Aafiyah Dapat Kaki Berjalan Tak Ada Brek. DS Siti Meniti Bahagia Sebagai Ibu

Share

Momen bila anak mula  berjalan, ibu pasti akan mudah tersentuh. Pasti akan merasakan betapa cepatnya masa berlalu kini anak yang dikandung sudah mencapat satu milestone baru.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kemaskini Instagram berkongsi tentang buah hati kecilnya Siti Aafiyah yang kini sudah berjalan laju pada usia 1 tahun 3 bulan.

Ibu penyayang ini mengucapkan kesyukuran atas perkembangan anaknya dan turut memaklumkan yang Aafiyah tidak lagi mahu dipegang semasa berjalan. Malah tidak lagi minta dibuka apabila dipakaikan tudung.

Paling lucu, penyanyi nombor 1 Malaysia ini turut memberitahu Aafiyah berjalan tanpa berhenti.

“Alhamdullillah, anak ibu dah sihat dan cergas!!

“Tak nak di pegang langsung & yang best selendang pun dia tak cabut ..

“Asik nak jalan takde break

Sebelum itu, Dato’ Sri Siti pernah berkongsi video Aafiyah berjalan laju.

Para peminat suka melihat telatah Aafiyah dan mendoakan si kecil ini membesar dengan sihat.

Sumber: ctdk

Artikel berkaitan:[ Datuk Siti Selamat Lahirkan Bayi Perempuan. Pilih 1 Rejab, Isnin Sempena Kelahiran Nabi Muhammad SAW]

[Aafiyah Dah Pandai Wefie, Comel Sangat Matchy-Matchy Dengan Ibu]

[Dah Buat Rawatan IVF 5 Kali! Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Dugaan Menanti Zuriat Selama 10 Tahun!]


IKLAN