Gelagat anak kecil kita sememangnya menghiburkan hari-hari kita seharian. Ada sahaja telatah comel yang membuatkan kita terhibur setiap hari.
Gelagat anak kecil ini yang teramat peramah ketika berada di perhentian lampu isyarat membuatkan ramai yang terhibur.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @mstakmhmzh ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, anak kecil yang dipanggil Anggun oleh ayahnya ini cukup comel. Dek kerana terlalu kasihannya abang yang berjualan di lampu isyarat ini, anak kecil ini menegur dan terus membeli. Memang comel.
“Bila anak terlalu friendly.
Ads
“Abang sini jap,” kata anak kecil itu.
Anak kecil ini pada mulanya mengomel sendirian dan teramat bersimpati kepada abang yang menjual di tepi jalan.
“Siapa la nak beli.
“Kesian dia. Panggil dia. Bukak tingkap,” kata Anggun kepada ayahnya.
Ads
Lantas anak kecil bernama Anggun yang cukup comel ini terus membuka cermin kereta dan memanggil abang yang menjual di tepi jalan.
“Abang sini jap,” katanya comel.
Aksi Anggun yang begitu peramah dan murah dengan senyuman malah cukup berani dan bijak itu sememangnya dipuji ramai.
Seronok melihat telatahnya yang bersahaja apa lagi punya hati yang baik malah berimpati pada orang lain. Anak yang bijak!
Ads
Aksi comel itu sudah semestinya dipuji ramai malah ramai yang geram melihat telatah Anggun walaupun masih menggonggong botol susu. Memang comel.
Jodoh pun salah satu yang dikatakan rezeki. Begitu juga dengan seorang lelaki ini yang dipercayai empat tahun berumah tangga sudah berpoligami dan memiliki tiga isteri!
Tular dimedia sosial, lelaki dikenali sebagai Amirul tular dilihat berkongsi perkahwinan ketiganya di laman sosial.
Tindakan beraninya tidak seperti kebanyakan lelaki yang berkahwin lagi dengan cara ‘sorok-sorok’, pemuda ini terbuka untuk berkongsinya di laman sosial. Ternyata pendedahah yang berani terutama melibatkan poligami!
Dia mendedahkan mula berpoligami pada tahun 2021, hantaran beliau menerima lebih 2,700 reaksi dan 3,400 perkongsian.
“Alhamdulillah, ALLAH izin. Tanggal 1 Disember 2024 lalu, bertambah bilangan bidadari syurga saya. Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir tiga tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah. Namun, Alhamdulillah, Haza Min Fadhli Rabbi.
“Terima kasih buat ibu bapa saya yang ‘sporting’ menyokong perkahwinan poligami ini, menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ijab qabul ini. Barakallahu fikum,” kongsinya.
Tidak sekadar itu, lelaki juga berkongsi persediaan majlis raja sehari beliau dan suri hati ketiga itu banyak dibantu isteri-isterinya.
“Terima kasih buat isteri-isteri saya. isteri pertama dan isteri kedua.Mereka yang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini.
Seorang menjadi wedding planner manakala seorang jadi goodies packer. Baju pengantin, dekorasi, merekalah yang uruskan. Barakallahu fikum.
“Terima kasih buat sedara mara saya dan saudara-mara keluarga pengantin perempuan (isteri ketiga saya) yang sudi memenuhi jemputan majlis yang bersahaja ini.
“Ada yang perjalanan memakan masa dua jam untuk sampai. Mudah-mudahan musafir mereka membawa rahmat dan berkat daripada ALLAH,” coretnya.
Dalam masa yang sama, Amirul juga turut menitip pendapatnya mengenai poligami dalam perkahwinan. Ujarnya kehidupan monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada ujian.
“Ketika kita menyangka monogami lebih selamat, kita sebenarnya kurang faham tentang hakikat kehidupan. Ini baru bab perkahwinan, belum bab lain lagi.
“Firman ALLAH dalam al-Quran, “Kami pasti akan menguji kamu semua dengan sesuatu daripada ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Berikanlah khabar gembira bagi orang yang bersabar.”
“Alhamdulillah, ALLAH izin saya mula berpoligami pada tahun 2021, menjadikan usia poligami saya akan memasuki empat tahun. Walaupun usianya masih singkat, namun, Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan ‘circle’ poligami,yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
“Ada yang umur 40 tahun, 50 tahun dan 60 tahun. Dengan adanya ‘circle’ ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki. Alhamdulillah,” ujarnya yang turut menyertai kumpulan lelaki berpoligami di Facebook.
Dalam pada itu, Amirul Hakimin juga menitipkan nasihat buat lelaki yang berniat untuk beristeri lebih daripada seorang pada masa yang sama.
TIP POLIGAMI
“Buat lelaki yang ingin berpoligami, ini sedikit perkongsian daripada saya. Carilah ‘circle’ poligam dan bergaul dengan pengamal poligami. Dari situ, kita akan lebih mudah belajar dan perbaiki diri.
“Carilah ilmu melalui YouTube, buku dan kitab. Kita sebagai orang awam, boleh hadam video ceramah dan buku poligami pun Alhamdulillah.
“Perbaiki diri. Setiap hari perlu muhasabah diri apa yang perlu diperbaiki supaya kita lebih mudah untuk memimpin keluarga besar.
“Kenapa saya tak sebut tentang kewangan? Kerana masalah utama dalam poligami bukanlah kewangan tetapi ilmu dan hati. Tak percaya? Bergaullah dengan pengamal poligami, insya-ALLAH akan mudah nampak apa yang saya maksudkan,” kongsinya di Facebook.
Amiru yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya pada 1 Disember lalu mendedahkan ijab kabul itu direstui semua pihak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami yang mahu menunjukkan penghargaannya terhadap isteri yang sudah banyak menguruskan hal rumah tangga, pasti akan sanggup mendapatkan hadiah teristimewa buat pasangannya itu. Isteri tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah dari suami, kalau ada itu bonus. Tetapi jika tiada pun, asalkan suami menyayangi dan menghargainya sudah cukup untuk isteri.
Mungkin dengan memberikan hadiah, buat kejutan istimewa atau bawa isteri pergi bercuti, suami itu akan dianggap sweet dan romantik. Betul, memanglah suami begitu layak dikategorikan sebagai suami yang baik dan sayangkan isteri. Definisi sebenar seorang suami yang sweet bukan setakat itu sahaja, tetapi apabila dia sering mengingatkan suri hatinya tentang akhirat, itulah romantis yang sebenar.
Besar pahalanya jika suami sentiasa mengingatkan isteri tentang akhirat. Apatah lagi jika melakukan ibadan bersama-sama dan tanpa jemu menuntut ilmu agama sebagai ‘bekalan’ di akhirat nanti.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
“Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.”
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”
Siapa sangka panggilan video menjadi tatapan akhir buat seorang suami setelah isterinya disahkan meninggal dunia setelah ditemui lemas.
Kejadian meruntun jiwa itu menjadi khabar duka buat lelaki ini setelah setelah beberapa seketika panggilan ditamatkan.
Jom daftar anak-anak ke Kem Solat Bintang Kecil! Peluang istimewa untuk anak-anak belajar solat dengan cara menyeronokkan! Terbuka untuk anak-anak berusia 5-12 tahun. Daftar sini https://kliik.je/product-details/137?title=kem-solat
Memetik laporan Sinar Harian Abu Mansur Ahmad Musa, 43, berkata, panggilan video yang diterima daripada isteri Siti Fatimah Jaafar, 33, pada jam 5 petang itu merupakan panggilan video pertama dibuat isterinya dan wajahnya berseri-seri.
Katanya lagi, wajah isterinya kelihatan begitu cantik ketika panggilan video itu.
“Saya pelik dia tidak pernah buat panggilan video sebelum ini. Saya sempat usik isteri, minta dia ucap ‘I love you’ tetapi dia malu.”
“Namun beberapa minit kemudian, anak saudara hubungi saya beritahu, isteri dan anak saya lemas. Saya bergegas dari rumah kami di Ulu Tiram ke pantai,” katanya.
Sebelum itu, Siti Fatimah Jaafar, 33, dan anak saudaranya Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, dilaporkan lemas manakala empat lagi terselamat selepas mereka mandi di Pantai Bayu Impian, Bayu Damai pada petang Selasa.
Abu Mansur yang juga peniaga dalam talian memberitahu dia bersama isteri dan tiga anak berusia 12 hingga 8 tahun serta kira-kira 20 ahli keluarga pergi ke chalet di Pantai Bayu Impian sejak Isnin untuk bercuti.
Bagaimanapun, Abu Mansur terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil barang perniagaan di rumah mereka pada tengah hari Isnin.
Menceritakan kisah tragis kejadian terbabit, Abu Mansur berkata, isterinya sedaya upaya menyelamatkan anak lelaki kedua mereka berusia 10 tahun yang dipercayai lemas terlebih dahulu.
“Tetapi selepas anak selamat, isteri saya pula tidak dapat diselamatkan dan ditemui tidak sedarkan diri.
“Saya cuba menenangkan anak sulung dan meminta anak saya menerima takdir Ilahi ini. Buat masa keadaan anak kedua di Hospital Kota Tinggi stabil dan telah dipindahkan ke wad perubatan biasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Abu Mansur memberitahu isterinya ada berpesan kepada anaknya agar menjaga adik bongsu yang merupakan anak kurang upaya (OKU) autisme.
“Sejak beberapa minggu lalu, isteri saya akan menangis berdoa dan berpesan kepada dua lagi anak lelaki kami agar menjaga Khalifah yang merupakan anak bongsu kami.
“Anak-anak dipeluk erat isteri selepas selesai solat berjemaah. Biasanya selepas kami sekeluarga solat berjemaah pada waktu malam,” katanya.
Abu Mansur memberitahu jenazah isterinya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tiram.