Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.
Nana Mahzan bangga dan tidak menyekat minat dan bakat anaknya Althea yang suka melukis. Sebagai ibu, memberikan sokongan kepada apa yang dminati anak boleh membantu perkemgangan bakat mereka yang lebih positif.
Althea, 8 tahun berbakat dalam bidang seni lukis. Galakan dari si ibu tentu membuatnya lebih bersemangat. Althea akan menggunakan medium kertas atau menggunakan tablet untuk melukis. Tapi yang sweetnya, mummy akan mencetak dan menyimpan hasil kerja Althea.
Para follower Nana mmuji kreativiti Althea dan tindakan Nana menyokong minat Althea. Ada mengatakan ia unik dan kreatif dan meminta agar bakat pada Althea jangan disia-siakan.
Jangan lupa temui Nana sebagai hos rancangan TV Pengantin Musim Kedua mulai 17 Disember 2018. Bagi musim kedua ini, pelbagai tajuk berkaitan raja sehari akan diutarakan seperti Busana Moden, Pelamin, Hantaran & Sirih Junjung, Solekan, Rambut & Tudung, Busana Klasik, Pre-Wedding dan sebagainya.
Rancangan TV Pengantin Musim Kedua akan disiarkan setiap minggu pada hari Isnin, jam 12.3- tengah hari di slot Dewi (Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135). Dalam setiap episod, pelbagai tips dikongsikan oleh para pakar.
Ada juga segmen DIY yang memberikan idea kepada anda membuat sendiri keperluan majlis perkahwinan. Manakala slot Detik Indah pula membuat perbandingan dalam pelbagai aspek seperti lokasi, tema, fesyen terkini busana pengantin dan sebagainya.
Tahu kah anda bahawa anak yang sukar tidur awal akan jejaskan pertumbuhannya! Usia si kecil semakin meningkat. Sehubungan itu mengajar si manja tidur awal sejak kecil adalah penting supaya tidak menghadapi masalah kesihatan dan menjejaskan pertumbuhannya apabila usianya mencapai umur pra sekolah. Ini kerana daripada hasil kajian yang dilakukan oleh Jean-Philippe Chaput, Marc Brunet dan Angelo Tremblay mengumpulkan data sebanyak 422 anak usia 5 sehingga 10 tahun.
Mereka melakukan penilaian terhadap berat badan, tinggi badan, dan lingkar pinggang para peserta. Mereka turut mengumpulkan informasi tentang gaya hidup anak-anak tersebut serta status sosial ekonominya melalui wawancara dengan ibu bapa mereka.
Hasil penelitian tentang Body Mass Index menunjukkan bahawa 20 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan mengalami masalah kegemukan. Anak-anak yang memiliki waktu tidur kurang dari 10 jam dalam seharinya berisiko mengalami kegemukan 3 atau 5 kali lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang tidur 12 jam atau lebih dalam seharinya.
Untuk memastikan anak tidur awal , terdapat 8 tip yang boleh menjadi panduan.
1.Pastikan si kecil tahu dengan jelas waktu untuk dia tidur. Contohnya pukul 9 malam perlu masuk bilik untuk tidur.
2.Tegas apabila waktu tidur sudah tiba.
3.Jangan biarkan dia menonton televisyen setengah jam sebelum waktu tidurnya.
4.Cipta suasana tenang seperti suasana bilik yang senyap dan gelap.
5.Biarkan si kecil tidur dengan sendiri daripada anda yang mendodoikannya.
6.Jangan berinya minuman berkafeina seperti kopi yang menyegarkan matanya.
7.Jadikan waktu tidurnya adalah rutin. Jangan ubahnya kecuali jika perlu.
8.Hargai setiap masa jika si kecil memberitahu mahu tidur.
* Patuhi tip ini secara konsisten. Si kecil yang tidur awal akan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu adalah perkara paling gembira bagi seorang wanita. Anak sihat dan comel menjadi impian kita. Namun, jika kita diuji dengan anak yang sakit, ia mendatangkan kebimbangan dan kemurungan.
Begitulah apa yang terjadi kepada Puan Zuriah dahulu sewaktu anak keduanya mengalami ekzema dan alergi yang teruk bermula pada usia 3 bulan.
Menjaga anak ekzema memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi ekzema yang teruk. Ia sangat mencabar. Kerja-kerja rumah pun terpaksa dibuat tergesa-gesa kerana anak tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam jangka masa lama. Jika tidak, anak akan mula menangis dan menggaru sehingga berdarah.
Ibubapa perlu tahu bagaimana cara untuk membantu melegakan anak yang resah dan tidak selesa dengan keadaan kulitnya yang gatal. Di sini saya akan berika tips-tips bagaimana saya sebagai seorang ibu menjaga anak ekzema dan alergi.
Harap info ini akan memberikan sedikit sebanyak panduan untuk ibu-ibu yang masih baru menghadapi masalah yang sama.
1. Kebersihan.
Kebersihan adalah paling utama yang perlu dijaga. Rumah perlu sentiasa dibersihkan lebih-lebih lagi anak ada alergi terhadap habuk. Sarung bantal da cadar perlu kerap ditukar. Elakkan menggunakan karpet di rumah jika anak alergi dengan habuk kerana karpet memerangkap habuk.
2. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek.
Kuku yang panjang menyebabkan kulit mudah luka apabila digaru.
3. Sapukan pelembap dengan kerap.
Kulit ekzema akan melalui fasa kulit kering. Kulit yang kering perlu kerap disapu pelembap kerana jika tidak, kulit akan gatal dan menyebabkan anak menangis tidak selesa. Jika duduk di dalam bilik berhawa dingin, pelembap perlu disapukan dengan lebih kerap. Ini kerana udara kering menyebabkan ruam menjadi lebih teruk. Pelembap perlu dipilih dengan teliti dan pastikan ia serasi dengan anak. Pelembap yang berasaskan bahan semulajadi adalah yang terbaik.
4. Ubah diet pemakanan.
Pemakanan anak perlu dititikberatkan kerana ia sangat memberi kesan. Ketahui apa makanan yang anak alergi. Ibu boleh membawa anak membuat ujian alahan diklinik atau lakukan ujian sendiri iaitu 4-days rule. 4-days rule ialah proses di mana ibu hanya memperkenalkan sejenis makanan sahaja dalam satu-satu masa. Contohnya anak makan ayam sahaja dalam 3 hari pertamakemudian hari keempat barulah ditukar kepada menu yang lain. Ekzema dan alergi inisaling berkait, jadi bila termakan makanan yang salah, ia menyebabkan ruam semakin teruk. Makanan yang kebiasaan menjadi alahan kepada pengidap ekzema ialah seperti produk tenusu, kekacang, telur dan gandum. Jadi ibu perlu berhati-hati dengan makanan ini. Pilih pemaknan sihat dan elakkan makanan berproses, tinggi gula, pewarna dan pengawet. Sebaiknya plih makana organik. Kenali makanan yang membantu pemulihan kulit. namun setiap orang tidak sama, jadi ibu perlu buat percubaan yang mana anak boleh makan dan tidak boleh makan.
5. Balut.
pembalutan amat membantu anak lebih selesa dan kurang menggaru. Ibu boleh membalut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ini akan membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit kerana anak kurang menggaru. Tangan anak boleh dipakaikan sarung tangan yang berkain lembut, contoh seperti sutera. ini supaya dapat mengurangkan luka jika anak menggaru.
6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas.
Cuaca panas akan membuatkan anak tidak selesa. Sebaiknya ibubapa elakkan anak berada di cuaca panas terik kerana ia menyebabkan ruam semakin teruk.
7. Pakaian.
Pilih pakaian yang selesa. Kain kapas yang paling sesuai dan kain tidak terlalu tebal kerana ia menyebabkan peluh dengan cuaca panas di negara kita.
8. Produk penjagaan kulit.
Sebaiknya produk kegunaan harian seperti sabun mandi, pencuci pakaian, krim dan pelembap perlu dipilih yang semulajadi, tanpa bahan merbahaya, tanpa sls, pewarna dan pewangi sintetik. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan radang kepada kulit ekzema dan menyebabkan kulit akan lambat pulih.
Menurut pakar, ekzema tidak boleh sembuh. Kemungkinan ekzema akan dibawa sehingga dewasa. Namun bagi saya, ia boleh dikawal dengan kaedah yang diyatakan di atas. Seperti anak saya sendiri, Muhammad Fansuri. Anak saya sembuh selepas mengawal pemakanan dan menggunakan produk yang serasi. Muhammad Fansuri sembuh pada umur 3 tahun kerana sebelum itu saya belum tahu banyak perkara bagaimana membantu anak pulih dengan segera. Saya harap ibu bapa lain dapat gunakan tips ini sebagai panduan dalam membantu anak ekzema. Saya doakan anak ibu-ibu sekalian segera sembuh dan dapat jalani kehidupan dengan gembira.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.