Momen bila anak mula berjalan, ibu pasti akan mudah tersentuh. Pasti akan merasakan betapa cepatnya masa berlalu kini anak yang dikandung sudah mencapat satu milestone baru.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang buah hati kecilnya Siti Aafiyah yang kini sudah berjalan laju pada usia 1 tahun 3 bulan.
Ibu penyayang ini mengucapkan kesyukuran atas perkembangan anaknya dan turut memaklumkan yang Aafiyah tidak lagi mahu dipegang semasa berjalan. Malah tidak lagi minta dibuka apabila dipakaikan tudung.
Paling lucu, penyanyi nombor 1 Malaysia ini turut memberitahu Aafiyah berjalan tanpa berhenti.
“Alhamdullillah, anak ibu dah sihat dan cergas!!
“Tak nak di pegang langsung & yang best selendang pun dia tak cabut ..
Seorang lelaki dipenjara enam tahun setelah didapati bersalah menyebabkan bayinya mengalami kecederaan teruk pada otak yang berlaku di Victoria, Australia.
James Tipene, 33, mengaku bersalah menggoncang anaknya yang berusia lima minggu hingga tidak sedarkan diri selepas berang dikejutkan dari tidur pada 26 Jun tahun lepas.
Ketika perbicaraan dijalankan, James memberi alasan dia bertindak demikian kerana mahu anaknya ‘lebih jantan’ dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.
Hakim mahkamah ketika menjatuhkan hukuman berkata bayi itu bernasib baik tidak terbunuh akibat daripada tindakan keji ayahnya sendiri.
Bayi yang dilahirkan pada Mei 2018 itu mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan kecederaan pada mata.
Mangsa ditemukan ibunya dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.
Tertuduh pada mulanya berbohong mengenai punca kecederaan pada bayi itu apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor, namun akhirnya mengaku apabila perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.
Bayi lelaki itu yang terpaksa menjalani pembedahan pada otak dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan mungkin berdepan kerosakan neuron seumur hidup.
James menyalahkan pembawaan ganas pada dirinya ketika membesar di mana dia diajar bahawa “lelaki tidak boleh menangis” dan bayi yang menangis “tidak cukup jantan”.
Sering kita lihat gambar-gambar ataupun video yang tular di sosial media apabila ada selebriti yang mengimbangi anak mereka dengan melakukan aksi merbahaya semata-mata ingin menunjukkan betapa sadonya mereka. Awas!!!! Aksi tersebut hanya akan mengundang padah buat si kecil.
Pelbagai risiko yang boleh terjadi antaranya, kemungkinan si kecil terjatuh ke bawah dengan cederaan kepala, risiko tulang kaki membengkok dan sebagainya.
Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, jika anda sayangkan anak anda hentikan aksi mengundang padah ini.
Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat.
Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.
Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.
Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya telah menarik perhatian di kalangan netizen.
Namun, video yang berdurasi 20 saat itu juga menarik perhatian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menegur tindakan Hairul yang mengimbangi anaknya disebabkan bayi tersebut belum cukup kuat untuk berdiri sendiri.
Dr Sheikh Muszaphar di ruangan komen telah menasihati pelakon tersebut agar tidak melakukan hal sedemikian kerana tulang bayi masih belum kuat menampung fizikalnya memandangkan dia belum lagi boleh berdiri sendiri.
Namun komen daripada angkasawan negara itu dilihat sudah tiada di ruangan komen Hairul yang dipercayai sudah dipadam olehnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut jelas menunjukkan kaki anaknya seakan bengkok kerana tidak mampu menampung berat badannya setelah dipaksa berdiri di atas tangan Hairul.
Perkongsian video tersebut oleh Hairul telah tular di media sosial dan kini telah meraih sehingga 473,970 tontonan dan rata-rata netizen menyukai video tersebut yang selalu memuat naik gambar-gambar yang dimuat naik bersama teman-teman serta ahli keluarga tercinta.
Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kanak-kanak perempuan dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam dua kejadian berbeza di Johor Bahru, semalam.
Ketua Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Riduan Akhyar berkata, kejadian pertama membabitkan bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan jam 8.17 pagi dan menggerakkan sebuah jentera FRT serta sebuah EMRS dengan kekuatan 11 anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Faisal Ismail.
“Difahamkan mangsa bersama tiga anggota keluarga termasuk ibu dan bapa hendak keluar dari kenderaan itu bagaimanapun pintu terkunci sendiri selepas abang mangsa turut keluar.
“Selepas 45 minit mencuba mereka gagal membuka pintu kenderaan itu dan mengambil keputusan untuk menghubungi pihak bomba.
“Bomba mengambil masa 10 minit membuka pintu dengan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Dalam kejadian kedua, BBP Larkin menerima panggilan jam 8.03 pagi berhubung kes kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang terperangkap dalam kereta Perodua Myvi di sebuah stesen minyak bersebelahan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Zulkarnain Arifin pihaknya menggerakkan sebuah EMRS dan dua unit Motosikal Bomba (RIM) bersama Lima anggota.
“Setibanya di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa terperangkap kerana bermain kunci kereta ketika ibunya keluar ke kedai berhampiran untuk membeli barang.
“Mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Angin pasang menyebabkan anak Wany Hasrita menjalani pembedahan. Ketahui tanda awal hernia inguinal pada kanak-kanak perempuan yang ibu ayah perlu tahu.