Aaisyah Dhia Rana siapa yang tidak kenal dengan anak dara Rozita Che Wan atau Che Ta ini bukan. Menginjak usia 9 tahun, Aaisyah memang gemar bergaya. Apa sahaja yang digayakannya sentiasa mencuri pandangan.
Setiap gaya yang ditampilkannya menarik perhatian ramai terutama ketika beraksi persis seorang model. Sama seperti ibunya, gadis kecil ini bijak mengatur langkah ketika berada di depan kamera.
Aaisyah Dhia Rana Anak Dara Che Ta Persis Macam Model
Aaisyah ternyata menjiwai watak dan menunjukkan riak wajah seperti model berpengalaman sedangkan dia baru berusia sembilan tahun.
“Ke mana tumpahnya kuah jika bukan pada nasi. Tak boleh cari makan ibunya nanti,”
Jom kita jamu mata antara gaya comel Aaisyah Dhia Rana.
Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Sedangkan apabila duduk bersama pun banyak dugaan apatah lagi jika terpaksa berjauhan dengan pasangan. Memerlukan kepercayaan serta rasa tanggung jawab yang sangat tinggi.
Perkongsian dari akaun Tiktok epulrtv, sebuah video yang menunjukkan sesi interviu mereka bersama seorang lelaki. Apabila ditanyakan apa perkara paling susah yang pernah dia hadapi, lelaki tersebut dengan pantas mengatakan kesukaran untuk mengekalkan perkahwinannya dengan isteri.
Tambahnya lagi, berkhdimat sebagai seorang polis menuntut dirinya berjauhan dengan keluarga. Isteri dan anak-anak berada di Johor dan dia bekerja di Melaka.
Tonton video penuh di sini;
“Hubungan jarak jauh ni agak susahlah. Kita selalu pindah kan, sebelum ni saya di Seremban so dalam perjalanan tujuh tahun ni agak susahlah nak maintain dengan anak bini.”
Dirinya sibuk dengan operasi kerja dan mengakui apabila dapat bercuti, dia akan membawa keluarganya berjalan-jalan. Turut memberitahu, perkara yang paling susah adalah apabila dia tidak dapat melihat anak-anak membesar di depan mata.
“Cuma yang paling susah sekali tak dapat tengok anak membesar di mata saya kan.”
Apabila diminta memberikan nasihat, katanya jika berdepan dengan situasi begini bawalah berbincang dengan baik dan jelaskan tentang kerja kepada pasangan. Paling penting, selalu balik ke rumah untuk menjenguk keluarga.
Berikut antara komen orang yang menonton;
Pengorbanan yang besar apabila seorang suami terpaksa berjauhan dengan isterinya. Satu seksaan jika ayah terpaksa meninggalkan anak-anak kerana tuntutan kerja. Ia melibatkan emosi semua orang dalam keluarga. Sama-sama kita doakan agar keluarga yang terpaksa berjauhan dipermudahkan segala urusan dan terus kekal bahagia.
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, peribahasa ini begitu dekat jika dikaitkan dengan putera sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr yang mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai kelab Al-Nassr.
Remaja berusia 13 tahun itu difahamkan telah menandatangani perjanjian dengan skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr dan sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Difahamkan Cristiano Jr akan memulakan latihan dengan kelab Arab Saudi itu dalam beberapa hari akan datang dan akan memakai jersi No.7, nombor yang begitu sinonim dengan bapanya.
Ronaldo sebelum ini pernah mendedahkan bahawa anaknya meminta dia untuk terus bermain dan menangguhkan persaraan supaya mereka berdua dapat bermain dalam satu perlawanan bersama.
“Anak saya memberitahu, ‘Ayah tunggu beberapa tahun lagi… saya mahu bermain dengan kamu.'” ujarnya.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka.
Cuti sekolah panjang ni memang seronok kalau dapat bawa anak-anak keluar dari rumah, pergi camping, jungle trekking, atau sekadar picnic tepi sungai. Anak-anak boleh explore alam, belajar benda baru dan paling penting… kuranglah sikit masa dengan gajet.
TAPI, satu benda yang selalu buat ibu ayah risau iaitu serangan serangga. Nyamuk, semut api, lebah, tebuan, lipan… semua ni boleh jadi ancaman, lebih-lebih lagi bila kita berada di kawasan hutan atau sungai. Jadi, sebelum jadi “panic mode”, apa ibu ayah boleh buat?
Pilih lokasi selamat – Check dulu review campsite. Elakkan tempat yang memang terkenal dengan banyak serangga berbisa.
Bawa insect repellent – Pilih yang sesuai untuk kanak-kanak (biasanya label akan tulis “kids friendly”).
Sembur keliling kawasan khemah – Gunakan spray anti-serangga untuk create ‘protection zone’.
Lengan panjang & seluar panjang – Boleh kurangkan risiko kena gigit.
Warna cerah – Lebah & tebuan suka warna terang atau bau wangi. Elakkan baju warna striking macam kuning terang, merah menyala atau perfume berlebihan.
Kasut bertutup – Jangan biar anak berjalan barefoot atau pakai selipar saja dalam kawasan hutan.
Simpan makanan elok-elok – Jangan biar terbuka sebab boleh tarik semut, lebah atau tebuan.
Minuman manis – Kalau boleh guna botol bertutup, bukan cawan terbuka. Serangga manis ni suka masuk senyap-senyap.
Kalau anak digigit nyamuk, biasanya okay tapi sapu ubat gatal atau aloe vera untuk kurangkan kemerahan.
Kalau kena sengat lebah/tebuan, cepat-cepat buang sengat (jangan picit, guna kad atau kuku tolak keluar) dan tuam dengan ais. Kalau anak ada tanda alergi macam sesak nafas atau bengkak teruk → terus ke klinik/hospital.
Kit kecemasan camping wajib ada:
Spray/krim anti-gatal
Antihistamine (untuk alergi ringan, tapi check dosage ikut umur anak)
Plaster, bandage, antiseptic wipes
Painkiller kanak-kanak (paracetamol syrup)
Nak camping dengan anak bukan macam zaman bujang dulu boleh redah je. Ni list “survival kit” pa&ma edition:
Khemah + ground sheet (pastikan kalis air & selesa)
Sleeping bag / tilam angin (anak tak suka tidur keras)
Lampu suluh / headlamp (jangan harap pada phone je)
Portable stove / dapur gas kecil + cookware
Bekalan makanan simple – roti, sardin, maggi cup, biskut
Powerbank besar (untuk phone & lampu)
Baju hujan / poncho – cuaca hutan unpredictable
Ubat-ubatan & first aid kit
Cuti sekolah ni peluang terbaik nak rapatkan hubungan ibu ayah dengan anak-anak. Tapi keselamatan jangan ambil mudah. Dengan persediaan rapi, anak-anak bukan saja seronok berkelah atau camping, malah ibu ayah pun tenang hati sebab tahu mereka dilindungi dari gigitan serangga nakal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!