Bersalin melalui pembedahan caesarean bukanlah alasan untuk anda tidak mengamalkan pantang! Walaupun mengambil keputusan untuk berpantang secara moden, ia tidak bermakna anda perlu meninggalkan langkah-langkah berpantang tradisional.

Menurut Nur Syatirah Shuib, terapis dan perawat pantang, amalan pantang moden diringkaskan dan dipermudahkan cara. Katanya lagi, anda yang berpantang selepas menjalani pembedahan perlu lebih berpantang daripada mereka yang bersalin secara normal.
Berikut adalah antara amalan pantang yang patut anda lakukan.

1. Minum air halia

Bersalin Secara Caesar, Bukan Alasan Tidak Berpantang. Terapis Ini Dedah Amalan Pantang Mudah Dan RingkasSebaik sahaja selamat bersalin, anda digalakkan meminum segelas air halia yang bercampur madu ataupun jus kurma. Amalan ini bertujuan mengelakkan anda daripada terbatuk kesan daripada suhu yang terlalu sejuk di dalam dewan bedah. Selain daripada itu, ia membantu anda mengawal rasa loya akibat angin yang banyak di dalam perut. Antara lain, ia juga bertujuan mengelakkan diri anda daripada memberi tekanan kepada kawasan pembedahan akibat batuk.

IKLAN

2. Sapu minyak herba

Anda perlu sapu seluruh badan dengan minyak herba bagi menghangatkan kembali tubuh yang kesejukan ketika berada di dalam dewan pembedahan. Bahagian tubuh yang wajib disapu minyak herba ialah atas perut dan kawasan bius. Ia bertujuan membantu mengeluarkan lebihan angin dan membantu merawat saraf. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda mudah menggigil kesejukan dan dimasuki angin.

3. Berbengkung khas

Bersalin Secara Caesar, Bukan Alasan Tidak Berpantang. Terapis Ini Dedah Amalan Pantang Mudah Dan RingkasLumrah ibu bersalin secara pembedahan takut untuk ligat bergerak. Cara paling mudah untuk menampung perut ialah dengan memakai bengkung dengan kaedah yang betul. Ada dua kaedah yang boleh digunakan sebaik sahaja bersalin caesarean.

IKLAN

Salah satunya ialah menggunakan strap-on- binder. Terlebih dahulu, anda perlu menyapu minyak herba di perut dan pinggang sebelum memakai bengkung. Ia boleh membantu pengeluaran angin daripada perut dan melawaskan pengeluaran darah nifas.

Selepas dua minggu atau setelah luka jahitan pulih, anda boleh menggunakan bengkung bertali yang panjang hingga ke paha agar hujung kain bengkung tidak menekan luka jahitan. Sebelum memakai bengkung bertali, anda perlu melapis bahagian luka pembedahan menggunakan tuala wanita agar luka tersebut cepat kering. Kemudian, barulah memakai bengkung bertali setelah disapu minyak herba di kawasan perut. Labuh bengkung hendaklah melepasi paha agar tidak memberi tekanan kepada bahagian luka jahitan.

IKLAN

4. Makan herba

Perkara yang paling penting bagi ibu bersalin secara pembedahan ialah berdisiplin dalam memakan herba setiap hari selama minimum enam bulan selepas bersalin. Jika ibu yang bersalin secara normal tersalah makan, risiko terbesar yang boleh dialami ialah bayi mudah kembung perut jika menyusukan susu ibu. Namun, bagi anda yang bersalin secara pembedahan, risiko untuk kebas dan kesejukan adalah tinggi.

5. Mandi herba sehingga nifas kering

Bersalin Secara Caesar, Bukan Alasan Tidak Berpantang. Terapis Ini Dedah Amalan Pantang Mudah Dan RingkasPastikan anda mengamalkan mandian herba selagi darah nifas masih lagi mengalir keluar. Malah anda juga hendaklah bertungku. Tungku tidak semestinya di perut. Bertungkulah di tapak kaki, kawasan pinggang dan punggung. Namun, sebaik-baiknya bertungku seluruh badan kecuali di kawasan luka pembedahan dengan bantuan terapis terlatih.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI