Ads

Aafiyah & Afwa Masuk Dapur. Jadi Chef, Buatkan Tokti Roti Bakar Special!

Keletah comel anak-anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel. Baru-baru ini, Tokti ada memuatnaik sebuah video di akaun media sosialnya yang menunjukkan Aafiyah dan Afwa menjadi chef.

Aafiyah & Afwa Masuk Dapur. Jadi Chef, Buatkan Tokti Roti Bakar Special!

Di dalam video tersebut, Tokti memberitahu dia mempunyai dua orang chef dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu yang mereka berdua menyediakan roti bakar utuk ibu mereka.

“Aafiyah yang putih, adik yang dark.”

Ads

Tonton video ini;

Paling comel, Afwa hanya mengikut apa yang disebut kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anaknya, Tokti kemudiannya memuji roti bakar tersebut nampak sedap dan mengucapkan terima kasih kepada Aafiyah dan Afwa.

Ads

Aafiyah & Afwa Masuk Dapur. Jadi Chef, Buatkan Tokti Roti Bakar Special!

Ads

Sebenarnya sangat bagus apabila kanak-kanak bermain pretend play seperti ini kerana ia dapat merangsang daya imaginasi serta memantapkan skil bersosial mereka. Biarpun nampak remeh, tetapi galakan dari ibu ayah yang mendorong kreativiti anak ini sangat membantu perkembangan emosi mereka.

Pada ibu ayah mungkin pujian ringkas nampak remeh tetapi sebenarnya membei impak yang besar kepada anak-anak. Mereka akan lebih bersemangat dan sentiasa positif untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ibu Ayah Jangan Terlepas Info Ini! STR 2026 Pembayaran Fasa 3...

Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini!  Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.