Tip tukar nama anak dalam sijil lahir? Ini yang ibu bapa perlu tahu. Ramai tak sedar sebenarnya nama anak dalam sijil kelahiran boleh diubah secara sah, tapi ada syarat dan prosedur tertentu yang perlu ikut. Kadang-kadang, lepas daftar nama anak, baru rasa nama itu tak sesuai, atau ada kesalahan macam salah ejaan, salah jantina, dan sebagainya.

Tip Tukar Nama Anak Dalam Sijil Lahir? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Berita baiknya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memang benarkan pindaan dalam sijil kelahiran, asalkan ikut langkah-langkah yang betul. Jom tengok apa yang ibu bapa perlu tahu kalau nak ubah nama anak secara rasmi:

Tip Tukar Nama Anak Dalam Sijil Lahir? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Kredit foto: Kosmo online

1. Nama Anak Boleh Diubah Sekali Sahaja Sebelum Umur Setahun

Kalau anak belum cecah umur 1 tahun, anda masih berpeluang nak ubah nama – sama ada sebab tersilap ejaan, rasa nama tak sesuai, atau sebab lain yang munasabah. Tapi peluang ni hanya sekali. Bila dah lebih setahun, kena ikut prosedur mahkamah.

2. Permohonan Boleh Dibuat Di Mana-Mana Cawangan JPN

Tak semestinya perlu pergi ke JPN negeri tempat anak lahir. Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat JPN yang terdekat, asalkan bawa semua dokumen yang diperlukan. Ibu atau bapa mesti hadir sendiri untuk buat permohonan.

3. Dokumen Yang Diperlukan Untuk Proses Tukar Nama

Sebelum ke JPN, pastikan anda dah sediakan dokumen berikut:

*Borang permohonan (boleh dapat terus di JPN)

Ads

*MyKad ibu dan bapa – asal & salinan

*Sijil kelahiran asal anak

*Dokumen sokongan kalau ada (contoh: surat dari hospital, dan sebagainya)

4. Caj Pemprosesan Hanya RM10

Setiap permohonan tukar nama dikenakan caj RM10 sahaja. Jangan lupa simpan resit sebab mungkin diperlukan untuk rujukan kemudian.

Ads

5. Nama Lama Akan Kekal Dalam Rekod Sijil

Perlu tahu, JPN tak akan padam terus nama asal anak. Nama yang baru akan dimasukkan, tapi akan ada nota atau catatan yang menunjukkan nama asal sebelum tukar – ini penting untuk rekod rasmi.

Tip Tukar Nama Anak Dalam Sijil Lahir? Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Kredit foto: Sinar Harian

6. Proses Ambil Masa Sekitar 1 Hingga 2 Minggu

Biasanya, kalau tak ada isu, proses siap dalam masa seminggu. Tapi kalau ada perkara yang perlu disemak lebih lanjut, mungkin ambil masa sikit. JPN akan maklumkan bila sijil baru dah siap untuk diambil.

7. Kalau Anak Dah Lebih Setahun? Kena Rujuk Mahkamah

Untuk anak yang dah melebihi umur setahun, proses jadi lebih kompleks. Anda kena dapatkan arahan rasmi daripada mahkamah dulu, baru JPN boleh buat sebarang perubahan dalam sijil kelahiran.

Ads

Tukar nama anak dalam sijil kelahiran bukan mustahil, tapi ada garis panduan yang ketat. Lebih mudah kalau dibuat sebelum anak berumur 1 tahun. Jadi, kalau anda sedang fikir nak ubah nama anak, cepat-cepat ambil tindakan sebelum terpaksa lalui proses mahkamah.

Maklumat lanjut layari JPN

Baca artikel lain juga: Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN, Mudah!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI