda, dikongsikan di sini khasiat herba yang sesuai dimakan ketika berpantang. Selain itu ia juga baik untuk amalam kesihatan seharian.
Halia
Selain membuang angin yang ada di seluruh badan, halia juga boleh menyembuhkan luka. Kalau badan kerap rasa sejuk, elok masukkan halia dalam masakan sebab ia membantu memanaskan badan.
Masalah kembung, sebu dan sakit perut pun tiada apabila mengamalkan halia kerana ia boleh membuang angin daripada usus dan perut.
Ads
Selain dihiris halus dan dimakan dengan nasi panas anda juga boleh buat jus atau apa-apa kaedah masakan yang anda gemari.
Khasiat lain yang ada pada halia ialah ia membantu dalam proses penghadaman, menghilangkan bau mulut dan kahak, menambah tenaga, nengekalkan awet muda dan menghalang kedutan kulit.
Lada hitam
Ia baik untuk memanaskan badan, menyegarkan tubuh, mengatasi pening, loya, cirit birit dan melawas kencing.
Namun kalau anda kurang tahan dengan ‘kepanasan’ lada hitam, dibimbangi sakit perut pula. Malah jika anda bersalin secara pembedahan ataupun bayi mengalami jaundis, pengambilan lada hitam perlu dielakkan.
Manjakani
Ini merupakan herba istimewa buat wanita. Ia membantu mengeratkan hubungan suami isteri kerana dapat menguatkan faraj.
Ads
Ia juga digunakan untuk merawat luka dalaman dan luaran selepas bersalin. Tannin di dalam manjakani dikatakan dapat membantu membaiki tisu rosak selepas bersalin.
Malah, ia dapat mengurangkan lelehan mukus, menstabilkan hormon, melancarkan darah, melawaskan buang air besar dan memberi tenaga badan.
Halba
Halba paling baik untuk mmbantu penghasilan susu ibu dan menghangatkan badan. Anda boleh makan halba begitu sahaja sesudu atau dua sudu sehari.
Serai
Serai membantu mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin, memecahkan lendir dan darah nifas dalam rahim.
Ads
Serai juga merawat bisa otot dan badan, menguatkan saraf yang lemah, mengelakkan angin meroyan, mencegah kehamilan, awet muda, menyihat dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala, sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah perut kembung.
Asam jawa
Asam jawa adalah pokok seribu guna. Ia elok untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan jus asam jawa setiap hari. Masa berpantang, cubalah dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian tingkatkan ikut kesesuaian badan.
Ia juga elok buat masker kulit. Amalkan sebelum mandi pagi. Lepas bersalin, muka anda akan mulus berseri.
Bawang merah
Semasa berpantang, biasanya sembelit boleh dialami. Dengan memakan bawang merah, ia dapat mengatasi masalah ini.
Selain itu, bawang mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.
Bawang putih
Bawang putih adalah antibiotik semula jadi, penyembuh luka, menghalang penyakit sengal dan saraf, mengeluarkan angin dan parasit dalam tubuh badan.
Bawang putih membantu mengurangkan stres. Seeloknya bawang putih ni dimakan dengan cara membakar. Rasanya sedap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu pengalaman mengandung dan bersalin tak sama. Ada yang dari awal kandungan sehingga bersalin semuanya lancar tetapi ada sesetengah ibu yang perlu mendapat pemeriksaan doktor disebabkan masalah kesihatan.
Bagaimanapun setiap ibu pengorbanannya dianggap satu jihad dan pasti akan ada ganjaran syurga buatnya. Seperti perkongsian seorang ibu, Puan Nisa Fadzil yang melalui pengalaman mengandung berisiko dan doktor menyatakan mungkin boleh meragut nyawanya atau bayi dalam kandungan. Namun alhamdulillah semua berjalan lancar dan bayi dilahirkan juga membesar dengan sihat.
Berita pemergian Siti Sarah ni agak dekat juga di hati. Bezanya arwah pergi awal, dan saya pula masih dipanjangkan umur untuk berbakti sebagai hamba Allah – isteri dan ibu kepada 9 anak. Alhamdulillah..
Arwah lahir bulan September sama denganku. Tahun pun sama. Baru hari ini rasa nak bercerita sedikit kisah sedih ketika nak lahirkan baby kesembilan pada April yang lalu.
Hamilkan 8 orang anak sebelum ni tak diduga sangat. Biasa-biasa je lah. GDM (kencing manis ketika preggy) tu biasa kena juga la beberapa kali. Alhamdulillah tak ada apa-apa komplikasi.
Macam biasalah, saya plan nak bersalin di DBM (klinik bersalin private yang semua docnya perempuan) tak jauh sangat dari rumah kami, tapi makan masa 40 minit juga nak sampai hihi.
Kandungan 7 bulan baru doktor tengok ada sesuatu tak kena
Bulan ke-7 checkup di klinik berhampiran, Dr. J dah kesan sesuatu yang tak kena. Bulan ke-8 punya check up, doc DBM gesa buat test kencing manis. Nak dijadikan cerita, lekat GDM. Start dari tu lah stop makan minum manis apa semua. Seksa oiii.
Scan pula baby membesar dengan jayanya dan ini antara faktor doc suruh buat saringan diabetes tu. Saya punya husnuzon lah tak sangkut GDM sekali sangkut daaa.
Itu satu hal. Appointment di DBM pula dengan doc pakar scan. Dia scan details lah dan resultnya mengejutkan juga. Air ketuban saya terlalu banyak – #polyhidramnious dan boleh menyebabkan situasi bernama AFE. Seram jugak baca korang google la sendiri lebih details yek.
# note: Amniotic fluid embolism (AFE) is an extremely rare, but life-threatening complication that affects pregnant women shortly before, during, or immediately following labor and childbirth. Most instances occur during labor.
Ok la. AFE ni kes rare juga kiranya. Air ketuban saya 2x ganda banyak dari biasa. Syukurla baby baik dok diam-diam je tak berpusing jadi songsang. AFE ni risikonya sebelum bersalin, semasa dan selepas. Andaikata ada air ketuban saya termasuk sikit pun dalam saluran darah, saya boleh meninggal.
Masa dengar doc pakar tu explain, saya dengan suami masih maintain cool je. Terkejut je lah dengar kebarangkalian risiko-risiko yang bakal terjadi disebabkan AFE tu. Risiko tu untuk baby dan saya sekali. Baby boleh mati mengejut. Oh tidakkk.
Doc juga mention kemungkinan besar saya akan bersalin lebih awal dari due date, secara czer. Gulppp terkedu kami laki bini. Apa pun kami usahakan je yang terbaik.
Dipendekkan cerita, DBM akhirnya tolak “kes” saya utk bersalin di situ. Too many risks katanya yang mereka tak sanggup ambil. Redho je lah nak buat macammana kan. Allah nak uji sikit.
Doc pakar scan tu suggest saya serah diri ke GM Penang atau Hospital Seberang Jaya. Dalam hati saya dah tolak awal2 huhu. Makanya kami laki bini discuss dalam kereta, nak try nasib di KPJ. Suami saya kata tak kisah la bab kos bersalin yang penting baby dan saya selamat.
Balik rumah tu saya dah start nangis. Dan nangis dan nangis. Especially tiap kali lepas solat. Lajuuu je airmata mengalir. Dok bayang kalau AFE tu terjadi. Tak sempatla saya nak peluk cium baby. Kesian encik somi handle anak 8 orang. Kesian anak-anak. Dok bayang muka sorang, sorang depan mata.
So pendekkan cerita lagi kami buat appointment di KPJ dengan seorang doc pakar O&G. Surprisingly beliau pun mention pasal AFE ni dan dia agak risau nak terima saya as patient. AFE ni doktor-doktor pun seram dengar katanya. Itu doc pakar sendiri cakap ko bayangkan yg mendengar ni cane. Allahuakbar besarnya dugaanMu kali ni..
Tapi alhamdulillah doc tu aturkan juga saya utk bersalin secara normal dulu pada minggu ke 37 pregnancy. Lega sikit dengar camtu. Sebab takleh tunggu due date, nanti baby terlalu besar boleh cecah lebih 4kg nanti dan risiko lain pulak mari nanti.
Kami redha dan accept dengan planning doc tu. Syukur sangat dapat doc pakar perbidanan yg baik dan sporting macam Dr. Muna tu. Rasa sedih saya semakin dapat overcome dengan baik…
Menjelang minggu ke 37 nak bersalin tu, saya mula banyakkan berjalan. Alhamdulillah masa tu belum start PKP 3.0. Maka sempatlah saya ajak anak teman berjalan di supermarket berdekatan. Sampai lenguh2 lah kaki dan pinggang dibuatnye haha.
Amalan minum koko + butter pun saya buat. Tak pernah2 buat sebelum ni yg 8 orang tu. Demi nak ikhtiar mudah dan cepatkan bersalin, saya redah je buat.
Pagi 3 Ramadhan pun tiba. Tarikh bersalin yg Dr. Muna bagi dah tiba. Time sahur tu saya tak makan apa, means tak bersahurlah. Just minum koko + butter secawan. Sampai di KPJ, saya mampu makan 2 keping roti dan beberapa biji kurma + air selusuh suami buat je utk sedikit energy masa nak “berjihad” satgi..
Dari saya bangun tidur sampailah ke KPJ saya tak henti2 zikir dan doa. Yelah, macam2 kebarangkalian boleh terjadi dek kerana High Risk pregnancy kali ni kan. Dengan debar nak bersalin nya allahuakbar. Nak swab test pun debor. Sempat juga baca surah Maryam sekali round.
Air ketuban doktor sedut lebih 1 liter
Allah Maha Penyayang. Dr buat scan dan VE dah 5cm. Doa saya terkabul ! Macam yang saya hajatkan masa nak bersalin anak ke-5 dulu. Bukaan dah 5cm. Sama. Proses bersalin lancar, tak lama. Proses swab test pun lancar je.
Cuma yg kali ni Dr. masukkan juga Pitocin utk percepatkan proses bersalin. Pemantau rapi weih. Air ketuban dipecahkan dan disedut ke dalam balang khas. Banyak betolll lebih 1 liter tak termasuk yg belum keluar sepenuhnya. Berenang2 baby dalam rahim tu ye.
Air ketuban tu disedut untuk elak AFE berlaku. Saya tawakkal dan teruskan zikir, doa sampai tiba masa nak bersalin. Rupanya doktor punya cuak masa tu tapi beliau tak bagitau saya lah. Lepas bersalin baru bagitau hihi.
Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan, proses bersalin dari mula masuk ubat sampai selesai, dalam masa lebih kurang 2 jam saja. Merasalah bersalin normal di KPJ ni.
Allah izinkan umur saya dan baby panjang. Dapatlah bermain dgn baby debab Izzara Fatimah yg dah nak masuk 4 bulan ni. Panjang pula coretan kali ni. Moga membesar dengan sihat yan sayang.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya sebulan yang lalu sempat berkongsi kisahnya ketika berpantang.
Menerusi Instagramnya, Uyaina turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang berpantang dan tidak terkecuali memberi penghargaan kepada confinement lady yang menjaganya sepanjang sebulan berpantang.
“Apa yang my CL buat untuk I sepanjang tempoh berpantang:
1. Handle I punya bengkak susu masa mula balik dari hospital 2. Ajar I teknik marmet & breastfeed baby 3. Masak breakfast, lunch & dinner 4. Rebuskan red dates, goji berries, dried rose, dried longan & halba untuk I minum setiap hari 5. Sediakan air mandian rebusan akar kayu tiap pagi 6. Sediakan air rebusan sireh, manjakani & garam kasar for Miss V 7. Totok Aura Wajah 8. Urut satu badan 9. Tungku satu badan dengan batu sungai & daun herba 10. Sediakan arang batu untuk berdiang 11. Skrub buang daki 12. Mandi bunga untuk naikkan seri 13. Mandikan baby 14. Tuam baby 15. Handle baby malam buta kalau I takleh handle
Paling menarik kata Uyaina bukan sahaja dia dijaga dengan baik sepanjang berpantang bahkan emosinya juga terjaga dan terkawal.
Malah kata Uyaina lagi, confinement lady yang dipanggilnya Kak Indar itu begitu banyak membantunya malah sangat menghargai setiap yang dilakukan untuknya kembali sihat dan cergas selepas melahirkan.
“Most importantly, tolong handle emosi I dalam tempoh berpantang. Kadang-kadang bila fikir balik, macam tak percaya semua benda ni Kak Indar sorang je yang buat.
“Rasa bukan dapat CL, tapi dapat Guardian Angel. Terima kasih @cikgulynnnordin & @bondahaven sebab jaga I dalam pantang dengan sangat-sangat baik,” luahnya lagi.
Tambah Uyaina lagi, memilih untuk mendapatkan rawatan dari confinement lady adalah satu pelaburan yang cukup baik untuk wanita melahirkan anak.
“The best investment untuk seorang ibu yang baru melahirkan adalah proses berpantang yang terbaik supaya Ibu tak depressed & boleh heal sebaiknya & secepatnya. Tak sedar dah 4 minggu berlalu. 3 weeks to go,” kongsinya lagi.
Musim cuti sekolah ni pasti agenda hujung minggu adalah membawa anak mandi manda. Tak kira di kolam renang, taman tema atau air terjun semuanya ada kesannya pada anak. Ada pula anak yang mudah sakit, demam malah cirit birit selepas mandi. Mengapa?
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ni mama kena ambil tahu. Patutlah anak demam dan tak sihat saja selepas mandi manda. Ini mama kena tahu!
Jika anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.
Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.
✅ Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.
✅ Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.
✅ Selain itu, sekiranya kulit ada luka dan kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.
✅ Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.
Klorin Boleh Membunuh Kuman?
Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.
Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.
Bau bahan kimia yang kuat?
Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!
Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.
6 Tip Penting
Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang. Paling penting elakkan buat 6 perkara ni.
✅ Jangan kencing atau berak di dalam kolam renang
✅ Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat
✅ Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)
✅ Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka
✅ Jangan minum air kolam atau berkumur di dalam kolam
✅ Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang
Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda,
Kredit: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.