Bila ada anak kecil di rumah, memang satu rumah tu kena ‘baby-proof’ habis-habisan. Budak seusia ni tengah aktif fasa meneroka, semua benda nak dicuba, semua ruang dirasa macam ‘adventure park’.
Sebab tu ibu bapa kena sentiasa berjaga-jaga, sebab kadang-kadang apa yang kita tak sangka langsung, itulah yang boleh jadi punca kejadian tak diingini.
KABEL TELEFON RAGUT NYAWA ANAK
Ads
Tragedi yang menimpa seorang ibu ini cukup memilukan dan sepatutnya jadi ‘wake-up call’ buat semua ibu bapa. Dr. Christabel Akinola berkongsi insiden menyayat hati, di mana seorang wanita kehilangan anak kecilnya selamanya hanya kerana satu objek yang selalu kita anggap remeh: kabel pengecas telefon.
Pada hari kejadian, si ibu hanya ingin luangkan sedikit masa di dapur, sementara anak ditinggalkan di ruang tamu menonton TV. Tapi bila dia kembali, suasana sunyi yang menyambutnya dan anak yang tidak lagi kelihatan menjadi petanda kepada sesuatu yang tak terjangka.
Rupa-rupanya, wayar pengecas yang dimasukkan ke dalam mulut oleh si kecil itu sudah pun rosak dan bahagian dalamnya terdedah. Dalam keadaan panik dan menyangka anaknya mungkin keluar rumah tanpa disedari, si ibu terus mencari ke seluruh pelusuk rumah.
Akhirnya, dia menjumpai anaknya terbaring kaku di bawah katil tidak sedarkan diri, dengan wayar pengecas masih berada di dalam mulut.
Tanpa berlengah, si ibu segera membawa anak ke pusat rawatan. Namun segalanya sudah terlambat. Si kecil disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana.
PERINGATAN : Kalau pengecas atau kabel dah rosak jangan fikir dua kali, buang terus! Jangan tangguh, jangan ‘DIY’ balut dengan pita pelekat konon selamat.
Dalam pada itu, Dr. Christabel turut menitipkan beberapa nasihat penting buat semua ibu bapa dan penjaga supaya tragedi seperti ini tak berulang. Kadang-kadang kita terlalu biasa dengan rutin sampai tak sedar bahaya boleh ‘mengintai’ dari benda yang nampak remeh. Jadi, antara langkah keselamatan yang disarankan:
1.Cabut plug atau pengecas bila tak digunakan. Jangan harap semata-mata pada suis off, sebab renjatan masih boleh berlaku.
2.Pasang pelindung soket. Anak kecil zaman sekarang bijak — ada yang dah tahu macam mana nak on suis!
3.Gunakan pengecas original dan berdaftar. Jenama tiruan mungkin murah, tapi risiko keselamatan sangat tinggi.
4.Jangan simpan kabel rosak. Kalau nampak ada wayar terkeluar atau koyak, buang terus. Jangan balut dan guna semula.
5.Elakkan tidur bersama anak bila telefon sedang dicas atas katil. Ini sangat merbahaya — risiko renjatan dan kebakaran pun boleh berlaku.
Dalam sesebuah perkahwinan, kita harus saling menghargai. Terimalah pasangan seadanya kerana kita juga tidak sempurna. Apabila saling melengkapi, perkahwinan akan lebih harmoni dan membahagiakan. Ada masanya perkahwinan diuji dengan dugaan tertentu.
Bosan dan mula hilang rasa sayang boleh menyebabkan rumah tangga menjadi goyah. Sesungguhnya untuk kita benar-benar mengenali pasangan kita adalah apabila kita sudah berkahwin dengannya. Kita tidak boleh mengharapkan yang sempurna kerana kita juga ada kekurangannya.
Isteri kita ni, anugerah teragung Allah yang sangat unik buat kita.
Masa kita bercinta dengan dia dulu, takde cacat celanya. Semua nampak perfect. Maklum sajalah, hati dah suka.
Yang tak berkenan sikit-sikit tu kita halalkan saja. Kalau ada yang tak serupa dengan kita, kita akan usahakan supaya jadi sama seia sekata.
Yang tak sama, kita akan samakan. Yang bukan kegemaran kita, kita akan pura-pura gemar dan suka.
Waktu Bercinta Semua Wangi
Tiada dunia yang lebih indah daripada dunia ketika bercinta. Pendek kata, kentut dia pun kita kata wangi!
Kalau bercakap, kita akan bercakap lemah lembut manja-manja. Kalau berjalan kita akan berpimpin tangan.
Masa kita dah kahwin, kita duduk bersama. Baru kita tahu banyak perkara rahsia. Banyak juga benda yang kita tak suka.
Itu tak cukup sempurna. Ini tak berkenan di mata. Macam-macam kekurangan yang kita mula rasa.
Nada suara pun dah makin meninggi. Tak kena sikit, terus tengking. Takde dah nak sweet-sweet.
Kalau berjalan bersama tu, 2, 3 tiang ditinggalkan isteri di belakang. Kalau dah ada anak, lagi la. Isteri sibuk dengan anak, kita sibuk hirup udara segar seorang diri.
Masa tu lah, kita mula rasa kalaulah kita tak tergesa-gesa berkahwin dulu, maybe kita boleh cari orang lain yang lebih bagus.
Tapi, itulah dia. Selagi kita tak kahwin dengan dia, kita tak akan nampak la apa kelemahan dan kekurangan dia.
Dan kalau kita kahwin dengan orang lain sekalipun, benda sama jugak yang kita akan rasa.
Bila Dah Tiada, Leteran Isteri Yang Akan Kita Rindukan
Kalau isteri kita suka berleter, tunggu bila dia dah tiada. Leteran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bantah kita, tunggu bila dia dah tiada. Bantahan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalai isteri kita suka suruh kita itu ini, tunggu bila dia dah tiada. Suruhan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka kemas rumah sampai kita naik rimas, tunggu bila dia dah tiada. Kekemasan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka kata kat kita macam-macam, tunggu bila dia dah tiada. Kata-kata dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita suka bergaduh dengan kita, tunggu bila dia dah tiada. Gaduh-gaduh dia tu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur berdengkur, tunggu bila dia dah tiada. Dengkuran itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita tidur gigi bergesel, tunggu bila dia dah tiada. Geselan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kuat mengigau masa tidur, tunggu bila dia dah tiada. Mengigau itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita selalu merajuk, tunggu bila dia tiada. Rajukan itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Kalau isteri kita kadang-kadang perangainya menyakitkan hati kita, tunggu bila dia dah tiada. Rasa sakit hati itu akan jadi suatu kehilangan. Kita akan rindu.
Allah… masa tu, kita akan minta dengan Allah supaya panjangkan lagi satu detik. Kita nak ucap sayang, cinta dan rindu pada isteri kita.
Kawan-kawan, daripada kita penat mencari kesempurnaan, baik kita jadi sebahagian daripada kesempurnaan pasangan kita.
Perkahwinan itu saling melengkapi.
Yang mana kita lebih, itulah yang akan menyempurnakan isteri kita. Yang mana dia lebih, itulah yang akan menyempurnakan diri kita sebagai suami.
Belajar berlapang dada. Belajar mensyukuri. Belajar cukup dengan apa yang ada.
Waktu yang kita ada tak banyak mana dah. Sama ada kita pergi dulu mengadap Ilahi atau isteri kita yang pergi dulu. Its just a matter of time.
Andai ini kesempatan terakhir yang kita miliki, manfaatkan sebaiknya. Jangan bila dah tiada baru nak bertindak.
Kerana selepas itu jarak antara perpisahan kita di dunia dengan pertemuan semula di syurga nanti adalah jarak yang tidak pasti…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’…Tapi Sekarang Dah Tak Ada Lagi…”- Ibu Koperal Akmal. “Selepas ini tiada lagi suara Abang Long yang selalu bertanya khabar umi dan ayah… mak cik akan rindu sangat suara dan kenangan bersamanya.”
Demikian luahan sayu Ruzita Razali, 59, ibu kepada Koperal Muhamad Akmal Muhamad, anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas tragik di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berdekatan Sungai Lampam, Teluk Intan pada pagi Selasa lalu.
Menurut Ruzita, anak sulungnya itu sangat rapat dengan keluarga dan kerap melakukan panggilan video untuk berkongsi perkembangan harian, terutamanya berkaitan penugasannya sebagai anggota polis.
“Selang sehari mesti dia akan buat ‘video call’… pagi tanya umi buat apa, petang pula mesti cari ayah. Tapi kini, suara itu dah tak akan kedengaran lagi,” ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mubarak Telok Pial, Kuala Kurau, pada Rabu.
Ruzita menambah, perbualan terakhir bersama anaknya berlaku pada petang Isnin, sehari sebelum kejadian. Ketika itu Allahyarham kelihatan ceria seperti biasa.
Menurutnya, sebelum menyertai pasukan polis, anaknya pernah bertugas di Jabatan Veterinar namun mengambil keputusan untuk menyertai PDRM kerana minat yang mendalam serta keinginan mengikuti jejak langkah bapanya.
“Mak cik berat hati juga masa tu, tapi dia kata itu cita-cita dia sejak kecil. Akhirnya mak cik izinkan. Dia memang suka aktiviti mencabar, dan bila balik kampung, mesti dia akan keluar berjoging setiap pagi selepas solat Subuh,” cerita Ruzita.
Mengenang perwatakan arwah, Ruzita menyifatkan anaknya sebagai seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, dan ketika itu arwah sudah pun merancang untuk pulang semula menyambut Aidiladha bersama keluarga.
“Dia ada tanya mak cik, tahun ni buat korban tak? Katanya dia nak balik, sebab sebelum ini tak pernah cuti masa Raya Haji. Dia rindu nak jumpa adik-adik,” katanya sebak.
Tambahnya lagi, walaupun kepergian anaknya begitu menyayat hati, beliau reda kerana faham dengan tuntutan tugas sebagai seorang anggota polis.
Sementara itu, adik kepada arwah, Muhammad Hafizuddin Muhamad, 32, memberitahu bahawa beberapa hari sebelum kejadian, dia menyedari perubahan sikap abang sulungnya itu.
“Kebiasaannya dia kongsi gambar larian pagi di WhatsApp, tapi dua tiga hari ni dia mula kongsi gambar keluarga… macam dia rindu sangat, itu yang saya rasa pelik,” katanya.
Jenazah Koperal Muhamad Akmal telah disemadikan dengan penuh istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Mubarak, Kampung Telok Pial. Jenazah tiba di rumah mertuanya sekitar jam 6.15 pagi dan dikebumikan sejam kemudian, diiringi kira-kira 100 hadirin termasuk ahli keluarga serta penduduk kampung.
Sebelum itu, solat jenazah dilangsungkan di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, untuk penghormatan terakhir sebagai anggota pasukan keselamatan.
Suasana di tanah perkuburan bertukar hiba apabila sanak saudara tidak dapat menahan kesedihan saat jenazah dikebumikan. Jalur Gemilang kemudiannya diserahkan oleh pasukan istiadat kepada bapa Allahyarham, Muhamad Razali, 63, sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat bakti anaknya kepada negara.
Koperal Muhamad Akmal merupakan antara sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan membabitkan trak pasukan dengan sebuah lori membawa batu kerikil sekitar jam 8.30 pagi Selasa lalu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak — seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berumur dua tahun.