Betullah orang kata, anak-anak kecil ini mudah belajar sesuatu bila ia dah menjadi kebiasaan. Apa yang dia lihat dan dengar itu yang dia akan ikut. Begitu juga anak kepada selebriti Betty Rahmad, Ardy Wira yang kini berusia 4 tahun.
Gelagat dan kepetahan Wira bila bercakap macam orang dah besar. Tambah pula dalam satu video terbaru yang dikongsikan oleh Betty, menunjukkan dia membaca beberapa surah al-Quran dan telah menarik perhatian ramai.
Bila dengar Wira mengaji siap dengan bertaranum, kita pula rasa kagum dengan didikan Betty dan suami.
Dalam video tersebut, memaparkan Wira yang lengkap berkopiah sedang membaca beberapa surah. Permulaan bacaannya dengan surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas dan seterusnya surah An-Nas.
Menurut Betty sudah menjadi kebiasaan buat Wira sebelum tidur, dia akan membaca surah-surah tersebut.
Ads
“Tetapi ini versi yang kononnya dia berangan baca, konon-konon tengok al-Quran dan taranum. MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT,” tulisnya.
Sehingga kini, video Wira itu telah menerima lebih 11 ribu tanda suka dan banyak komen yang positif dan mendoakan Wira menjadi anak soleh.
Ads
Tambah Betty lagi, sebagai ibu dia mengharapkan Wira akan menjadi anak yang mencintai al-Quran. Malah dia tak menyangka pun Wira menunjukkan bakatnya dalam bertaranum.
“Masyaallah itulah, tak ada siapa ajar dia taranum ni. Dia selalu dengar bila saya buka al-Quran melalui Muslim pro,” katanya.
Untuk rekod, Betty dikurniakan cahaya mata sulung, Ardy Wira pada 19 Januari 2019 selepas mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada Februari 2018.
Siapa ada anak umur bawah 2 tahun suka meragam atau tantrum tentu pening kepala memikirkan apa sebenarnya punca masalah tersebut.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak usia tersebut, anda kenalah ambil tahu punca dan cara mengendalikan tingkah laku si kecil.
Pada usia bawah dua tahun mereka masih lagi pada fasa seorang bayi namun sudah mula ”bertindak” macam kanak-kanak sudah besar.
Oleh kerana mereka masih belum pandai bertutur ia menjadi sukar untuk menyampaikan apa yang diinginkan. Akhirnya bila orang dewasa tak faham apa yang diinginkan oleh si kecil, maka berlakulah tantrum.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Anayasmin Azmi yang menerangkan punca sebenar anak umur bawah 2 tahun mengamuk atau tantrum.
Perasan tak pada usia ini nampak macam mula meragam..’tantrum’ kata orang putih.
Sebenarnya usia ni anak kecil kita bina banyak kemahiran.
1) Anak kita mula bina AUTONOMY. Iaitu rasa dia ada kuasa menentukan sesuatu. Sebagai contoh anak saya tentukan apa baju dia nak pakai dan baju umi dia pakai juga…huhu
2) Anak kita juga mula COPYCAT. Dia akan tiru apa kita buat. Kalau kita sapu dia pun nak menyapu, kita masak dia pun nak masak. Raikan sahaja. Beri sahaja alatan ‘real’ untuk dia guna.
3) Anak mula PRETEND PLAY. Ala mcm berlakon-berlakon gitu. Dia ambil teddy bear bawak jalan-jalan macam teddy tu babynya. Dia suap teddy makan.
4) Anak juga sebenarnya mula EXPERIMENT dengan kita. Contoh semalam anak saya tumpahkan air dari cawan ke lantai. Tumpah separuh dia tengok wajah saya. Tengok mak dia calm je..dia tuang semua..huhu.Dia experiment respond kita.
Anak belajar sebenarnya. Banyak perkara dia belajar. Raikan perkembangan ini dan konsisten pada respond yang diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hadiah ulang tahun kelahiran walid Ainul ke-25 tahun, bukanlah barangan berjenama mahal tapi cukuplah melihat perkembangan Ainul yang dari sehari ke sehari sangat pandai dan bijak untuk belajar.
Terbaru dalam perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin ada memaparkan keletah Ainul yang sudah pandai memapah dan belajar untuk berjalan.
Dalam rasa terharu itu terselit perasaan syukur yang tak terhingga pada Allah SWT kerana siapa sangka Ainul hari ini cukup berbeza sekali berbanding di awal kelahirannya dulu.
Dalam video yang berdurasi selama 1:30 saat itu menunjukkan kesungguhan Ainul untuk bangun, memapah dan belajar.
Gelagat Ainul yang bersungguh-sungguh dan tak berputus asa itu cukup menghiburkan. Jelas terpancar perasaan puas hati di wajah Ainul apabila berjaya bangun dan berdiri serta memapah untuk melangkah dari satu tempat ke satu tempat.
Semua yang menonton video yang dimuat naik oleh walid Ainul ini pun rasa terharu dengan pencapaian Ainul hari ini.
Tak sangka Ainul boleh sampai tahap ni
Hebatnya aura Ainul menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa
Hampir menginjak usia dua tahun ini, nampaknya perkembangan Ainul makin laju. Walaupun delay setahun kerana kekangan keadaan kesihatannya, Ainul dah mula dapat rentak untuk mengejar semula fasa perkembangannya yang tertangguh sebelum ini.
Sebelum ini dia dah boleh memanggil ‘mama’ dan itulah perkataan pertama keluar selepas setahun membuang ketumbuhan dalam mulutnya.
Kiranya berbaloi usaha walid dan mamanya yang bersungguh-sungguh untuk membantu Ainul membesar dengan baik selain usaha beberapa pihak yang sentiasa memantau perkembangan buah hati rakyat Malaysia ini.
Harapnya dengan kelahiran adik Ainul yang dijangka dalam masa terdekat ini menguatkan lagi semangat Ainul untuk jadi lebih pandai dan menjadi seorang kakak yang hebat.
Sumber: FB & IG Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, anda tentu sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Seperti memberikan pendidikan yang terbaik, makanan dan nutrien dari gred yang terbaik, pakaian dan kelengkapan paling terkini dan selesa serta kasih sayang yang melimpah ruah.
Anda tentu berharap dapat memberikan anak-anak yang terbaik dengan apa yang dimiliki. Biasanya “terbaik” dikaitkan dengan memberi / mempunyai lebih banyak.
Ibu-bapa selalunya ada naluri untuk memberi anak-anak mereka lebih, lebih banyak perlindungan, lebih banyak mainan dan lebih banyak kelas atau aktiviti. Tetapi persepsi “terbaik” adalah subjektif dan sebenarnya anda tidak harus memberi mereka lebih selalu. Anda tidak perlu berikan lebih untuk mereka sepanjang masa!
Adakah memberi lebih banyak kepada anak satu-satunya cara untuk memberikan anak yang terbaik? Mungkin lebih banyak tidak selalunya baik.
# 1 Kurang Mainan, Lebih Kreativiti / Pengalaman Penyelidikan baru(https://qz.com/1253513/the-best-toys-for-kids-fewer-options-may-lead-to-more-creativity/) mencadangkan bahawa kurangkan mainan anak adalah dalam kuantiti kurang lebih baik untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan empat mainan akan mempunyai masa bermain yang lebih berkualiti. Dengan mainan yang terhad, kanak-kanak akan bermain dengan lebih kreatif dengan pelbagai cara berbanding dengan pilihan mainan yang lebih banyak.
“Ini menunjukkan bahawa apabila dibekalkan dengan mainan yang sedikit, si kecil akan bermain dengan setiap mainan dengan lebih lama, membolehkan mereka fokus lebih baik untuk meneroka dan bermain dengan kreatif. Ini boleh dilakukan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak dan menggalakkan permainan yang positif.”
Kajian tersebut juga mencadangkan bahawa sekiranya kanak-kanak bermain lebih lama dengan sesuatu mainan bermakna mereka boleh bermain dengan lebih kreatif, dan ini juga dapat membantu anak-anak memanjangkan tempoh masa tumpuan mereka yang sangat biasanya sangat singkat pada usia ini .
Konsep “less is more” nampak intuitif iaitu dengan memberi kanak-kanak kurang mainan, mereka akan bermain dengan mainan tersebut dengan lebih lama. Jadi ibu bapa boleh mengehadkan jumlah permainan untuk membantu mereka.
Kemas bilik si kecil dan anda akan mengalami lebih banyak kegembiraan dengan si manja.
# 2 Kurang Perlindungan, Lebih Berdikari dan Kemahiran Hidup
Apabila seorang kanak-kanak dilahirkan, naluri semula jadi ibu bapa ialah untuk melindungi mereka. Ibu bapa yang terlalu melindung percaya bahawa mereka melakukan yang terbaik untuk anak-anak dengan melindungi anak-anak mereka daripada orang sekeliling dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Melindungi anak-anak daripada perkara-perkara tertentu mungkin tidak semestinya baik bagi kanak-kanak mereka dan boleh menyebabkan si kecil tidak memperolehi pengalaman pembelajaran yang diperlukan untuk berdikari di masa hadapan.
Tetapi bilakah yang dikatakan perlindungan ini menjadi keterlaluan buat si manja?
Ia mungkin kelihatan tidak wajar tetapi jika anda terlalu melindungi anak-anak, sebenarnya anda akan mendedahkan mereka kepada risiko lain. Anda juga mungkin akan menyebabkan mereka tiada kemahiran dan pengalaman kehidupan yang diperlukan untuk menangani cabaran ketika si manja membesar kelak.
Tetapi jika anda obses menjaga anak dan terlalu mengawal, si kecil mungkin akan membesar dengan tidak mengetahui bagaimana menilai, mengendali dan mengatasi cabaran yang tidak dijangka.
# 3 Kurang Aktiviti, Lebih Masa Bersama Yang Berkualiti
Apabila masa keluarga terpaksa dikurangkan kerana kerjaya, persekolahan dan gangguan teknologi, luangkanlah masa yang berkualiti untuk bonding boleh membina hubungan yang erat dengan anak-anak.
Dengan kurangnya aktiviti seperti kelas menari, taekwando dan piano yang si manja mungkin tidak menikmati, ibu bapa dapat menghabiskan lebih banyak masa berkualiti untuk mengukuhkan hubungan dengan si manja.
Sebenarnya, jika ibu bapa mengenepikan keinginan untuk menghantar kanak-kanak ke kelas, bonding dengan anak-anak akan menjadikan ikatan antara kalian yang lebih utuh.
# 4 Susu dengan 0% Gula Tambahan. 100% Kebaikan Susu
Mengikut statistik terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, lebih daripada 6% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan.
Manakala, lebih kurang 12% kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 18 tahun pula diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan atau obesiti!
KENAPA GULA YANG BERLEBIHAN BERBAHAYA?
* Meningkatkan kemungkinan obesiti.
* Mempengaruhi deria rasa dan menyebabkan kanak-kanak gemar makanan atau minuman yang manis.
* Meningkatkan risiko kaviti gigi.
Jadi kenapa berikan susu yang mengandungi gula tambahan sedang kanak-kanak tidak memerlukannya?
Anmum Essential adalah satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan 0% Gula Tambahan*. 100% Kebaikan Susu. Kini dengan Mind-Q Connect, mengandungi DHA dan 2x lebih GA®** (Gangliosida).
Jadi ibu-bapa, maksimumkan hubungan sel-sel otak anak anda hari ini dengan interaksi bersama anak dan pemakanan yang baik.
¹ Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997.
CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa.
Di bawah Akta Pemakanan Malaysia1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis.
Di bawah Piawaian Pemakanan Australia New Zealand – Standard 1.1.2, Sirap Glukosa, Maltodekstrin dan produk serupa didefinasikan sebagai gula.
**berbanding dengan formulasi terdahulu.
Jangan takut untuk mengurangkan pemberian kepada anak kerana ia akan membantu dalam perkembangan mereka.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.