Ads

Gelombang Haba, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari, Ikuti Penjelasan KPM

Bila cuaca terlalu panas, antara yang paling dirisaukan ibu bapa tentulah keselamatan anak-anak di sekolah. Anak yang banyak bergerak, bermain di luar kelas atau terlibat dengan aktiviti kokurikulum lebih mudah terdedah kepada risiko dehidrasi, keletihan haba dan strok haba apabila berlakunya gelombang haba.

Malaysia pula dijangka berdepan cuaca lebih panas susulan fenomena El Nino yang diramal berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Justeru, ibu bapa dan warga sekolah perlu mengambil maklum mengenai garis panduan berkaitan penutupan sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya berlaku gelombang haba.

Gelombang Haba: Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari Berturut-Turut

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbir sekolah diberi kuasa untuk menutup sekolah jika suhu harian melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, penutupan sekolah hanya boleh dilaksanakan selepas keadaan tersebut diisytiharkan sebagai gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Hirudin Mohit berkata, garis panduan berkenaan telah berkuat kuasa sejak tahun 2023 bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah ketika berdepan cuaca panas melampau.

Beliau menjelaskan bahawa pentadbir sekolah boleh mempertimbangkan penutupan operasi sekolah sekiranya suhu melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut dan keadaan itu telah disahkan sebagai gelombang haba oleh MetMalaysia.

Ads

Aktiviti Luar Ketika Gelombang Haba Bergantung Kepada Tahap Suhu

Gelombang Haba, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama 3 Hari, Ikuti Penjelasan KPM

Selain penutupan sekolah, KPM turut menetapkan beberapa panduan berkaitan aktiviti luar berdasarkan bacaan suhu semasa.

Kurang daripada 35°C

Aktiviti luar bilik darjah boleh diteruskan seperti biasa.

35°C hingga 37°C selama tiga hari berturut-turut

Semua aktiviti luar perlu ditangguhkan bagi mengurangkan risiko strok haba, dehidrasi dan masalah kesihatan akibat cuaca panas.

Ads

Melebihi 37°C selama tiga hari berturut-turut

Pentadbir sekolah boleh mengambil tindakan menutup sekolah selepas pengisytiharan gelombang haba oleh MetMalaysia.

Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko kesihatan terutama kepada murid yang lebih mudah terdedah kepada dehidrasi, kepanasan melampau dan strok haba ketika berada di sekolah.

Malaysia Dijangka Berdepan Cuaca Lebih Panas

Kenyataan tersebut dibuat ketika Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Barat Daya 2026.

Ads

Sebelum ini, media melaporkan fenomena El Nino dijangka bermula sekitar Jun dan berpotensi menjadi lebih kuat sehingga mencapai tahap “Super”. Keadaan itu dijangka meningkatkan suhu di beberapa kawasan di Malaysia sehingga penghujung tahun dan awal tahun hadapan.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, ibu bapa disaran lebih peka terhadap kesihatan anak-anak. Pastikan anak membawa air secukupnya ke sekolah, memakai pakaian yang sesuai, mengurangkan aktiviti terlalu lasak di bawah panas dan segera memaklumkan kepada guru jika anak tidak sihat.

Langkah Ibu Bapa Menghadapi Gelombang Haba

Selain mematuhi arahan pihak sekolah, ibu bapa juga digalakkan memastikan anak-anak mendapat rehat yang mencukupi, mengambil makanan seimbang dan minum air dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi. Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda seperti pening, muntah, keletihan melampau atau suhu badan meningkat, dapatkan rawatan segera.

Orang ramai, khususnya ibu bapa, juga disarankan sentiasa mengikuti maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan KPM sekiranya berlaku gelombang haba.

Sumber: Utusan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Cuaca Panas Melampau, Sekolah Boleh Ditutup Jika Suhu Melebihi 37°C Selama...

Bila berlaku cuaca panas melampau, antara perkara yang paling merisaukan ibu bapa ialah keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah. Murid yang aktif bergerak, bermain,...