Aafiyah kelihatan tak meragam dalam flight ke jepun. Menerusi instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau telah berkongsi saat-saat indah bersama anak dan suami dalam perjalanan ke Jepun dan ia juga merupakan trip yang pertama Siti Aafiyah ke Jepun.
Apa yang menjadi perhatian ramai, Siti Aafiyah kelihatan tidak meragam malah tidur dengan lebih lena ketika perjalanan dan ia membuatkan netizen memuji telatahnya itu.
Ads
Pelbagai reaksi dan pujian diterima oleh anak kesayangan Datuk Siti Nurhaliza ini sehingga mendapat hampir 900k tontonan. Ramai betul yang tertarik dengan gelagat Aafiyah ini.
Waktu tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Tidur yang cukup akan memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik.
Bahkan, kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama kanak-kanak bersekolah. Namun yang menjadi kekangannya, ada segelintir kanak-kanak sukar untuk tidur awal.
Kadang-kadang jam 10 malam masih seronok bermain dan menonton televisyen. Puas disuruh tidur awal, tetap tak mahu hingga mengamuk pula. Lama-kelamaan ibu bapa pun terpaksa mengikut rentak anak dan ini yang menyebabkan anak tak dapat tidur yang mencukupi.
Bagi memastikan ibu bapa menghadapi cabaran ini, sebenarnya ada teknik yang boleh membantu anak “padam” dan bersedia secara mental untuk tidur. Teknik Grounding/Earthing dikatakan sangat sesuai untuk anak yang sukar tidur awal.
ANAK SUSAH TIDUR MALAM BUAT TEKNIK GROUNDING/EARTHING
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok @hazirah.zaini dengan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan, dia berkongsikan tips untuk ibu bapa pastikan anak-anak dapat tidur sebelum jam 10 malam.
Teknik yang dikongsikan ini adalah yang paling mudah berikutan ramai ibu bapa bertanya bagaimana cara untuk pastikan anak tidur awal hingga memaksa juga ibu bapa berjaga sehingga tak dapat rehat yang cukup.
Antaranya dengan menggunakan teknik grounding atau earthing iaitu membiasakan anak memijak tanah. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membiasakan anak-anak tak pakai kasut ketika berada di taman permainan. Inilah yang diguna pakai dalam teknik Earthing ini apabila membiasakan anak-anak memijak rumput/ alam.
2. Buat dalam 30 minit setiap hari. Dapat turunkan hormon stress iaitu cortisol dalam badan. Jadi, anak mudah tidur pada waktu malam sebab paras hormon dah turun.
3. Bawa anak keluar pada waktu pagi iaitu sebelum 9 pagi, sebab boleh hasilkan melatonin (hormon tidur) semasa kulit terdedah kepada UV dari cahaya matahari pagi.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga digalakkan untuk menggunakan cara ini apabila susah tidur malam. Beliau juga menambah jika ibu bapa risaukan anak-anak tidak memakai kasut dan kotor, anda boleh bawa ke kawasan rumput yang bersih dan lebih baik jika ada halaman rumah sendiri.
Bagi anda yang mempunyai anak-anak masalah ekzema juga amatlah digalakkan untuk buat teknik grounding/ earthing ini bagi melepaskan hormon cortisol gara-gara terperangkap di dalam rumah. Hal ini kerana, anak-anak yang terperap di dalam rumah akan menunjukkan petanda stres dan ini cara untuk caj semula badan.
Menerusi ruangan komen, ada yang berkongsi memijak rumput ketika waktu pagi dan ketika embun masih ada pun elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Jadi bagi yang ada peluang, bawalah anak mendekati alam kerana ini salah satu terapi yang terbaik buat anak-anak kita yang sedang membesar berbanding diberikan gajet untuk duduk diam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Ummi Nazeera yang mendirikan rumah tangga bersama Dr.Mohd Izzar baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel bernama Ayra Annesah pada 22 Ogos lalu.
Terbaru, beliau telah memuat naik video yang telah mendapat sebanyak 64,239 ribu tontonan di instagramnya dengan caption berikut;
Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi. Travel from one place to another pun to another house je. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah. Naik stroller @cybexmalaysia#cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. Sian dia.. Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby. #cybexmios
Ada betulnya cara pasangan ini untuk tidak terlalu dedahkan anak mereka yang masih kecil di tempat awam. Pelbagai jenis penyakit yang agak membimbangkan diluar sana tambahan pula daya tahan tubuh bayi masih belum kuat untuk melawan penyakit.
Keputusan yang dibuat oleh Dr.Izzar mendapat pujian netizen dan ada netizen yang turut bersetuju dengan cara beliau untuk tidak terlalu dedahkan anak yang masih kecil di tempat yang terbuka. Ruangan komen di instagram Ummi Nazeera dihujani dengan komen-komen yang positif dan mereka juga turut sama melakukan perkara yang sama dengan Dr.Izzar.
Saya pun tak bawak baby keluar sangat.
xpa biar lambat keluar sebab kat luar macam-macam orang sangat..baby pulak sensitif
Suami Ummi doktor lagi banyak tahu history
Maaflah itu cara yg betol.. cucu aunty pun x bg parent bawak keluar
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik.
“Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang
“Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Jawapan.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah. Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya?
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin
‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, ada 7 tips, macam mana nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah:
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka Caesarean memerlukan penjagaan rapi selepas bersalin. Ketahui 7 tip penting termasuk berjalan awal, pemakanan seimbang, penyusuan susu ibu dan penjagaan luka untuk mempercepatkan proses pemulihan.